[0.2]

184 25 7
                                    



________________

"Padan dengan muka dia." ujar Kyro sambil membuka paket snek kentang yang dibeli di kantin tadi.

"Kalau ikutkan nak je aku tarik spek dia. Biar teraba-raba. Ahahahaha." sambung Dawon menambah perisa. Masing-masing tak lupa akan kejadian yang menimpa Hong Nomi tempoh hari.

"Lek lek baru sikit, kalau dia tak serik lagi kita buat yang lagi teruk." ujar Jimin seraya merampas snek kentang dari tangan Kyro lalu beredar dari tempat lepak mereka.

"Eh kau nak kemana?" soal Dawon yang sedang membuka kotak minuman susu strawberi.

"Aku nak jumpa Haewon jap." balas Jimin. Sengihan manis ditayangkan ke arah rakannya.

"Eleh nak mengayatlah tu." ujar Kyro sememangnya sudah tahu tujuan Jimin yang mahu mengorat pelajar terpandai Dulwitch Highschool, Kim Haewon. Dawon dan Kyro tak henti-henti membahan Jimin.

"Diamlah." balas Jimin singkat. Malu disakat rakan-rakannya.

------

Aku tersedar dari lena apabila merasakan gerakan tangan omma yang bergetar-getar. Omma berusaha menarik nafas tetapi nafasnya bagai tersekat dihalang sesuatu. Aku sudah panik tidak tahu bagaimana yang harus aku laku.

"Omma! Kenapa ni?" soalku mula cemas. Selimut yang menyelubungi omma aku buka dan lengan omma aku pegang.

Omma seperti sukar untuk bernafas, aku segera bangun untuk mengambil bekas ubat-ubatan omma tapi perlakuanku terhenti tatkala omma memegang tanganku.

"T-tak perl-lu ambil ubat lagi. O-omma dah... d-dah sampai masanya omma pergi."

"Apa omma cakap ni?!"

Aku menidakkan kata-kata omma lantas mencapai bekas ubat yang terletak di atas rak.

Penutup dibuka, aku terkejut tatkala melihat hanya longgokan plastik ubat yang sudah kosong. Satu pun tidak tertinggal.

Macam mana aku nak beli ubat kalau duit pun tiada. Sekarang ubat pun dah naik harga.

Aku bangkit mendapatkan omma yang asyik terbatuk-batuk.

"Seunbi, relakanlah nak omma pergi. Omma tahu kamu pasti boleh teruskan hidup seperti biasa bila tinggal dengan Aunty Rae."

"Omma..."

"Jangan risau nak. Omma akan bahagia kalau kamu redha omma pergi."

Batuk omma semakin kuat dan nafas omma juga semakin tersekat. Sekarang aku baru dapat lihat saat nyawa ditarik.

"Omma! Omma jangan macam ni. Seunbi sayang omma."

Meraung aku tak keruan saat omma bagai nyawa-nyawa ikan, muka omma juga semakin memucat.

Ya tuhan kuatkan hati aku.

"Omma." panggilku disaat tubuh omma sudah tidak bernyawa. Aku menunduk meraung memeluk omma.

"Seunbi nak ikut omma."




-tbc

[H] Haughty + pjm Onde histórias criam vida. Descubra agora