42.

59 6 0
                                    

Teera dan Hana terdiam seketika setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Mikael. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

"Kamu berdua setuju ke tidak?" soal Mikael.

"Nak, tapi macam mana dengan rakyat?" soal Teera.

"Aku tahu kau akan risaukan rakyat kau. Jangan risau, kita akan lengahkan perjalanan Jazz ke sini dan beri perlindungan kepada rakyat kau"

"Aku boleh tapi lama sangat lah. 25 tahun kena tunggu" ujar Hana.

"Aku tahu. Ini saja jalan penyelesaian. Jangan beritahu sesiapa. Ingati, pertama kalian berdua harus bertarung bersama kemudian hilang dari pandangan mereka"

"Baiklah, mari kita bergerak sekarang" ujar Teera.

Teera, Hana, Mikael, Ruby, Ash, Robin, Akaily, Nayrael dan beberapa askar serta rakyat keluar dari tempat persembunyian. Mereka telah bersedia untuk hadapi Jazz bila-bila masa sahaja.

"Baiklah, semua. Kalau saya dan Hana hilang, saya nak kamu alihkan penduduk ke pulau Ninga atau sembunyikan mereka dari pandangan Jazz" ujar Teera.

"Teera, apa yang kau merepek ni?" soal Ash.

"Kalau, bukan betul pun" senyum Teera.

Mereka yang mendengar ucapan Teera mula mengangguk. Mereka menuju ke tempat lokasi yang telah dimaklumkan oleh Teera. Bersiap-sedia untuk berlawan.

Jazz dan kumpulannya telah sampai di Digra. Jazz memandang negara itu dengan sekali lalu. Dia dapati negara ini telah berubah sebelum dia ditanam ke dalam tanah.

"Tak sangka negara ni berubah menjadi maju. Tak sangka pula puak yang bergaduh untuk beberapa juta tahun dahulu kini bersatu"

"Ya, betul tu. Puak manusia mendapat kuasa elemental dari bulatan elemental. Bulatan elemental itu tidak dapat dipecahkan kerana dilindungi oleh pelindung halimunan. Pelindung halimunan itu juga tidak boleh dimusnahkan juga" ujar salah seorang anak buahnya.

"Bulatan elemental? Siapa yang hidupkan kembali bulatan elemental tu?" soal Jazz.

"Dari lapan pengguna kuasa elemen. Mereka yang hidupkan bulatan elemental beberapa juta tahun dahulu kemudian jadilah negara yang aman"

"Baiklah, apa yang patut aku lakukan dulu?" soal Jazz. Dia menyeluru masuk ke kawasan bandar di situ.

Dia tenggelamkan bangunan- bangunan itu ke dalam tanah. Kawasan itu menjadi lapang dan luas. Dia berdiri sejenak lalu memandang ke arah anak buahnya itu "Siapa pemerintah korang?"

"Teera. Dia seorang perempuan"

Pada masa yang sama, para tentera sampai di kawasan tersebut. Mereka dengan segera mengeluarkan kuasa untuk berlawan dengan Jazz.

"Tenanglah. Aku baru keluar dari tanah. Tiba-tiba nak serang aku apahal?"

"Tak sangka, mereka dah keluarkan Jazz" ujar Nayrael yang melihat Jazz.

"Ya, betul tu" sokong Akaily.

"Itu adalah Jazz?" soal Teera

"Ya" jawab Mikael.

"Apa khabar wahai penduduk Digra. Aku di sini untuk mengambil kuasa kalian semua" Jazz dengan segera mendekati salah seorang tentera.

Ais menyeluru ke arah dia membuat dia terselukur ke tepi. Tangan kanannya membeku hingga ke paras siku. Dia memandang ke arah Hana yang membaling kuasa tersebut.

"Jangan kau apa-apakan mereka"

"Aku cuma nak kuasa saja. Jangan risau, mereka takkan mati"

"Jangan harap"

Queen Teera Where stories live. Discover now