Part 21

3.2K 110 14
                                    

   "OPAH betul tak nak ikut? Ala, jomlah Opah. Ajak aje Atuk sekali. Aina dah nak balik sana ni, jomlah Opah. Tak kesian Aina ke?" Pujukku. Opah masih tak termakan pujukan aku. Aku membuat muka comel. Ceh! Kalau ada cermin, entah-entah retak.

   Opah tersenyum tipis dan aku tahu jawapannya. "Tak apalah, nanti siapa nak beri Bobo makan? Kesian dia tak ada orang nak layan dia nanti." Opah memberi alasan. Opah lebih pentingkan Bobo daripada aku. Alah, Bobo tu. Pandai-pandai dia la hidup. Tak pun pergi cari bini sana. Hidup dah setahun tapi masih tak ada bini.

   Aku membuat muka monyok. Roti-roti sudah ada dalam beg galas. Kalau dah puas main air, boleh makan. Tak mahulah aku mandi, cuma celup-celup kaki sudahlah. Arisya juga begitu. Tapi, dari semalam dia suruh aku mandi sama. Mana tidaknya, katanya rugi kalau balik kampung jumpa air terjun tapi tak mandi. Rugi? Oh malangnya aku langsung tak rasa rugi.

   Arisya memandang aku dan masih membuat muka jomlah-aku-nak-mandi-air-terjun. Mahu tergelak juga aku melihat ekspresi muka dia. Kelakar. Tiba-tiba pintu diketuk. Mesti Rafie.

   "Opah betul tak nak ikut ni? Aina mogok makan nanti?" Aku masih sedaya upaya untuk memujuk seraya mengugut. Mogok makan.. huish bahaya tu.

   Opah tergelak kecil, menampakkan kedutan di wajahnya. Opah selalu memakai anak tudung untuk menutup rambutnya yang hampir memutih. "Bagus juga tu. Kurang sikit perbelanjaan Opah," Aku mendepa muncung. Tak berjaya buat kesekian kalinya.

   "Opah, kami pergi dulu ya." Arisya menyalam tangan Opah dan disusuli dengan aku. Kami pun menuju ke daun pintu dan seperti yang dijangka, Rafie bersama Danish. Haish, asyik melekat aje diaorang ni.

   "Eh, Opah tak ikut ke?" Tanya Rafie sambil menurunkan Danish dari dukungannya. Danish merengek sedikit kerana diletakkan di bawah namun tak lama. Opah tersenyum tipis.

   "Malaslah Opah nak pergi. Kesian Bobo kena tinggal," Opah memberi alasan yang sama. Ceh, kucing tompok-tompok tu juga Opah kenang!

   Rafie mengangguk lalu kami pun segera keluar dan menuju ke kereta milik Rafie. Wah, cantik la serius. Ya Allah, kereta apa ni? Ah, tak kisah. Janji memang ada gaya. Untung la jadi orang kaya.

   Sekitar 15 minit, kami pun sampai di air terjun hujung kampung. Dulu-dulu aku pun sering ke sini mandi-manda dengan budak-budak kampung. Macam-macam jenis terjunan diaorang buat. Nasib baik tak ada yang cedera terkena batu ke apa. Maklumlah, makin jauh air terjun, dalamnya bukan main.

   Kak Lia membawa bekalan dan membentang tikar. Ala-ala berkelah gitu. Hanya ada Kak Lia, Danish, Rafie, Arisya dan juga aku. Mak Sal, tidak mahu ikut. Katanya dia ada perjumpaan dengan kawan-kawan. Aktif juga Mak Sal ni.

   Danish sudah terlebih dahulu memasukkan dirinya ke dalam air jernih air terjun. Jernih tidak terkata. Cuaca yang memang tidak panas dan sedang-sedang ini memang nikmat sangatlah kalau merasa sejuknya air terjun. Aku mengambil kamera Conan milik aku lalu menangkap gambar Danish yang bermain air dengan gembiranya.

   Bukan selalu aku balik kampung, jadi memang tidaklah aku lepaskan peluang ini. Biar kenangan ini tersemat ketat dalam hati aku. Tak kira, indah atau pahit. Memang semua kena telan, lumrah hidup.

   Beberapa gambar sudah aku tangkap panorama semulajadi depan mata aku. Sungguh cantik. Aku meletakkan kamera itu kembali ke tempatnya. Aku membuka selipar dan duduk di atas batu. Kaki aku celupkan, sejuk mencengkam sampai ke tulang. Peduli apa aku. Nikmat itu yang penting.

   Arisya turut melabuhkan punggung di sebelah aku dan mengikut jejak langkah aku. "Eh serius kau tak nak mandi? Aku bawa dua pasang baju tau. Spare, mana tahu aku boleh pujuk kau mandi.."

Kerana kauWhere stories live. Discover now