[0.8]

301 29 23
                                    



_______________

Puan Park yang baru sahaja datang dari dapur itu hanya memerhatikan gerak-geri Jimin yang sedang membetulkan rambut di cermin kereta manakala Seunbi yang sedang membetulkan tali kasut di depan pintu.

"Jimin, mulai harini nak pergi sekolah sama-sama dengan Seunbi tau." Puan Park memulakan perbualan tatkala menyedari terlalu sunyi dari tadi.

Elok dia berdiri di sebelah kereta Jimin. Tingkap separuh terbuka jadi kata-kata Puan Park itu sempat di tangkap oleh Jimin. Dia apalagi masam mencuka lah.

"Omma, apa ni?" soal Jimin tak puas hati. Amboi, dah tumpang rumah orang, lepastu pergi sekolah pun nak saing orang. Banyak cantik muka kau.

"Jimin dengar jelah kata omma. Seunbi naiklah nanti lambat pula pergi sekolah." ujar Puan Park seraya membuka pintu tempat penumpang kereta untuk Seunbi.

"Eh eh, sedap je bagi dia duduk belakang, ingat Jimin driver dia ke apa? Kau pindah depan." ujar Jimin sudah geram. Puan Park pun satu tau!

"Eh sorry omma tak sengaja. Seunbi, jangan takut-takut tau. Kalau Jimin nakal-nakal kat sekolah bagitahu je Aunty. Okay?" pesan Puan Park kepada Seunbi yang sudah selamat masuk ke dalam perut kereta.

"B-baiklah." tergagap-gagap Seunbi mahu menjawab tatkala gadis itu memandang Jimin yang sudah bagai mahu menerkam dia dengan anak mata tajamnya.

"Okaylah, see you! Bye." laung Puan Park menjauh kereta kerana Jimin sudah mahu mengundur ke luar pagar.

-----

Tak sampai beberapa minit keluar dari kawasan perumahan Villa Lotus laju sahaja Jimin memberhentikan kereta di tepi jalan.

Aku seperti tak tahu apa-apa tu terus tertoleh ke Jimin. Wajah dinginnya aku pandang takut.

"Kenapa berhenti kat sini? Kita dah sampai sekolah eh?" soalku untuk menenangkan diri. Jangan cakap yang dia nak tinggal aku dekat sini sudahlah.

"Jangan banyak tanya, kau turun sekarang." pinta Jimin memandang tajam ke arahku. Terlalu masin mulut aku kerana Jimin sudah pun mahu aku keluar.

"Ha?!" aku cuba memproses ayat yang diberikan Jimin.

"Turun jelah! Depan simpang tu sekolah. Kau jalan kaki. Aku taknak orang nampak. Aku tak suka. Lagi-lagi kau ni miskin. Ergh! Buat malu." jerkah Jimin sambil tak lupa menghina aku.

"Jimin-" tak sempat nak cakap aku dah terkedu dengan tindakan Jimin.

"Tercegat apa turunlah!" jerit Jimin menghentakkan tangannya di stereng kereta.

"O-okay." dan terpaksalah aku akur dengan kehendak kejam dia tu. Nak buat macam mana dia masih lagi tak boleh terima aku.

"Chop! Nanti dah sampai sana kau pandai-pandailah eh buat hal sendiri. Chaw!"ujar dia selamba dengan menekan minyak laju meninggalkan aku sendiri di tepi jalan.

Nasib kaulah Seunbi.

"Jimin..." rungutku menyeru nama Jimin walaupun aku tahu dia takkan berpatah balik kerena spesis kejam nak mampus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[H] Haughty + pjm Where stories live. Discover now