Part 1

26K 334 5
                                    

Sahabat. Satu kata yang selama ini aku cari apa makna yang tersembunyi di sebalik kata itu. Bohonglah aku kata aku tak pernah ada sahabat. Perempuan atau lelaki, sama sahaja. Cuma yang membezakan, jantina.

Jadi, sangat tak mustahil untuk aku jatuh cinta pada sahabat aku sendiri yang berjantina lelaki. Aku terlalu bodoh ke sampai boleh jatuh cinta dengan sahabat sendiri? Salah aku ke? Salah aku ke kalau suka suka dia?

Satu persoalan yang aku nak sangat tahu apa jawapannya. Kenapa dia tinggalkan aku tanpa permisi kepada aku dahulu? Dia bagi aku harapan, dia bagi aku ada perasaan macam ni. Tapi, entahlah.

Mungkin perasaan tu dah lenyap seperti mana lenyapnya dia dari hidup aku. Boleh aku minta aku tak nak jumpa dia lagi? Boleh aku cakap, aku nak putus 'sahabat' dengan dia? Kalau boleh, aku nak.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa melalui ruang kantin sekolah. Ramai sudah pelajar beransur, ramai juga yang dah kena halau dengan polis sekolah.

"Wei!" Jeritku. Termasuk ini, dah lima kali aku panggil tapi masih tak bersahut. Geram betul. Dia fikir aku tunggul hiasan ke kat sini?

Kalau ikut hati, dah lama aku tinggal. Kelas pun sekejap lagi nak mula. Tapi, disebabkan hati aku ni suci murni penuh bunga mawar, aku buang ego semata-mata nak pujuk budak tak cukup matang ni.

"Assalamualaikum pak cik. Saya cakap, tolonglah jawab. Saya tak nak jadi patung cendana kat sini," senyuman kecil aku beri.

"Apa?" Akhirnya, keluar juga suara dia. Tak tahu ke aku penat menunggu? Oh dalam mulut dia mungkin ada emas. Kalau jatuh kan, rugi. Kita bersangka baik.

"Kau marah aku lagi ke?" Aku melembutkan ton suara. Karang suara macam ajak gaduh, lagi panjang masalah ni.

Benda kecil aje sebenarnya.Baru sekejap tadi aku dengan dia bergaduh. Aku sindir aje. Aku cakap dia ada affair dengan Mustafa. Disebabkan gambar mereka berdua berpelukan sambil menghadap tingkap sekolah. Ala-ala titanic gitu.

Yang lebih mengejutkan gambar tu dah tersebar dekat Facebook, Twitter, Instagram bagai. Habis kena perli dengan budak sekolah. Salah aku ke? Aiman tu buat hal, aku join ejek dia marah pula. Kat Aiman tak bising pun.

"Ya kut," senang katalah kan aku menyampah betul dengan mamat ni. Serius ah, macam mana aku boleh kawan dengan lelaki yang sangat begini sensitif?

"Baik. Tak nak cakap sudah. Aku dah minta maaf tu, maafkan jelah. Tak payah nak buat movie segala," aku menarik muka.

"Ala! Kau ni tak sweet langsung la. Aku merajuk, kau pujuk la betul-betul. Ini tidak, sempat lagi nak mengata aku." Amirul bermasam muka. Aku diam ajelah. Malas nak balas.

"Amirah..." panggilnya.

"Tolonglah panggil aku Aina je. Amirah.. Amirah. Peminat kau ada nama Amirah juga, kan?" Aku mendecit geram. Peminat? Kalau bukan disebabkan aku ni tak nak putus persahabatan yang terjalin lama, memang taklah aku nak tahan peminat tak bertauliah Amirul ni.

"Suka hati akulah," balas Amirul masih makan nasi ayamnya. Makan pun lembab. Aku pun dah siap. Rehat nak habis, masih terkial-kial. Hailah, kalah siput berjalan.

"Amirul Iqbaal, nama aku tu. Suka aku la. Ei kau ni minta kena tangan ke apa?"

"Aloo, comelnya. Tahu pula nama panjang aku. Ala, comelnya dia." Amirul menggerak-gerakkan kepalanya. Ala yang macam Bobo parody dalam buat muzik video Sayang tu. Menyampah!

Kerana kauWhere stories live. Discover now