Part 41

3.6K 113 4
                                    

ALAT kawalan jauh televisyen di atas meja kopi di hadapan mata segera aku capai. Menukar ke saluran yang lain. Astro, bermacam cerita disajikan. Tapi, kadang rasa menyampah juga ada.

Ada satu hari tu, semua saluran tak ada yang aku berkenan. Sama ada aku memang tak ada angin nak tengok TV atau pun memang pihak astro yang tidak menyajikan cerita ikut selera aku.

Aku bersandar ke sofa yang aku duduk. Empuk. Hari ini butik buka setengah hari sahaja kerana menghormati penghulu hari iaitu Jumaat. Setiap hari ahad juga cuti umum.

Tiba-tiba satu lembaga melintasi pandangan aku dan hilang juga alat kawalan jauh televisyen itu dari tangan aku. Aku pandang ke sisi, ah jahat betul! Main ambil saja! Serta-merta juga aku memegang atas kepala.

Alhamdulillah, masih bertudung. Tanpa sedar, tanganku merayap ke dada seolah-olah lega akan hal tersebut. Aku perasan dia jeling. "Apa jeling-jeling huh? Bagilah balik remote tu baru saya nak survey cerita apa yang best,"

Dia diam dan aku tahu dia tidak memakai sejenis kapas untuk menutup telinga dia dari mendengar. Tak pakai earphones juga. Jadi, alasan apa dia nak pakai kalau aku tanya, 'pekak ke?'. No no. Dalam hati, aku akan menggeleng.

Dosa cakap macam tu pada suami. Kuang ajar namanya, biadab. Tak baik kakak-kakak sekalian. Jadi, aku cuba untuk diam sekejap. Diam sahaja. Mata masih menumpukan kepada saluran TV yang aku tukar tadi.

Aku menoleh ke arahnya. Dia pegang remote tapi tak tukar? Apa dia buat ni? "Awak nak tengok ke tak?" Tanyaku, geram yang berada dalam hati semakin menggunung.

"Kalau tak tengok cerita ni dan tak nak tukar cerita lain, can you give me that remote?" Tanyaku dan mencuba mengawal emosi. Dia memang mencabar kesabaran aku rupanya. Baru tadi cuba untuk berdiam diri.

Setelah itu, aku mendengus. Nak rampas pun tak boleh. Cara dia genggam alat kawalan jauh tu pun dah ketat yang amat. Malaslah aku nak gaduh sebab TV sahaja. Macam budak-budak. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bangun dari sofa.

Masa berlalu sangat pantas. Lepas sahaja aku bangun dan melangkah satu tapak, tangan aku ditarik dan aku sekarang berada di atas riba Cikgu. Ya Allah! Dekatnya position! Dia memandang, aku berbalas pandang.

Kalau orang tak tahulah ni, memang dah kena lapor kat JAIS dah ni. Tiba-tiba, pipi aku kena kucup. Pap! Dia tersengih dan mengeratkan pelukan di pinggangku. Aku terkedu, tergamam, terkaku semua. Tak dapat dipastikan rasa apa yang aku sekarang ada.

"Hey!" Aku menepuk-nepuk dia kuat sambil melepaskan diri dari pelukannya. Barulah aku tersedar beberapa saat yang lalu. Mimpi apa aku semalam? Itulah satu-satunya kucupan yang aku terima daripada orang asing.

Asing? Heh, dia suami kaulah. Asing apanya? Minda aku berkata. Tapi, hati aku macam berdebar-debar. Kadang, rasa suka itu datang. Ah, emosi tak menentu! Itulah kelemahan aku dari dulu sampailah sekarang.

Sebab itu aku tak pernah berangan nak jadi seorang psychology, menganalisis diri pun tak pakar. Apatah lagi, orang lain. Ampunlah! Itu bukan jiwa aku. Cikgu tersenyum kecil. Boleh tak aku nak senyuman kecil itu menghiasi hari-hari aku?

Dapatkah? "What on your mind, my dear? I'm ready be your imam, so I also ready to hear whatever a story you want to share. I'm a good listening anyway," dia mencubit pipi aku pula. Heh, memang pipi ini saja ya yang jadi mangsa?

"Kenapa cium saya sesuka hati awak? Sebarang keizinan dari saya pun tak minta," aku mendengus kecil.

"Eh perlu ke saya minta? It's our deal, right? Our first night remember?" Katanya.

Kerana kauWhere stories live. Discover now