Part 15

3.5K 116 5
                                    

   Aku memandang meja yang yang dipenuhi fail-fail itu. Satu, dua, tiga, empat. Banyaknyaaa! Bila aku nak holiday ni!!

   Aku menghempas fail yang pertama sedikit kuat.

   "Oit! Agak-agaklah nak hempas-hempas pun. Tengok tempat ah," Tegur Suzy. Dia sedikit terkejut kerana perbuatan aku tadi. Aku tersengih.

   "Sorry,"

   Tiba-tiba aku mendapat satu mesej. Aku pun membukanya.

   Jangan lupa lusa ni kita kena jumpa Encik Bakar untuk meeting seterusnya. Keep in touch supaya senang aku nak bincang apa-apa. - Amirul

   Aku menekan pun menekan,

   Okay.

Aku menekan button send. Haih, bosan gila conversation macam gini. Tegang. Cakap pasal kerja je? Ajaklah aku makan ke, tengok wayang sama-sama ke, ataupun pergi main buaian sama-sama. Ini tidak.. Aku mengeluh perlahan.

   Apa kata kita tengok movie sama-sama nak tak? Kau bawa ah kawan kau, aku bawa kawan aku. See you on 6 p.m. at Restaurant Bulan.

   Aku tersenyum. Macam tau-tau saja apa yang aku fikir. Entah-entah dia boleh baca fikiran orang tak? Aduh, susahlah macam ni kalau aku nak kutuk dia pun kena fikir dua kali.

   Aku tidak membalasnya. Saja buat suspend gitu. Aku ajak Suzy dengan Arisya lah. Meriah sikit. Hah, bawa Haikal sekali! Hah, gempak habis! Aku menaik-turunkan kening seperti orang jahat merancang sesuatu yang kejam.

   "Aina, kau sihat ke tidak ni? Kalau tak boleh handle rehat kejap ah. Seram sejuk doh tengok kau macam ni," Suzy memandang aku seperti ketakutan.

   Hadeh ini celup British. Aku baru buat aksi macam itu dia dah bagi respon macam ni. Agak-agaknya lah kan macam mana kalau aku ni betul-betul pembunuh bersiri ke penculik organ tubuh ke, mesti dia menangis melalak agaknya.

   Aku membalas dengan pandangan bengkek. Suzy yang seperti faham-faham apa yang aku maksudkan terus mengangkat jari telunjuk dan jari hantunya lalu diletakkan di tepi pipi. Aduhai, untung comel. Kalau tidak, berhentilah. Jangan buat aku mimpi buruk malam nanti.

   "Tengok movie nak? Ajak Arisya dengan Haikal sekali! Nak tak, nak tak?" Aku menongkat dagu menanti jawapan Suzy. Dia masih dengan jarinya kini berada di dagunya. Habit.

   Lalu, dia tersenyum seraya mengangguk gembira. Tinggal minta persetujuan Haikal dengan Arisya sahaja. Huuii macam nak buat reunion pula. Padahal, tengok movie saja.

   Aku pun menuju ke bilik Haikal, tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dalam maksud istilah, aku main serang je. Ehh!

   "Yes Aina? Anything?" Haikal memandang aku lalu melemparkan senyuman.

   Yang disebelah pula buat muka terkejut selepas itu tersenyum jahat. Senyuman macam watak antagonist di sinetron Indonesia. Aku datang salah waktu ke?

   "No.. Nothing. Maaf ganggu," Aku terus undur diri dan segera menutup pintu bilik Haikal.

   Aku kembali menuju ke meja sambil menghentak-hentakkan kaki. Sampai-sampai, Suzy pun turut terganggu. Habis aku kena ceramah sebabak.

   Katanya, tak baik ganggu orang.

   Nanti Allah tak berkat kerja kita.

   Nanti, orang rasa terganggu dan mungkin tak nak maafkan kita.

   Aku memasang muka menyampah. Yalah Suzy. Janji kau happy sudah.

   Aku duduk di atas kerusi, melanjutkan kerja yang sempat tergendala. Namun, fikiran aku.. menerawang.

Kerana kauWhere stories live. Discover now