Part 36

3.1K 110 12
                                    

   "DAHLAH tu. Sampai bila awak nak melekat dengan saya ni? Saya tak boleh buat kerjalah," rungutku sambil mencekak pinggang. Eh, kisah apa aku kalau gaya aku macam mak-mak ke apa.

   Yang aku tak puas hati, Cikgu ni dah tak sedar-sedar ke apa? Setiap ke mana aku berjalan, pasti dia mahu ikut. Ke sana, ke mari, sampai melayan pelanggan pun! Bila pelanggan pandang pelik, mulalah dia tunjuk senyuman bajet dia tu.

   Hei, sejak bila aku izinkan dia beri senyuman kepada orang lain? Especially girl! Weh, tak takut ke kalau dia sangkut pula dengan kau? Hello, memang aku rasa sangat 'terpaksa' menerima kau. Tapi, tak adalah sampai aku terima jadi janda awal!

   "Ah, why not? Hari ini hari pertama kita jadi suami isteri yang sah, err secara teknikalnyalah. Jadi, tak salah kan saya nak jaga isteri saya?" Cikgu senyum. Ah, dia senyum lagi.

   Boleh pula ada budak perempuan ni usha-usha suami aku. "Assalamualaikum, cik adik. Nak keluar, keluar teruslah. Tak payah duk toleh-toleh tengok abang kurang handsome ni. Okey? Dah bye-bye."

   Terkejut perempuan tu. Tergopoh-gapah dia keluar dari butik. Sampaikan dia tarik lengan kawan dia. Kawan dia okey aje berjalan, yang dia tu. Haih, panas pula hati aku.

   Aku pandang pula ke kiri, haih ni lagi seorang. Ketawa pula dia. "Ganaslah awak ni. Dia bukan buat apa-apa pun. Pandang saya je," masih dengan ketawa tak berhentinya dia berbicara.

   "Hah tahu pun saya ganas. Siapa suruh kahwin dengan saya? Padan muka," aku berjalan menuju ke bilik stor. Dah lama sebenarnya Kak Sa'diah suruh masuk bilik tu, buat apa yang patut.

   Dengan maksud yang lain, pergilah tengok stok yang baru sampai dan simpan dalam data. Yah, aku malas nak mengira dan sebab itulah baru sekarang aku masuk bilik stor ni.

   Baru nak tutup pintu, ada pula manusia main tolak daun pintu tu. Mana tak tertolak ke belakang aku. Ya Allah, sabar sajalah. Mahu gugur jantung aku kalau hari-hari menghadapi situasi macam ni.

   "Oh no! No jangan tutup. Jangan memandai nak tutup pintu tu," aku memberi amaran. Langkahku semakin mendekati. Tapi, langsung tak buat dia rasa takut malah dengan senang hatinya dia menutup pintu bilik stor dan tersenyum gembira.

   "Nak saya tolong? Jom!" Semangat betul dia. Tanpa rasa segan-silu dia terus pergi ke satu rak yang menyimpan pelbagai jenis corak dan gaya baju untuk lelaki.

   Sempat juga dia merampas fail yang sedang aku pegang. Aku mengeluh perlahan. Apa-apa sajalah. Yang penting, kerja aku akan siap juga akhirnya.

   "Bahagian ini dah, cuma saya rasa kan baju jenis macam ni kena dikurangkanlah. Biasanya lelaki suka baju yang simple, ringan dan nipis. Baju ni berat, takut tak mencapai permintaan pelanggan."

   Aku diam namun diselangi dengan anggukan faham. Tanpa dirancang, bibirku menguntum senyuman tipis. "Awak ni pensyarah ke image consultant?"

   "Dua-dua pun boleh. Untuk awak, cakap aje semua saya boleh jadi." Dia tersengih. Yalah, elok sangatlah perangai. Aku hanya buat muka menyampah dan meneruskan menyimpan maklumat yang diterima ke dalam data.

   Tiba-tiba dia menghulur tangan. Tiba-tiba okey. Terkejut aku. Aku mendongakkan kepala dari terus tertunduk. "Kenapa?"

   "Saya Danial Haziq bin Ahmad Nizam. Berumur 27 tahun, haa dah tua ya tak payah kutuk. Dan saya bekerja sebagai seorang pensyarah di universiti swasta."

   Dia tersenyum selepas sesi perkenalan yang berlaku secara tiba-tiba. Okey, aku diam sekejap. Tak faham. "Cepatlah, awaklah pula." Gesanya.

   "Okey. Nama saya Nurul Aina Amirah. 24 tahun. Bekerja di NS Boutique. Dan ya awak memang tua pun," lantas menyambut salamnya.

Kerana kauWhere stories live. Discover now