[0.1]

299 25 14
                                    



_______________

"Bagi sini duit kau!" jerkah Jimin yang sedang menggenggam kolar baju milik Mintae. Pelajar noob yang lemah dan sering menjadi mangsa buli geng Tenenet Park Jimin.

"Aku mana ada duit." tipu Mintae yang masih mahu mempertahankan haknya. Agaknya dia masih tidak serik lagi dengan ugutan yang diberikan Jimin tempoh hari.

Dia mesti menjadi 'bank' di sekolah apabila Jimin mahu menggunakan duit. Seperti yang tidak tahu Jimin ini merupakan pelajar yang paling digerun oleh pelajar-pelajar di Dulwitch Highschool.

Bagi mereka Jimin ni pailang, sekali kau buat hal dengan dia, esok jangan harap kau akan wujud. Auto berhenti sekolah.

Semua aktiviti kejamnya tidak pernah diambil laporan mahupun tindakan.

"Tak payah membongaklah noob. Aku tahu kau ada duit." celah Dawon yang sedang menggigit kuku. Kakinya diletakkan diatas meja belajar Mintae, habis berhabuk kena tapak kasut.

"Arkhh- s-sakit!" secara refleks kepala Mintae kebelakang kerana rambutnya ditarik oleh Jimin. Lelaki itu tersengih nakal.

Perlahan-lahan Mintae mengeluarkan beberapa not won dari dalam poketnya dan dihulurkan ke arah Jimin. Not won itu dirampas laju oleh lelaki berambut blonde dihadapannya.

"Ha ada pun duit ingat dah sengkek sangat. Ambik kau." Jimin menolak kuat melepaskan rambut Mintae. Not tadi dikira-kira, takut kurang.

Habis tergolek jatuh Mintae ke lantai kelas. Dia mengerang kesakitan akibat tolakan kuat oleh Park Jimin.

Dengan berpuas hatinya Jimin dan gengnya berjalan ke luar dari kelas.

"Jimin sunbae-nim!" teriak seorang pelajar perempuan dari arah kelas sebelah, berlari anak mendekati Jimin dan gengnya.

Jimin menghela nafas seraya memberhentikan langkah kakinya. Kedua-dua tangan setia berada didalam kocek lalu dia memusingkan tubuhnya menghadap pelajar perempuan yang sudah berdiri tegak di menghadapnya.

-----

Dulang berisi air dan ubat aku letakkan di atas lantai bersebelahan tilam omma.

"Omma janganlah macam ni, omma kena kuat. Kalau omma sakit siapa yang nak jaga Seunbi." tangan omma aku raih dan tempatkan di pahaku. Wajah pucat lesu omma aku pandang sayu.

Beratnya rasa apabila orang yang kita sayang sepenuh hati sudah terlantar lesu dan tidak sihat. Rindu saat dimana omma sihat dan mampu mengejar aku lari di taman. Kini saat itu sudah menjadi kenangan yang terbuku di dalam kotak hati.

"Seunbi omma minta maaf kalau omma tak mampu nak jaga Seunbi." ujar omma yang menelan liur perit.

Aku menunduk lesu mendengar ayat yang selalu ditutur omma. Aku juga dapat lihat kerekahan di bibir merah jambu milik omma.

Bibir itu yang sering mengukir senyuman manis di setiap kali aku pulang dari sekolah.

"Seunbi." panggil omma lagi membuatkan aku terus merenungnya. Aku perlu kuat dihadapan omma, aku tidak mahu omma sedih seperti mana melihat wajahku yang tidak rela akan keadaannya sebegini.

"Ya omma." jawabku perlahan.

"Kalau omma dah takde Seunbi tinggallah dengan Aunty Rae ya?" pinta omma. Aku kira ini sudah kali ke berapa dia mengungkapkan ayat yang sama.

'Tinggal bersama Aunty Rae'

"Ha? S-seunbi tak mau." balasku. Kalini aku betul-betul protes.

"Kenapa? Aunty Rae kan baik, lagipun Jimin kan ada. Kamu boleh berkawan dengan dia." pujuk omma seboleh mungkin.

"Seunbi rela kalau tinggal di sini seorang diri berbanding tinggal di sana." Aku menunduk lagi.

Bukannya aku tidak mahu mendengar kata omma tetapi bila difikirkan balik, lelaki itu dari dulu lagi sudah tidak menyukai keluarganya yang digelarkan miskin dan keji.

"Seunbi, dengar cakap omma." pinta omma lagi.

"Omma mari kita makan ubat." kalini aku menukar topik, aku perlu berfikir masak-masak. Nak ke keluarga yang kaya dan mewah itu mahu menjaga aku dari keluarga yang miskin dan jijik ini.

Lagi-lagi Jimin, nak ke dia?

-----

"Sunbae... nah buat sunbae." ujar Hong Nomi sambil menghulurkan sebuah kotak hadiah dan sepucuk surat cinta buat crush separuh matinya.

Jimin tersengih jijik melihat senyuman yang diukirkan Nomi.

"Sunbae baca dirumah ya." pinta Nomi, tepi rambut disisip ke belakang telinga.

"Taknak!" protes Jimin memulakan misi membuli perasaan pelajar perempuan yang cuba meluahkan perasaan terhadapnya.

"Ha?" tercengang Nomi apabila Jimin membuka surat cinta yang ditulisnya tiga hari tiga malam itu. Dengan ayat-ayat bersandiwara dicampur dengan beberapa puitis cinta. Uhm! Bikin malu satu sekolah nanti.

"Ehem ehem dengar sini semua, kehadapan dan kebelakang Jimin sunbae-nim yang saya cintai, jatuh cinta kepada sunbae adalah anugerah yang datang tanpa boleh saya cegah.

Berbagai rasa bercampur aduk, tidak ada lagi batasan antara kecewa, senang, marah mahupun bahagia." ajuk Jimin tersengih menahan ketawa.

"Hadirmu bagai rintik hujan dipenghujung kemarau, membasahi padang hati yang gersang. Bagaikan bulan menerangi di setiap gelap malamku, bagai matahari menyinari di setiap hari-hariku. Dengan ini, terimalah luahan cinta saya. Sudikah awak menjadi boyfriend saya. Yang benar, Nomi Gojes."

"Hahahahahahdnskjkskldkj kau tu sedarlah diri sikit dah lah gemuk, nerd berjerawat ada hati nakkan aku. Kat rumah kau takde cermin eh? Kalau takde sini aku bagi duit pergi beli." gelak Jimin terbahak-bahak diikuti dengan Dawon dan Kyro.

Kotak hadiah dan surat cinta yang dibacanya tadi dibuang ke dalam tong sampah bersebelahan dengannya. Dia berpaling dan melangkah jauh meninggalkan Nomi yang sedang menangis teresak-esak.

Hampir kesemua pelajar yang melalui koridor disitu ikut tergelak melihat rejection padu yang diberikan Jimin.




-tbc

[H] Haughty + pjm Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz