4. Pengembaraan bermula

112 11 0
                                    

Ash, Ruby, Robin, Teera, Akaily dan Nayrael berada di jeti. Mereka bersiap sedia untuk menuju ke pulau yang merupakan tempat tinggal Minotaur dan musang berekor sembilan.

"Teera, kau bawa buku kota Atlantis?" soal Ash.

"Aku tak ingat mana jalannya jadi kena lah bawa buku ni"

"Tak apa. Kita bergerak sekarang. Aku tak sabar nak ke kota Atlantis" ujar Akaily.

Mereka berenam naik bot menuju ke pulau tempat tinggal Minotaur. Apabila mereka sampai di sana, mereka dapati pulau tersebut telah dimajukan serba sedikit. Ada rumah serta jalan yang diturap dengan warna hitam.

Ada juga kapal berlabuh di situ. Bukan saja Minotaur di situ malah puak lain juga di situ. Sejak Teera dan Allen ketemu pulau tersebut, pulau itu dikunjungi dengan ramai pelancong. Keadaan laut yang bersih serta keindahan dapat menarik perhatian sesiapa pun singgah di sini.

"Kita nak pergi bercuti ke?" soal Robin.

"Tak. Kita nak cari ikan duyung perempuan yang ekornya berwarna unggu. Kalau tiada di sini, duyung tu mesti di pulau musang berekor sembilan" ujar Teera.

"Ala, boleh tak kita bercuti dulu?" soal Nayrael

"Tak. Kita kena pergi ke kota Atlantis dengan cepat. Aku nak tahu apa yang berlaku 1000 juta tahun dahulu" ujar Ruby.

"Betul tu" sokong Ash.

"Yelah"

Bot yang dinaiki mereka berenam terus berlayar di sekeliling pulau tersebut untuk mencari ikan duyung yang dimaksudkan oleh Teera. Mereka mencari di seluruh pelusuk pulau tersebut namun tidak menjumpai. Mereka hanya jumpa ikan duyung biasa je.

Matahari sudah melabuhkan tirainya namun mereka masih tak jumpa ikan duyung tersebut. Mereka berenam berehat di hotel yang berdekatan. Tiga lelaki di bilik hotel yang sama seperti juga tiga perempuan.

Nayrael hempas badannya di atas katil. Matanya dipejamkan lalu terlelap. Mungkin dia terlalu penat. Mana taknya, mereka berenam berjalan di sekitar pulau untuk mencari tempat yang sesuai. Ikan duyung tu berada di kawasan air.

"Eh, dah tidur si Nayrael?" soal Teera.

"Er, Teera. Boleh aku tanya kau sikit?" soal Akaily.

"Apa dia?"

"Macam mana kau dapat jawapan dari buku kota Atlantis?" soal Akaily.

"Aku pada mulanya keliru baca soalan dia. Tapi aku takkan berputus asa. Aku baca berkali-kali soalannya sehingga aku faham apa maksud di sebalik soalan tu"

"Oh. Tentang kuasa kau pula? Aku masih keliru lah. Macam mana kau boleh dapat kuasa tu. Tak pernah aku tahu seseorang dapat kuasa yang berbeza"

"Aku pun tak tahu, Akaily. Apa yang aku tahu ibu aku pengguna kuasa elemen cahaya. Ibu aku yang beritahu aku tentang ini. Dia tak beritahu siapa ayah ku"

"Tak apa lah. Nanti kita pergi kota Atlantis lepas tu dapatkan buku sejarah kita. Aku nak tahu sangat macam mana peperangan boleh ditamatkan" teruja Akaily.

"Aku pun. Jangan risau. Kita akan tahu sejarah 1000 juta tahun dahulu"

[.............]

Di sebuah dasar laut yang dalam, tinggal sisa bangunan di situ. Bandar itu hanya tinggal sebahagian bangunan sahaja. Seekor ikan duyung perempuan berekor unggu sedang berehat di salah satu bangunan runtuh. Datang seekor haiwan yang menuju ke arah ikan duyung itu.

"Oi, dugong. Kau tak pergi ke pulau ke?" soal haiwan itu.

"Kau panggil aku dugong? Tak guna kau"

"Pergi lah sana"

"Kau gila ke? Kau nak aku berlawan dengan siren? Lain lah kau hantar aku ke sana. Kau ingat senang ke nak ke sini? Hampir dua bulan aku ke sini tahu tak?" marah ikan duyung perempuan itu.

"Aku hantar kau ke sana. Pulau mana kau nak pergi? Pulau Minotaur atau musang berekor sembilan?"

"Kenapa kau nak hantar aku ke situ? Bukannya ada sesiapa nak cari aku"

"Ada. Mereka nak cari kota Atlantis. Kau saja yang tahu di mana kota Atlantis" ujar haiwan tersebut.

"Kenapa kau sendiri yang tak ke sana?"

"Kau lupa ke tugas aku apa?" soal haiwan itu.

"Ialah, ialah. Kalau tiada siapa yang cari aku, kau akan mati" amaran ikan duyung tersebut.

Haiwan tersebut hantar ikan duyung perempuan itu ke pulau Minotaur. Ikan duyung tersebut tersadai di pantai. Ekornya bertukar menjadi kaki.

"Jadi, kita pergi berhibur"

Keesokkan harinya, Teera dan rakannya mahu pergi dari pulau Minotaur. Mereka berenam sedang bersarapan di sebuah restoran makanan.

"Jadi, kita nak ke pulau musang berekor sembilan?" soal Ash.

"Sebelum tu, kita kena lagi sekali sekeliling pulau ini untuk cari ikan duyung sebelum kita pergi ke pulau musang berekor sembilan" ujar Teera.

"Ish, mana lah ikan duyung tu. Aku nak jumpa dia secepat yang mungkin" tak sabar si Nayrael.

"Tapi kan, apa fungsi kau bawa buku kota Atlantis? Kan ikan duyung tu tahu mana perjalanan ke kota Atlantis" soal Ruby.

"Aku bawa untuk kegunaan kecemasan. Mana lah tahu ikan duyung tu perlukan"

Tanpa mereka sedari, ikan duyung perempuan mendengar perbualan mereka berenam. Setelah mereka berenam siap makan, ikan duyung itu mengikut mereka dari belakang.

1 jam kemudian, mereka selesai mengembara satu pulau. Mereka berenam pergi ke bot. Ikan duyung itu masuk ke dalam bot mereka berenam. Mereka berenam terkejut melihat perempuan itu yang tiba-tiba masuk ke dalam bot.

"Siapa kau? Apa kau nak?" soal Nayrael.

"Korang cari ikan duyung perempuan berekor unggu kan?"

"Ya, macam mana kau tahu?" soal Teera.

"Aku tahu siapa ikan duyung tu. Aku boleh tunjukkan di mana dia"

"Bagus lah" teruja si Robin.

"Nanti dulu. Macam mana kami nak percaya kau kenal ikan duyung perempuan tu?" soal Ash.

"Sebab dia adalah kenalan aku. Percaya lah cakap aku. Aku nak kau bawa bot ini di pinggir pantai yang tiada sesiapa pun di situ"

"Aku masih ragu-ragu" ujar Ash.

Perempuan itu mengukir senyuman. Bot itu dipandu menuju ke pinggir pantai yang tiada sesiapa. Mereka bertujuh keluar dari bot. Perempuan itu memandang ke arah mereka.

"Mana ikan duyung tu? Panggillah kawan kau tu" ujar si Aney.

"Nama aku Cerni. Nama korang pula?" perempuan itu memperkenalkan dirinya.

"Cepat mana ikan duyung tu. Jangan main-main kan kami" marah Ash.

"Ooo, tenang. Aku cuma tanya nama saja. Nampaknya korang tak sabar"

"Korang, jangan lah macam ni. Maafkan kami. Kami nak cepat" pinta Teera.

"Tuanku? Patik tak perasaan pula tuanku di sini" hormat Cerni.

"Tak apa. Boleh panggil kawan kami tak?"

"Tak perlu tuanku. Sebab saya adalah ikan duyung tu"

"Jangan bergurau lah. Ikan duyung ada ekor" ujar Robin.

"Lupa ke? Ikan duyung boleh bertukar ekor jadi kaki. Tengok ni"

Cerni menukar kakinya kepada ekor ikan duyung. Mereka berenam terkejut melihat warna ekor ikan duyung tersebut.

"Jadi, korang nak pergi ke kota Atlantis?" soal Cerni

Queen Teera Where stories live. Discover now