Part 5

6.2K 174 2
                                    

"BIARLAH. Fikir aku takut ke? Nanti aku yang akan jadikan dia takut kat aku tahu!"

"Nanti dia melenting, kau juga yang sakit telinga," Aiman hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Tak sakit lah. Dia lawan mummy aku, masih mummy aku jadi juara. So, relax. Siapa suruh tunggu kan?"

"Memanglah mak kau tu yang menang. Disebabkan itulah. Nanti dia mengadu kat mak kau tu, tak ke sakit juga telinga kau nanti menahan bebelan? Macam tak pernah kena je kau ni," Aiman masih tak puas hati. Budak ni memang nak halau aku ke apa?

"Kau cerita panjang lebar ni macam pernah je. Selalu ke kena bebel? Dengan mak aku pula tu," balasku. Menukar topik tetapi masih dalam bab yang sama. Hm nampak sangat peliknya.

"Gila tak pernah? Masa teman kau dengan Aina pergi rumah kau tu bukan? Habis aku dengan Aina kena perli habis-habisan dengan mak kau tu. Sorry to say, aku tahu mak kau tu Datin. Tapi, tak payahlah nak kata orang biasa macam aku dengan Aina macam tu sekali," Aiman mula mengubah nada bicaranya. Kendur sedikit demi sedikit. Apakah yang mummy cakap sampai Aiman ni boleh ingat sampai sekarang? Bukan ke Aiman ni jenis pelupa?

"Time aku ajak kau dengan Aina pergi rumah aku untuk study group tu ke?" Aku meminta kepastian. Masa kitaorang nak SPM?

"Yalah.." Balas Aiman malas. Apa yang terjadi?

"Mummy aku cakap apa?" Kenapa Aina tidak pernah memberitahu aku hal ini? Malah, dia melayan aku seperti biasa, macam tiada apa yang berlaku.

"Aiman! Cepat lah cakap. Aku nak tahu ni," desakku. Sedikit aneh kerana Aiman tiba-tiba sahaja mendiamkan diri disaat aku menyuruhnya berterus-terang. Sulit sangatkah hal itu sehingga aku sendiri tidak boleh tahu? Rahsia apa lagi ini?

"Ya? Oh, tak ada apalah. Saja buat kau suspense. Tak ada benda pun. Mak kau suruh aku dengan Aina minta kau supaya belajar bersungguh-sungguh. Supaya jadi macam sekarang ni," lancar aje bercakap. Macam.. baca skrip.

"Eh, anyway yakin kau tak nak balik office sekarang? Ariana tengah tunggu kau tau sekarang. Opps, sorry. Tengku Ariana." Aiman lalu tertawa kecil. Ugh tak comel pun Man.

"Kau ni memang dari tadi kan nak halau aku? Tak suka aku duduk sini, cakap je lah. Tak payah babitkan Ariana tu bagai,"

"Ah, main touching pula. Kalau aku halau kau, siapa nak bayar ni? Kau juga yang kata nak belanja kan? So, sebelum kau blah jumpa ratu gedik tu bayar dulu lah." Balas Aiman yang kini sudah selesai makan. Budak ni makan je tau. Tapi, badan maintain. Apa rahsia budak ni? Tongkat ali? Ke kacip fatimah?

"Nasib la aku baik hari ni. Kalau tak dah lama aku tinggal kau kat sini. Aku bayar. Dah jom blah. Lama-lama kat sini bosan juga," aku meletakkan wang ringgit berupa RM 50. Lalu, membuat isyarat bahawa aku meletakkan duit ini di atas meja kepada tukang cashier tu. Malas mahu menuggu baki. Apa kata omputih tu? Keep the change? Haa, gitulah katanya. Kami pun keluar dari restoran itu.

"Okeylah. Aku pergi dulu. Ada apa-apa hal, hallo-hallo dengan aku ya?"Aku membuat 'telefon tangan' lalu diletakkan di telinga kananku. Faham kan? Tak payah aku terang lagi rasanya.

"Yalah. Kalau aku nak duit, aku call kau juga eh? Ok set! Aku pergi dulu. Bye! Assalamualaikum!" Aiman berlari kecil ke tempat dimana dia parkir keretanya. Memandangkan kami datang sendiri-sendiri, parking pun lain lah kan.

"Amboi! Duit aje dalam kepala. Nasib baik kau ni bukan kaki kikis, Man. Haih, sabar je lah." Aku menggeleng-geleng kepala.

Aku kini sedang dalam perjalanan menuju office. Masih menunggu ke minah tu? Dah 40 minit dah ni. Nasiblah kau, wahai Tengku Ariana. Aku tak paksa kau tunggu.

Kerana kauWhere stories live. Discover now