35. Kebangkitan (part 2)

57 11 0
                                    

Sebahagian kapal kepunyaan kumpulan Tyzer musnah akibat tiupan angin kencang, hempasan ombak dan kapal mereka terlanggar dengan batu karang di lautan.

Beberapa ahli kumpulan Tyzer mati kelemasan kerana mereka tidak pandai berenang. Ada juga sebahagian dari mereka dapat selamatkan diri dari ditenggelami air.

Ketua ahli kumpulan Tyzer pula tidak mahu berehat selagi mereka tak jumpa pulau di mana tempat Jazz ditidurkan. Nasib mereka dapat ketua macam tu.

"Tuan" tegur salah seorang anak buahnya itu.

"Hmm" dia hanya membalas teguran namun dia tidak pandang ke arah anak buahnya.

"Dalam beberapa minggu, mungkin kita akan sampai ke pulau di mana terletaknya Jazz. Sebelum itu, kita akan hadapi dengan serangan haiwan laut. Jadi, tuan ada apa-apa rancangan untuk melepasi rintangan tersebut?" soal anak buahnya.

"Jangan risau. Haiwan laut tu tidak akan ganggu kita selagi kita tak ganggu mereka"

"Tapi tuan, haiwan laut tu..." belum sempat dia habis bercakap, dia dipandang tajam oleh ketuanya itu.

"Baik, tuan" anak buahnya tunduk lalu berlalu dari situ.

Ketua kumpulan Tyzer itu pandang ke arah laut. Dia sudah lama menunggu saat ini. Dia lakukan semua ini untuk kebaikan.

[.........................]

300 juta tahun dahulu...

"Abang" ceria seorang budak perempuan yang memeluk abangnya dari belakang.

"Nak apa?" soal budak lelaki itu kepada adiknya yang tercinta.

"Ibu panggil suruh makan"

Budak lelaki itu mengangguk kepalanya. Dia meninggalkan tanaman dan sayuran yang dia tanam menuju ke rumah pondok kecil.

Mereka bertiga yang menetap di rumah kecil itu. Ibu, dia dan adik perempuannya. Ayahnya telah lama meninggal. Mereka sekeluarga adalah bangsa lain selain bahasa bunian.

Mereka adalah puak kecil yang hampir pupus. Mereka adalah bangsa Hyuga. Bangsa yang hilang dalam sejarah akibat peperangan berjuta tahun dahulu.

Bangsa Hyuga tidak tercatat di mana-mana sejarah kerana bilangan mereka. Tidak tahu sebab apa bilangan bangsa mereka berkurang. Rupa mereka sama seperti bangsa manusia namun berbeza dari segi kuasa dan saiz badan. Disebabkan saiz badan mereka pelik, mereka mengasingkan diri dari bangsa lain.

Budak lelaki itu makan dengan keluarganya. Namun kebahagiaan tidak berkekalan lama.

Suatu hari, adiknya serta ibunya ditangkap oleh bangsa lain iaitu bangsa vampire yang inginkan darah.

"Lepaskan adik aku" rayu budak lelaki itu.

"Abang tolong adik, abang" rayu adiknya.

Ibunya satu melihat kedua anaknya yang tercinta. Ibu kemudian menolak vampire itu dari mencengkam dirinya. Vampire itu terkejut. Dia keluarkan pedang dari badannya dan bersedia untuk berlawan.

"Perempuan ini nak lawan kita lah"

"Haha, kelakar nya" gelak vampire itu

Ibu itu membuka bilah pedang lalu memancung beberapa vampire di situ menyebabkan vampire yang lain terkejut. Serangan tadi tiada siapa yang dapat ramalkan kelajuan tersebut.

"Apa?" terkejut vampire di situ.

Si ibu membesarkan tubuh badannya setinggi dua meter. Vampire itu mengundur ke belakang. Ibu mengambil kedua anaknya itu.

"Serang mereka" arah vampire tersebut

Sebahagian vampire mencakar kuku di bahagian lengan ibu itu tapi ibu berjaya mengelak. Dia lempang vampire itu sehingga vampire itu ke belakang untuk beberapa meter.

Si ibu melahirkan diri sambil membawa anak mereka jauh dari vampire tersebut. Lari yang laju sehingga vampire tidak dapat mengejar mereka bertiga.

Budak lelaki itu hanya berdiam diri. Dia berfikir bila lah peperangan akan berhenti.

"Tuan" tegur anak buahnya dengan mengetuk kepala tuannya.

Ketua kumpulan Tyzer tersedar dari lamunan. Dia sedang berfikir tentang masa lalunya "Apa?"

"Apa kata tuan berehat dulu?" pinta anak buahnya yang risau akan ketuanya itu.

"Baiklah"

Ketua kumpulan Tyzer memakai pelitup muka yang menutupi wajahnya kecuali matanya. Tinggi nya kira-kira 170 cm. Anak buahnya sendiri tidak tahu wajah ketua kumpulan mereka.

"Tuan, kita akan cepat pergi ke pulau yang ditidurkan itu jika kita guna teleport. Aku boleh bawa beberapa saja untuk ke sana" ujar salah seorang anak buahnya yang menuju ke arah dia.

"Kuasa teleport kau tahap berapa?"

"Tahap 4"

"Aku terima bantuan kau tapi kuasa kau tak cukup nak bawa kita semua ke sana. Jangan menyusahkan diri, nanti kau akan kehilangan nyawa"

"Tapi..."

"Dengar arahan aku" tegas ketua kumpulan Tyzer itu.

"Dengar, tuan"

Ketua kumpulan Tyzer beredar dari situ. Anak buahnya sendiri tidak tahu apa perasaan ketuanya itu. Kadangkala moodnya baik kadangkala tidak.

[.................]

Badan Mikael disimbah air oleh burung phoenix itu kerana Mikael bangun lambat. Mikael memuncungkan bibirnya tanda dia merajuk.

"Sampai hati kau simbah aku. Aku tak nak maafkan kau" Mikael duduk bersila di atas tanah sambil menyilang kedua tangannya itu.

"Kau ni lelaki tau, Mika tapi perangai macam perempuan. Ada juga aku terajang kau"

"Kau jadi pasangan aku nak?"

"Aku haiwan lah, gila. Cepat lah naik. Kita dah nak sampai Digra" geram burung phoenix itu.

"Ya, sabar. Tak lari pun Digra tu" Mikael naik atas badan burung phoenix.

"Memang Digra tu tak lari ke mana tapi kita kena cepat" burung phoenix itu melebarkan sayapnya lalu dia terbang di udara.

"Ala, jangan macam ni" gedik Mikael.

Burung phoenix itu hanya pasrah. Hampir seminggu dia terbang ke Digra bersama dengan Mikael. Dia hampir nak jadi gila dengan sikap Mikael. Nasib baik dia ada perasaan kesian pada Mikael.

12 jam kemudian, burung phoenix mendarat di atas tanah. Mikael dengan terujanya melompat di atas tanah. Dia berlari-lari sambil menjerit. Burung phoenix itu menggeleng kepalanya.

"Oi, apa yang kau buat di sini?" soal unit tentera yang menuju ke arah Mikael. Mereka terkejut melihat seekor burung phoenix di situ.

"Hei, apa berlaku?" soal Mikael yang melihat keadaan Digra. Separuh bangunan di situ musnah.

Hana, Teera, Nayrael, Robin, Ash, Akaily dan Ribu ternampak seekor burung phoenix yang mendarat di atas tanah. Burung phoenix itu berwarna coklat dan tidak mempunyai kuasa.

"Kenapa ada burung phoenix di sini?" soal Teera yang menuju ke arah burung phoenix itu bersama dengan kawannya.

Dia terkejut melihat burung phoenix itu mengetuk kepala Mikael. Burung phoenix itu ternampak Teera "Woi, Mika"

Mikael toleh ke belakang. Dia dapati Teera dan Hana pengguna kuasa lagenda. Dia dengan segera menuju ke arah mereka "Hello"

"Aku tak suruh kau ucap 'Hello'. Perkenalkan diri" geram burung phoenix itu.

"Eh, burung phoenix itu biasa saja. Dia tiada kuasa ke?" soal Ash.

"Tak. Dia hanya burung phoenix biasa tetapi tetap haiwan mitos"

"Ya, siapa kau?" soal Nayrael.

"Eh, bagi lah aku duduk ke apa ke. Aku tak nak bercerita macam ni tahu tak" gedik Mikael.

Burung phoenix itu ketuk kepala Mikael sekali lagi "Jangan main-main lah"

"Baik, kita pergi ke bilik mesyuarat" pelik Teera dengan perangai lelaki itu.

"Okey" setuju Mikael.

Mereka beredar dari situ lalu masuk ke dalam bilik mesyuarat. Burung phoenix itu mengikut mereka kerana dia tidak percaya dengan Mikael.

Queen Teera Where stories live. Discover now