[0.4]

166 21 0
                                    




_______________

"Seunbi, kamu tinggal dengan Aunty ye?" soal Puan Park seraya memegang bahu aku.

"Tak mengapalah Aunty Rae. Seunbi boleh tinggal kat sini seorang diri." ucapku tak mahu menyusahkan makcik saudara.

Kalau boleh aku tak mahu menyusahkan sesiapa lagi-lagi keluarga sekaya Park Jimin ni.

"Macam mana kamu nak jaga diri, kamu bukan ada sesiapa lagi kat sini." ujar Puan Park. Dia seperti berasa kasihan melihat keadaanku seperti ini.

"Takpelah Seunbi boleh usaha sendiri. Seunbi tak mahu susahkan sesiapa." jelasku seboleh mungkin.

Ya tuhan tolong lah!

"No Seunbi, Uncle tak setuju. Kamu tu masih bersekolah, bahaya tinggal sorang. Kami boleh dan mampu jaga kamu." celah Tuan Park dihadapan pintu rumah.

Lelaki itu masih berkaca mata hitam dan memeluk tubuh melihat disekeliling rumah usang ini.

Yang sepertinya tak cukup memberi keselamatan jika aku tinggal berseorangan.

"Betul tu Seunbi, lagipun ini amanah mendiang omma kamu. Kita kan keluarga." ujar Puan Park lagi. Sempat dia menyebut bahawa aku juga keluarganya.

-----

"Yah! Biadab kau tembak aku. Meh sini! Padan muka." pekik Jimin yang sedang gasak bermain permainan di telefon pintarnya.

Kakinya yang tak jejak di tanah itu digoyang-goyangkan geram.

Akibat kalah akan permainan tersebut, dia sudah penat bermain. Telefon dimatikan dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Dia memandang ke arah sawah padi dihadapan rumah usang itu. Sesekali dia melirik ke arah rumah tadi.

Bosan!

"Ish lama betul, panas tahu tak kat sini." berang Jimin tatkala kelibat ibu dan bapanya masih tak kelihatan.

"Jimin!" laung Tuan Park di hadapan pintu kayu rumah usang itu.

Tuan Park melambai-lambaikan tangannya ke arah Jimin. Takut dia tak nampak.

"Ya appa." ujar Jimin. Dia mula bangkit dari pondok itu dan berdiri tegak.

"Sini tolong angkat barang." laung Tuan Park lagi. Tangannya masih melambai-lambai menyuruh Jimin kesana.

"Eo? Barang? Barang apa?!" soal Jimin. Dahlah tengah panas, berpeluh ketiak. Lepastu nak suruh angkat barang lagi.

"Tak payah banyak bunyi. Sini jelah!" laung lelaki tua tu lagi.

Jimin pasrah lalu mengatur langkah ke arah rumah tersebut.

Ish!

"Yelah yelah jap!"

Bercekak pinggang Jimin melihat beberapa buah beg dan sedikit buku pelajaran.

"Jimin from now on, Seunbi akan tinggal dengan kita." celah Puan Park yang baru sahaja keluar dari dapur.

"What?! Ini tak mungkin!" arok Jimin tak percaya. Tak mungkinlah dia yang berpangkat anak orang kaya mahu duduk sebumbung dengan gadis miskin itu.

Seunbi yang baru sahaja keluar dari bilik dipandang hina.

"Tak mungkin mendenya. Dah dah pergi angkat barang ni masuk bot kereta." ujar Tuan Park yang sudah tahu perangai Jimin yang tak habis-habis meninggi diri.

"Appa, kenapa tak bincang dengan Jimin dulu sebelum kita kutip budak tu?" soal Jimin memprotes.

Seunbi hanya menunduk sahaja.

"La buat apa nak bincang, perkara biasa je. Lagipun dia bukan orang lain dia kan anak sedara omma. Sepupu kamu." ujar Puan Park.

"Ish tak naklah ngaku sepupu, dah lah miskin." ujar Jimin mengangkat hidung. Lagak kayak minta menyepak.

"Jimin- Appa tak pernah ajar ya kamu biadab macam ni." terus tergeleng kepala Tuan Park tatkala mendengar ayat yang terkeluar dari mulut si Jimin tu.

Siapalah yang ajar.




-tbc

[H] Haughty + pjm Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang