Part 30

3.1K 102 10
                                    

   ALONG kelihatan sangat gembira usai bertemu ibu. Aku di situ dipinggirkan terus. Hanya tinggal ayah dan Abang Afif sahaja. Aku tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbit telefonku berbunyi. Segera aku angkat setelah mengetahui siapa pemanggilnya.

   "Waalaikumsalam. Kau nak apa lagi?" Ujarku dengan suara seakan berbisik. Along dan ibu masih berbual. Aku tak mahu mengganggu mereka.

   "Tak nak!" Teriakku sedikit kencang. Aku mengangkat muka dan melihat along dan ibu memandang aku serentak. Aku hanya tersengih. "Kawan..." aku terus berkata walau tidak ditanya soalan. Mereka hanya mengangguk lalu meneruskan perbualan. Aku menarik nafas lega.

   Tanganku yang menutup speaker telefon, aku buka kembali. "Dahlah. Aku tak ada masa nak layan kau. Assalamualaikum." Aku terus menutup talian. Telefon aku hempaskan di atas meja secara kuat. Geram!

   "Ish dia ni. Mengacau betul. Siapa call? Ada masalah ke?" Tanya along. Aku segera menggelengkan kepala, takut salah faham pula. Aku tersengih kecil.

   "Tak adalah. Kawan buat hal. Apa yang bualkan tu? Rancak sangat sampai tak nak diganggu," aku mencebikkan muka. Along bertindak mencubit pipi aku. Peh, tahulah dah lama tak bergurau. Tapi, kuat ni! Aku hanya mengusap pipi dengan rungutan kecil.

    Ibu menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku menunjuk ke arah along tanda dia yang mula dahulu. Along sekadar menayang wajah selamba. Cis, jahat betul!

   "Hah bila kamu nak kenalkan ibu dengan Sa'diah? Nak juga ibu tengok menantu ibu tu," pinta ibu separuh mengharap. Aku mengangkat kening memandang along. Itulah, sudah disuruh bawalah Kak Diah sekali. Tak mahu. Takut ibu melentinglah, apalah. Alasan!

   "Hah apa kata ibu ikut kami pergi butik? Mesti Kak Sa'diah sibuk layan pelanggan," kataku separuh teruja. Aku kemas peralatan yang di atas meja. Waktu lunch bagi aku dan seangkatan dengan aku sudah habis. Maklumlah, kerja macam ni kenalah gilir-gilir makan tengah hari.

   Kak Sa'diah pula ambil keputusan untuk stay di butik sahaja. Sudah ada spare roti dalam beg. Jarang Kak Diah makan luar, kata alonglah. Si kembar tu pun mungkin sudah masuk kerja.

   Ibu yang sibuk berfikir dari tadi terus mengangguk suka. Lalu, kami pun bergerak menuju ke kereta along. Kereta aku tinggal di butik.

   "Kak Diah baik ke dengan kamu, Aina?"

   Aku mengalihkan pandangan kepada ibu. Sibuk betul melihat ke luar. Aku hanya menganggukkan kepala apabila ibu memusing ke belakang. Ibu pula ber-oh ria.

   Aku memeluk lengan ibu. Pintu butik sekali lagi berbunyi. Aku bawa ibu kepada si kembar Elisa dan Wardina terlebih dahulu. Mereka bukan main ramah! Semua tindak-tanduk aku di butik semua dicerita. Aku segera menamatkan perbualan apabila seorang pekerja memberitahu bahawa Kak Sa'diah berada di bilik tetamu.

   Aku segera mengetuk pintu. Kami pun bergerak masuk ke dalam. Along masih mengikuti kami. Dia bilang ayah mertuanya sudah beri keizinan untuk cuti setengah hari. Aku mengangkat muka, kerana tadi sibuk memandang kain. Aku pakai high heel. Takut jatuh.

   Cikgu! Aku menepuk dahi dalam imaginasi. Aku terdengar Kak Sa'diah menyuruh pembantu peribadinya untuk beredar. Aku membuat wajah selamba. Kenapalah dalam banyak-banyak pelanggan, harus dia lagi yang aku kena jumpa?

   Di dalam bilik tetamu lengkap sofanya. Jadi aku memilih untuk duduk di sofa yang ada tiga tempat duduk. Duduk bersama ibu. Kak Sa'diah dan along duduk berdua. Si Cikgu tu duduk di sofa solo. Dah macam bos!

   Wajahnya tenang namun aku dapat rasa dia ni sangatlah menjengkelkan orangnya. Banyaknya masa dia sampai boleh lepak kat sini. Lepak? Okey aku salah. Mungkin dia ada urusan dengan Kak Sa'diah.

Kerana kauTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon