30. Peperangan (part 2)

57 8 0
                                    

Yeager menghentak tangannya di dinding selepas mendapat tahu yang Teera dan Hana beredar dari pulau Ninga. Bibirnya diketam dengan erat. Rasa marah membuak-buak.

"Macam mana ni, Yeager? Kita nak kejar diorang ke?" soal salah seorang pengikutnya.

"Dah semestinya. Kita jejak mereka berdua guna kuasa kita"

Kuasa elemen cahaya dan elemen kegelapan boleh kesan kuasa sama jenis dengannya.

"Jom"

Yeager dan pengikutnya pun ingin beredar dari pulau Ninga menuju ke Digra semata-mata untuk berlawan dengan Teera. Mereka langsung tidak tahu yang Digra sedang dalam keadaan peperangan.

Dalam masa yang sama, Teera dan Hana sampai di kawasan di mana kumpulan Tyzer menyerang. Teera sedikit terkejut melihat bangunan di situ habis musnah sama juga jalan raya.

"Tuanku? Apa yang tuanku lakukan di sini?" soal salah seorang unit tentera yang menuju ke arah dia.

"Tuanku nak tolong rakyat. Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh tapi pihak musuh tahu tuanku di sini" risau unit tentera tersebut.

"Saya dah beri nasihat pada dia tapi dia degil. Nak buat macam mana" omel Hana

"Tuanku sila ikut saya. Tuanku tak boleh berada di sini"

"Tak apa. Biar saya di sini. Kamu pergilah jalankan tugas kamu. Jangan risau tentang saya" senyum Teera.

Unit tentera itu angguk kepala. Dia terpaksa menerima perintah Teera. Dia pun berlalu dari situ. Hana hanya geleng kepalanya. Dia sendiri tak tahu apa yang difikirkan oleh Teera.

"Jadi, mari kita serang musuh bersama, Hana. Tunjukkan mereka siapa diri kita" Teera menarik tangan Hana.

"Tunggu" terkejut Hana. Dia terpaksa mengikut Teera.

Teera berlari di kawasan peperangan. Kawasan di mana kuasa di balas dengan kuasa. Hana terkejut apabila Teera lalu kawasan itu. Teera elak serangan kuasa itu dari terkena dari dirinya.

"Teera, jangan lah laju sangat" jerit Hana

"Hana, aku nak lompat. Kau kena bersedia"

"Apa?" soal Hana.

Teera melompat di atas bangku di tepi jalan lalu baling Hana ke hadapan. Hana yang terkejut mengeluarkan kuasa ais untuk elak dirinya terjatuh di atas tanah.

"Bagus, Hana. Buat jalan ais ke atas" arah Teera.

"Kenapa kau tak beritahu aku sebelum ni?"

"Hehe" sengih Teera.

"Hehe kau!" geram Hana.

Hana buat jalan ais dengan jalan yang dia kehendaki. Teera mengikuti Hana. Dia melihat beberapa ahli kumpulan Tyzer dan unit para tentera sedang berlawan antara satu sama lain.

"Teera, kita nak ke mana?" soal Hana.

"Teruskan buat jalan ais. Aku akan suruh kau berhenti bila tiba masanya"

Hana mengangguk kepala. Dia buat jalan ais di atas bangunan. Beberapa puak memandang mereka yang buat jalan ais di langit. Mereka juga terkejut dengan kehadiran permaisuri Teera.

"Itu bukan ke permaisuri Teera? Apa yang dia lakukan di sini?" soal salah seorang unit tentera.

"Kita kejar dia" beberapa ahli kumpulan Tyzer mengejar Teera.

"Jangan harap" ahli kumpulan Tyzer dihalang dengan dinding batu setinggi dua meter.

"Cis, tak guna" geram mereka.

Teera memandang ke bawah. Dia berhenti seketika sebelum berjalan "Hei, Hana. Kau boleh bawa aku ke kawasan yang ada air tak?"

"Aku boleh buat kawasan itu penuh dengan air"

"Tak. Aku tak perlukan kuasa air kau. Aku nak kawasan yang ada air yang banyak"

"Baiklah" Hana hanya ikut arahan Teera.

Beberapa ahli kumpulan Tyzer mengikut Teera. Teera hanya membiarkan saja mereka mengikut Teera. Mereka membaling kuasa ke arah Teera untuk menangkap dia. Teera elak ke tepi dengan membalas kuasa elemen cahaya.

"Hana, cepat sikit" arah Teera

Hana dari berjalan kini berlari. Dia memandang ke arah kiri dan ke kanan untuk mencari kawasan yang ada air. Teera elak ke kiri sambil baling kuasa api ke arah ahli kumpulan Tyzer.

Seseorang ahli kumpulan Tyzer balas dengan kuasa muzik ke arah kuasa elemen api yang menuju ke arah mereka. Dua kuasa itu bertembung menghasilkan percikan api kecil berserta dengan bunyi.

"Cis" geram mereka.

Mereka baling kuasa beberapa elemen ke arah Teera. Teera balas dengan elemen kegelapan yang menyebabkan kawasan tempat itu gelap. Teera cerahkan kawasan itu dengan elemen cahaya.

Teera halang mereka mengikut dia dengan kuasa elemen air tahap dua iaitu ais. Bongkah ais menghadang mereka untuk melintasi Teera.

Teera dengan segera melarikan diri. Teera ikut jalan ais yang dilakukan oleh Hana. Bongkah ais yang dilakukan oleh Teera dihentak kuat dengan kuasa mereka.

"Hana, dah jumpa ke kawasan tersebut?" soal Teera.

"Belum. Kita kat kawasan bandar. Susah sikit nak cari kawasan air kat sini"

"Baiklah"

Hana yang buat jalan ais di langit dia ditolak ke tepi oleh Teera. Hana terperanjat dengan tindakan Teera. Nasib baik dia tak terjatuh dari jalan ais yang dia buat.

"Teera, kenapa..." belum sempat Hana tanya soalan, tiba-tiba gelombang kuasa muzik hampir mengenainya.

Teera memandang tajam ke arah pengguna kuasa muzik tersebut. Parah kalau pengguna kuasa muzik itu professional. Hana tergamam seketika. Dia menoleh ke belakang. Dia dapati sebuah bangunan yang tinggi kini jatuh akibat gelombang muzik tersebut.

"Wow, hebat juga kuasa muzik ni. Terima kasih selamatkan aku, Teera"

"Pergi cepat. Biar aku urusan dia"

Hana angguk kepala. Dia buat jalan ais untuk mencari air seperti yang di suruh oleh Teera. Teera menetap bibirnya. Si pengguna itu hanya memakai kerudung jadi dia tak nampak wajahnya.

"Kau boleh serang aku tapi aku takkan benarkan kau serang kawan aku. Aku adalah lawan kau"

"Kenapa kau lari?" soal dia.

"Suka hati aku nak lari ke tak. Bukan masalah kau. Kalau kau nak serang, serang saja aku"

"Baiklah, mari kita berlawan. Aku nakkan darah kau, Teera"

"Baiklah"

Beberapa not muzik terbang menuju ke arah Teera. Teera elak ke kiri dan ke kanan. Not muzik itu tajam seperti bilah pisau yang baru diasah. Satu not muzik menghiris kulit pipi Teera.

Darah keluar perlahan dari hirisan tersebut. Kesakitannya tidak terasa tapi pedih apabila darah itu terkena udara. Teera baling beberapa bebola air yang menghalang not muzik ke arah dia.

Not muzik bergerak dengan laju menyebabkan bebola air itu terpercik. Teera mengukir senyumannya. Dia membekukan not muzik itu. Si dia perasaan dengan tindakan Teera.

"Boleh tahan. Kau pandai juga ya" sinis dia.

"Dah semestinya. Aku tahu apa sebalik not muzik tu"

"Yeke? Kau pasti kau tahu segalanya tentang kuasa muzik ni? Kalau begitu, aku akan serang kau dengan apa yang aku ada"

Dia keluarkan gitar dari kuasanya sendiri. Dia memetik gitar menghasilkan muzik. Teera berjaga-jaga dengan tindakan muzik tersebut agar dia tidak cedera


Queen Teera Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang