39. Keinginan Jazz

51 5 0
                                    

20 tahun, Atila dan Jazz membesar bersama. Jazz masih tidak selesa bersama dengan Atila tapi dia buat-buat selesa. Kematian ibu dan ayah mereka membuat keputusan siapakah yang akan jadi pemerintah seterusnya.

Jazz hanya duduk diam di bilik mesyuarat. Dia memandang ke arah Atila. Dia mengetuk-ngetuk mejanya. Atila hanya berdiam diri saja.

"Kau nak buat apa, Atila? Kau nak jadi pemerintah tak?" soal Jazz yang memecahkan kesunyian.

"Nak. Dah semestinya. Kau pula, Jazz?"

"Aku nak bezakan puak yang ada. Aku nak satu puak je. Kenapa perlu ada banyak puak?" soal Jazz.

"Sebab puak ini dah lama bersama untuk beberapa juta tahun dahulu. Kenapa kau nak satu puak je?" soal Atila.

"Rimas. Lagi satu, aku tak nak mereka ada kuasa. Manusia tak sepatutnya ada kuasa. Jadikan dunia ini normal"

"Itu mustahil, Jazz. Kau tahu kan kuasa mereka terbentuk dari bulatan elemental"

"Kau percaya lah mitos bodoh tu. Mana ada bulatan yang boleh beri kuasa" marah Jazz.

"Aku tahu ia mitos tapi aku percaya bulatan itu wujud"

"Aku nak jadikan dunia ini hanya ada satu puak dan manusia tiada kuasa"

"Jazz, mana boleh..."

"Ini keputusan aku, Atila. Mulai sekarang kau musuh aku" Jazz kemudiannya meninggalkan bilik mesyuarat itu.

Dia tahu Jazz memang tak suka puak. Dia pernah diejek oleh puak-puak tertentu menyebabkan dia benci puak tersebut. Lagi satu, puak adalah sesuatu yang menyusahkan baginya.

Jazz berjalan keluar dari istana. Dia memandang ke arah rakyat yang sedang melakukan aktiviti harian seperti biasa. Dia melihat bertapa mesranya manusia dengan vampire, serigala jadian dan sebagainya.

"Cis, menyampah aku tengok" dia berbicara sendiri.

Dia berlalu dari situ. Tanpa disedarinya, seseorang memerhatikan dia dari jauh. Dia mengikuti Jazz. Jazz pula perasaan dirinya diikut. Dia dengan segera menyerang lelaki yang mengikutnya.

"Siapa kau? Kenapa kau ikut aku?" soal Jazz.

"Oh, tenang, tenang"

"Kau siapa?" soal Jazz yang merangkul kolar baju lelaki tersebut lalu mengangkat dia ke udara.

"Maaf, maaf. Boleh turunkan aku" pinta lelaki itu. Jazz turunkan lelaki itu.

"Aku cuma nak beritahu kau yang bulatan elemental wujud" ujarnya lalu dia beredar dari situ. Dia mengerut keningnya.

"Mengarut apa dia ni?" Jazz menggeleng kepala.

Dia tidak faham tentang mitos elemental bulatan. Seseorang boleh minta kuasa dari bulatan tersebut. Namun lokasi bulatan elemental itu dirahsiakan dan ramai yang tidak tahu. Oleh sebab itu, sebahagian puak mempunyai kuasa dan ada juga tidak. Bagi Jazz, kuasa itu diberi semasa mereka lahir.

"Hish, apa yang aku nak buat ni?" soalnya sendiri. Dia ingin menentang kakak tirinya tapi dia tiada kuasa.

Jazz memulakan perjalanan untuk membentuk dunia yang hanya ada satu puak dan tiada kuasa. Baginya, bila manusia mempunyai kuasa, dunia akan musnah kerana kuasa mereka sendiri.

[.............]

Atila hanya berdiam diri. Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan "Atila" tegur seseorang.

Atila menoleh kepalanya ke belakang. Dia dapati rakannya yang menegur dia. Dia mendekati Atila lalu menarik tangan Atila.

"Eh, kenapa kau tarik tangan aku?" soal Atila.

"Aku nak tunjukkan kau sesuatu tapi benda tu jauh. Kau tak kisah kan?"

"Apa yang kau nak tunjukkan?" soal Atila.

"Bulatan elemental"

Atila sedikit terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh rakannya sendiri. Dia mengikuti rakannya untuk melihat mitos itu sendiri.

Atila keluar dari istana selama dua minggu. Dia dan rakannya menjelajah dunia sebelum sampai di bulatan elemental tersebut. Akhirnya mereka berdua sampai di lokasi bulatan elemental yang berada di bawah tanah.

Atila terpegun melihat bulatan elemental yang terapung di atas udara. Bulatan elemental tersebut mempunyai lapan simbol kuasa elemen. Keliling bulatan elemental itu disinari cahaya.

"Betul ke ini, bulatan elemental?" soal Atila yang agak terkejut.

"Ya, betul Atila"

"Kenapa kau tunjukkan kepada aku?" soal Atila.

"Atila, kau tahu kan kuasa aku" ujar rakannya. Atila terdiam seketika.

Rakannya iaitu Ann mempunyai kuasa yang boleh melihat masa hadapan. Kuasa yang dimiliki Ann akan muncul bila-bila masa tanpa disedari olehnya. Ann ialah keturunan klan Hyuga yang mempunyai kuasa istimewa.

"Apa yang kau nampak pada masa hadapan?" soal Atila.

"Aku dapat gambaran masa hadapan semasa aku sedang berehat. Aku ingatkan ini hanya gurauan tapi aku rasa ia akan berlaku untuk 30 tahun hadapan dan tahun hadapan seterusnya"

"Jazz akan hancurkan bulatan elemental ini dan ambil kuasa ini. Atila, kau kena ambil kuasa bulatan elemental sebelum Jazz" ujar Ann.

"Eh, itu gambaran masa hadapan? Tapi macam mana nak ambil kuasa dari bulatan elemental?"

"Kau ambil semua kuasa elemental dari bulatan tersebut. Kau kena rancang untuk kalahkan Jazz. Jazz akan guna kuasanya untuk manipulasi kan minda puak. Puak akan bergaduh dan berperang untuk beberapa ratus tahun"

"Berperang untuk beratus tahun? Lamanya. Bila peperangan antara puak akan berakhir?" soal Atila.

"Maafkan aku, Atila. Sampai situ je aku dapat gambaran. Aku tak tahu bila peperangan akan tamat tapi kau boleh elakkan peperangan tersebut. Aku percayakan kau, Atila. Lagi satu, klan Hyuga akan hilangkan diri dari sejarah"

"Kenapa?" soal Atila.

"Kami mempunyai kuasa istimewa yang boleh bunuh Jazz. Jazz akan bunuh kami. Kami akan hilangkan diri dari dunia dan akan muncul suatu hari nanti"

"Ann, ke mana kau akan pergi?" soal Atila yang risau.

Ann mengukir senyuman manis "Jangan risau. Kami takkan apa-apa. Lagi satu, puak manusia akan hilang kuasa. Ini akan membuatkan puak manusia menjadi puak yang lemah. Aku harap kau berjaya hentikan Jazz"

"Baiklah, aku berusaha"

Atila mengikut nasihat Ann. Atila memiliki lapan kuasa namun dia tidak boleh gunakan kuasa tersebut. Lapan kuasa itu menjadi beban kepada badannya menyebabkan belakang badannya tumbuh sayap seperti burung.

Sayap itu berwarna mengikut elemen. Dia sembunyikan sayapnya dari pandangan orang ramai. Dia rahsiakan tentang bulatan elemental daripada semua orang. Klan Hyuga mula berpindah dari istana. Hanya beberapa saja klan itu masih tinggal di istana untuk membalas jasa pemerintah.

Atila memulakan rancangan untuk kalahkan Jazz. Menurut masa hadapan, Jazz akan mempunyai kuasa yang boleh memudahkan dunia. Bukan saja dunia malahan puak juga akan mati. Kuasa akan diresap oleh Jazz. Mana Jazz dapat kuasa masih lagi misteri.

"Untuk 30 tahun hadapan. Jazz aku akan lawan kau. Aku tak peduli kau adik aku atau tidak. Aku takkan biarkan kau musnahkan dunia ini sesuka hati kau, Jazz" janji Jazz

Dalam masa yang sama, Jazz juga berjanji "Aku hanya inginkan dunia ini hanya satu puak dan manusia tiada kuasa"

Queen Teera Where stories live. Discover now