[0.5]

163 21 3
                                    



_______________

"Eh perempuan kau ni memang menyusahkan aku kan? Yang kau setuju nak tinggal dengan kitorang apahal?!" tempik Jimin sebaik sahaja membawaku jauh ke belakang rumah.

"Saya tak minta pun. Aunty ngan Uncle yang suruh. Saya ikut je." ujarku. Lengan aku usap pelan akibat ditarik Jimin tadi.

Kembang kempis hidung Jimin mendengar jawapan dari aku. Dia mula bercekak pinggang.

"Eleh konon terpaksalah. Padahal suka. Tch- Kau ni memang berlakon je kan." ujar Jimin terselit perlian.

"Jimin saya buat semua ni sebab Aunty, Uncle dan amanah omma. Kalau ikutkan saya pun tak hinginlah nak jejak rumah mewah bandar awak tu." terangku ke Jimin yang tak habis-habis menuduh macam-macam.

"Arh tak kisahlah, kau dengar sini eh. Kau jangan ingat kau dah duduk dengan kitorang yang kaya ni kau boleh senang-senang. Sedar diri tu sikit. Perempuan kampung." ujar Jimin masih dalam nada meriak. Wajah kecilku ditatap geram.

"Biadabnya-" baru sahaja aku mahu memaki balik si Jimin tu tetapi perbualan kami terganggu dek panggilan Puan Park.

"Jimin, Seunbi. Jomlah kita gerak. Dah senja ni. Nanti jalan jammed." pinta wanita itu. Tas tangan elok diselit di lengan sambil bercekak pinggang.

"Okay omma. Ingat eh." laung Jimin terselit ugutan kepadaku. Dia mula mengaturkan langkah meninggalkan aku dibelakang.

Dan aku berdiri dengan hanya mampu mengeluh perlahan.

-----

"Masuklah Seunbi. Buat macam rumah sendiri." pelawa Puan Park yang menarikku seiring dengannya masuk ke dalam rumah agam mewah itu.

Lantai marmer dengan dekorasi dinding ala-ala white castle. Wah sungguh aku jakun!

Selama 18 tahun aku hidup tak pernah aku jejakkan kaki ke rumah saudara jauhku ini. Ini pertama kali walaupun kedatanganku ini sememangnya ditentang oleh seorang Park Jimin.

"Seunbi nak buat apa pun Uncle tak kisah. Pergilah tengok-tengok." pelawa Tuan Park lagi. Dia seperti senang dengan riak wajah jakun aku ini.

"Ehem ehem." Jimin mencelah dengan berdehem dengan jelingan maut kepadaku.

Liur perit ditelan setelah melihat wajah berlagak Jimin itu.

"Takpelah uncle. Seunbi rasa Seunbi nak rehat lah. Boleh?" soalku tersengih kerang. Belakang tengkuk aku garu sedikit.

"Eh apa yang tak bolehnya, mestilah ha- Jimin nah tolong bawakan beg-beg ni dan tunjukkan bilik Hyurin kat atas." Puan Park berbicara seraya menunjukkan beg-beg aku.

"Omma apa ni?" soal Jimin memprotes. Dia memandang ke arah aku lalu menjeling tajam.

Aku boleh angkat sendirilah!

"No excuse, cepat! Ni karang lepas mandi semua turun bawah tau kita dinner sama-sama okay?" arah Puan Park tegas. Dia sudah mula bercekak pinggang.

Dengan merungut laju sahaja Jimin mengangkat dua beg aku kiri dan kanan bahunya. Dan aku hanya membawa kotak yang berisi buku pelajaran.

Langkah Jimin aku ikut untuk naik ke tingkat atas.

"Baiklah. Terima kasih." ujarku sebelum meneruskan langkah.




-tbc

[H] Haughty + pjm Where stories live. Discover now