Part 31

2.8K 95 9
                                    

   SOFA yang empuk ini akhirnya dapat juga aku rasai. Lembut tak terkata. Setelah itu, kedua belah kaki perlahan-lahan aku naikkan atas sofa, dan mula berbaring. Mulalah hembusan panjang terlepas dan melelapkan mata.

   Aku rasa tak sampai dua minit aku pejam, tiba-tiba satu tamparan hebat terasa di peha. Terbangun terus aku. Kerutan dahi usah dicakap, beribu-ribu. Pembuatnya hanya tersengih-sengih. Ni rindu penampar aku ke apa?

   "Hoi! Amboi, sedapnya baring-baring. Kau tak solat Maghrib lagi, kan? Pergi cepat. Kita ada meeting nanti," Abang Afif mula mengambil alat kawalan jauh televisyen, dan mula menghidupkan barang segi empat sama itu.

   Kerutan dahi makin bertambah. "Meeting apa?"

   "Meeting keluarga," selamba dia menjawab. Aku menaikkan kedua belah alis, tanda tak mengerti. "Cepat jelah. Nanti kena sound dengan ayah, baru tahu."

   Dengar saja nama ayah disebut, terus bangkit aku dari sofa dan meluru ke arah bilik yang berada di tingkat atas. Usai mandi, aku meluangkan waktu untuk Tuhan sekalian alam, Ya Rahman.

   Langkah yang diatur berhati-hati, rasa macam lambat sangat. Terfikir. Mesyuarat apa ya? Tiba-tiba pula tu. Mahu dikata ada masalah keluarga, macam harmoni aje keluarga aku ni. Masalah duit, lagilah. Cukup-cukup sahaja.

   Mataku menangkap kelibat Along dan Kak Sa'diah. Eh? Terus melebar senyumanku. Ibu, ayah dan Abang Afif sudah pun duduk di sofa. Aku terus pergi ke arah along dan Kak Sa'diah untuk bersalam. Lalu, mengambil tempat di sebelah ibu.

   Diam. Aku sekadar memandang meja kopi di hadapan mata. Setelah itu, kedengaran ayah berdeham kuat. Okey, nak mula dah.

   "Baiklah. Memandangkan semua dah ada, baiklah kita teruskan saja. Along, welcome back. Nurul Sa'diah, selamat datang ke keluarga kami. Kita dah satu keluarga, panggil saya ayah, dan ini ibu."

   Aku menepuk tangan lalu tersenyum riang. Yeay! Dah diiktiraf. Wajah ibu dan ayah aku tatap, suka saja mereka. Pandanganku teralih pada Abang Afif pula a.k.a Angah. Mukanya mencuka. Tak ada riak gembira. Langsung.

   "Terima kasih ayah kerana terima kami kembali." Ujar along. Hanya dibalas anggukan dari ayah juga ibu. Aku hanya tersenyum lebar.

   "Aina," pandanganku pada along dan Kak Sa'diah terus teralih pada ayah. Ayah memanggil aku ke tadi? Aku mengerutkan dahi. Ada apa pula dengan aku?

   "Ada rombongan datang merisik kamu. Kamu nak terima ke tidak?"

   Mulutku melopong. Aku meniup tapak tangan dan lekapkan di telinga. Mana tahu ada gangguan ke fungsi telinga aku ni. Kini semua memandang aku. Eh, muka aku blur tau sekarang. Janganlah pandang, malu.

   "Aina, terima ke tidak?" Ibu pula bertindak memegang tanganku. Terus aku memandang ibu. Eh, betul la apa yang aku dengar tadi? Ya Allah!

   "Siapa pula yang datang? Alahai. Tiba-tiba je. Tak ada siapa pun bagi tahu nak datang meminang kat Aina. Siapa pula ni?" Ujarku. Agak kebudak-budakan sedikit. Kepala aku garu sedikit.

   "Kawan ibulah. Ibu lupalah pula nama lelaki tu. Tapi, dia kenal Aina. Aina pun kenal dia. Macam mana? Nak tak?" Ibu bertanya sekali lagi. Lagi buat aku bingung. Boleh pula lupa nama lelaki tu.

   "Ayah dengan Abang Afif tahu tak siapa lelaki tu?"

   Serentak mereka menjungkit bahu. Lagi! Kedua-dua belah tangan kini menggaru kepala. Macam nak belah-belah ajelah. Belah tembikai! Tak pernah aku jumpa kes lupa nama lelaki datang merisik.

   "Senang cerita jelah Aina oi. Ibu dengan ayah dah terima pun pinangan tu. Saja-saja sebenarnya tanya kau. Kau boleh?" Abang Afif bersuara. Rahang aku bagai nak jatuh. DAH TERIMA?

Kerana kauWhere stories live. Discover now