Part 18

3.5K 103 0
                                    

   Sekarang ni aku asyik mesej aje dengan Fariz. Well, tak sangka dia ni best juga diajak bercakap. Even dalam alam maya sahaja. Dulu bukan main, asyik menangis aje.

   Oh ya, ingat lagi pasal projek aku dengan Amirul? Disebabkan Ariana, terus lulus projek tu. Hm aku tak tahu sama ada nak berterima kasih ataupun.. Ah, tak perlu. Mungkin dia nak menolong Amirul juga kan.

   Aku segera capai telefon pintar aku. Okey, aku tak sabar gila sekarang ni! Tekan, tekan, tekan. Call!

   "Lambatnya nak angkat. Cepatla sikit makcik!" Pekikku sendirian. Nasib baik ringtone dia lagu Akim, favourite artis aku tu. Kalau tidak, mungkin aku letak balik dan berniat buat miscalled saja.

   "Assalamualaikum! Hah Aina! Apahal call tak beri tahu ni? Nasib baik waktu lunch kau call aku. Kalau tidak, mahunya aku kena maki hamun dengan Kak Nab tu. Dia ingat aku bermadu kasih lettew! Sakit hati mak jemah, nyah!"

   Mulut aku melopong. Finally! First, sebab dia dah angkat call aku. Second, dia berhenti membebel. Kalau dia ada depan mata aku, dah lama agaknya aku sumbat mulut dia dengan garam!

   Aku mencapai cawan berisi air milo suam yang aku buat tadi. Nampaknya, ramai juga yang pergi lunch di luar. Hm nak buat macam mana. Ibu aku dah awal-awal bekalkan nasi ayam buatan dia. Siap suruh Abang Afif hantarkan! Habis aku kena bebel. Eh sekarang pun kena!

   "Waalaikumsalam! Engkau ni dari dulu, perangai tak pernah nak berubah. Aku yang call mesti kau yang cakap lebih. Aku tangan baru tau! Mana ada nak call beri tahu dulu!"

   Aku menampar meja kerja aku kuat. Disebabkan budak-budak office keluar, dan hanya ada beberapa orang saja yang masih disini buat kerja, alangkah baiknya aku ambil peluang ini. Nak aje buat lagak boss, letak hujung kaki atas meja. Tapi, budak-budak ofis ni cakap apa pula nanti kan.

   "Ala, itu pun nak marah. Kan kau dah lama tak call aku semenjak dua menjak ni. Aku nak lepas rindu aje,"

   Wah, kedengaran macam tak ada rasa bersalah langsung ya. Wah, biadab punya kawan! Kawan siapa ni? Haish, lepas rindu la kononnya. Baru dua minggu kot aku tak call.

   "Yalah, aku juga yang kalah. Hm macam mana dah sedia nak holiday kat kampung aku?"

   Aku menghirup air milo yang aku buat. Erm nikmat sangat! Macam beli di kedai airnya! Memang superb.

   "Holiday? Oh oh. Ingat ingat. Of course. Aku dah lama sedia. Tinggal minta cuti dan confirm diluluskan!"

   Aku tersenyum riang. Kalau macam ni, lagi senang kerja. Opah, I'm come back home okay!

   "Okay, good. So, kau rasa bila nak pergi? Aku rasa aku free sangat-sangat sebab projek aku dah settle! Nanti aku cerita okey. Hah jadi bila?"

   Aku terdengar orang menjerit. Arisya! Kalau iya pun suka, tak perlu la nak menjerit! Aduhai, nasib baik aku call aje. Kalau tidak, mana la aku nak campak muka aku ni.

   "Arisya, berhenti. Kau kat mana ni?"

   "Em kedai makan. Kenapa?"

   Aku menepuk dahi. Lagi! Budak ni dari kecil aku kenal, attitude memang down. Suka sangat buat kerja outstanding dari fikiran orang.

   "Okeylah, tak apalah. Aku redha aje. Jadi, bila?"

   Haish, lambat benar makcik seorang ni! Aku nak makan nasi ayam betul-betul ni. Ini aku makan sebelah tangan aje disebabkan tangan lagi satu pegang phone. Kalau letak kat telinga, dibantu bahu.. Aduh, sakit nanti karang! Haih nasib.

   "Em kau rasa bila? Aku ikut aje. Kampung kau, transport kau, dan memang semuanya kau. Hehehe," Arisya tergelak kecil, katanya. Tapi, sampai kat telinga aku, terus jadi besar. Alahai, matilah nak!

Kerana kauWhere stories live. Discover now