28. Serangan bermula

68 6 0
                                    

Ahli kumpulan Tyzer berkumpul di hadapan dewan. Mereka berdiri tegak dan tidak mengeluh mengapa mereka diminta berkumpul. Ketua kumpulan Tyzer memandang ke arah mereka dengan wajah yang tegang.

"Aku panggil korang hari ini sebab kita tiada masa lagi. Kita kena bangkitkan Jazz secepatnya supaya kita dapat hidup dengan aman. Aku nak kita semua serang Digra. Serang saja tak kira bangunan atau manusia. Biar mereka rasakan semua itu"

"Tuan, macam mana dengan darah Teera. Kita perlu kan darah Teera untuk bangkitkan Jazz" soal seorang anak buahnya.

"Jangan risau. Teera pasti akan datang ke Digesa kerana negara diserang. Masa itu, kita ambil kesempatan untuk ambil darah Teera"

"Oh" gumam anak buahnya sambil mengangguk kepala.

"Baiklah, mari kita serang Digra. Sediakan alat dan bergegas dengan segera!"

"Baik, tuan!"

"Bergerak sekarang!" tegas ketua kumpulan Tyzer.

Mereka bergerak ke kawasan peralatan. Mereka membawa alatan seperti penangkap. Mereka menukar pakaian melambangkan mereka adalah kumpulan Tyzer supaya mereka tidak tertukar dengan penduduk biasa.

30 minit mereka bersiap sebelum mereka menaiki kapal layar. Kapal layar itu mempunyai beberapa meriam disekelilingnya. Beberapa kapal layar dinaiki oleh kumpulan Tyzer.

Kapal layar mula berlayar. Perjalanan dari pulau yang didiami oleh kumpulan Tyzer ke Digra mengambil masa kira-kira satu jam.

Beberapa penduduk di pinggir laut sedang menjalankan perniagaan di situ. Sebahagian dari penduduk berjalan di pesisir pantai. Mereka mengambil angin untuk merehatkan minda.

Penduduk mendapati beberapa buah kapal menghampiri pesisiran pantai. Mereka mengerut kening kerana kehadiran kapal yang banyak secara tiba-tiba.

Kumpulan Tyzer memasukkan bola ke dalam meriam lalu melepaskan tembakan meriam ke arah pesisiran pantai. Penduduk terkejut dengan serangan kapal itu. Sebahagian penduduk melarikan diri.

Sebahagian lagi menggunakan kuasa untuk melindungi penduduk lain dan menyerang balas kapal itu. Elemen tanah membentuk dinding setebal lima meter dan setinggi tiga meter di pasang di pesisiran pantai.

Bola meriam dilepaskan menghentam dinding tanah namun dinding tanah itu mempunyai lengkungan ke dalam. Bola meriam terjatuh di atas tanah. Dinding tanah yang melengkung itu kembali menjadi seperti asal.

"Macam mana ni? Kita kena turun dari kapal ni ke pesisiran pantai untuk serang mereka" ujar salah seorang kumpulan Tyzer.

"Kita akan ke sana. Jangan risau. Pergi turun dengan menaiki kapal, sekarang!"

Mereka angguk kepala tanda faham. Mereka menaiki sampan menuju ke pesisiran pantai. Mereka memusnahkan dinding tanah dengan kuasa mereka. Beberapa penduduk Digra bersedia untuk melawan ahli kumpulan Tyzer.

"Diorang mesti ahli kumpulan Tyzer. Kita kena serang mereka sebelum mereka sampai ke bandar" arah salah seorang penduduk di situ.

"Baik!" ujar mereka serentak yang mengikut arahan. Walau mereka bukan dari unit tentera dan hanya rakyat biasa, mereka mempunyai keberanian untuk melawan balik.

Ais membentuk tajam seperti pisau menuju ke arah kumpulan Tyzer. Beberapa ahli kumpulan Tyzer terima tikaman dari ais itu. Seorang lelaki melindungi kumpulan dengan kuasa bayang.

Kuasa bayang itu menuju ke arah penduduk dengan mengurung mereka. Namun beberapa minit, bayang itu membeku sebab dibekukan oleh pengguna kuasa elemen air.

Sebilah pisau dibaling secara bertubi-tubi oleh kumpulan Tyzer ke arah penduduk. Pisau tercucuk di bahagian penting. Darah terpercik dan mengalir di tanah. Tanah yang suci dicemari oleh darah.

Api membara membakar beberapa kumpulan Tyzer oleh kumpulan Tyzer. Mereka terkejut dengan kehadiran kuasa api itu. Bagi puak angle yang mempunyai sayap boleh terbang terus ke bandar. Namun mereka dipanah oleh penduduk.

Puak angle membuka sayap lalu menerbangkan beberapa penduduk menyebabkan anak panah yang disasarkan terlepas sasarang ke arah sasaran yang salah.

"Siapa di sini ada kuasa teletapi atau teleport? Kita kena beritahu perkara ini kepada penduduk dan pemimpin Digra"

"Saya ada kuasa teleport tapi tak boleh teleport dengan jauh" ujar salah seorang penduduk.

"Tak kisah asalkan kita kena cepat. Kita kena beritahu unit tentera yang bertugas sekarang"

Lelaki yang mempunyai kuasa teleport memindahkan dirinya dengan seorang lelaki ke tempat unit tentera yang berdekatan. Sebahagian para tentera yang sedang berehat terkejut dengan kehadiran penduduk.

"Hei, ini kawasan tentera. Penduduk tak boleh masuk ke sini tanpa kebenaran" marah seorang tentera.

"Kecemasan. Bahagian selatan Digra diserang oleh kumpulan Tyzer"

"Apa?" terkejut mereka.

Penduduk tidak menipu kerana ada percikan darah di bahagian pakaian mereka. Baju mereka sedikit kotor dan terkoyak. Muka mereka berwarna putih kerana pucat.

"Kita kena laporkan hal ini kepada unit tentera lain. Kita kena beritahu hal ini kepada Teera"

"Tidak boleh. Kita tak boleh beritahu perkara ini kepada Teera. Darah Teera diperlukan oleh kumpulan Tyzer. Jangan sampai permaisuri Teera tahu"

"Baik"

Bunyi loceng kecemasan dibunyikan di seluruh Digra. Penduduk di Digra terkejut dengan bunyi loceng kecemasan. Mereka sedikit cermas dengan bunyi itu.

"Jangan panik, kita kena berpindah ke bawah tanah" arah unit tentera.

Penduduk mengangguk kepala dan mengikut arahan unit tentera. Setiap benua mempunyai kawasan bawah tanah untuk penduduk bersembunyi jika ada serangan yang berlaku.

Robin, Ruby, Ash, Akaily dan Nayrael yang sedang bertugas terkejut dengan bunyi loceng itu. Mereka berkumpul di bahagian unit tentera. Sebahagian untuk tentera membantu penduduk iaitu pengguna kuasa pelindung melindungi penduduk dari diserang.

"Apa yang berlaku?" soal Nayrael kepada Akaily.

"Aku tak tahu. Tiba-tiba saja loceng kecemasan dibunyikan. Mesti ada perkara yang berlaku"

"Kita diserang oleh kumpulan Tyzer" jawab Ash. Mereka terkejut dengan jawapan Ash.

"Diserang? Beraninya kumpulan Tyzer serang kita. Kenapa mereka serang kita sekarang?" soal Robin.

"Mana lah aku tahu. Apa yang aku tahu matlamat mereka nak musnahkan Digra untuk mencuri perhatian Teera. Kalau Teera dapat tahu hal ini, pasti Teera akan kembali ke Digra" ujar Ruby.

"Jadi, kita nak buat apa sekarang ni?" soal Ash.

"Kita kena serang lah kumpulan Tyzer sebelum Teera kembali ke Digra" ujar Ruby.

"Dengar sini" ujar ketua unit.

"Digra diserang oleh kumpulan Tyzer. Kita kena serang balas dan lindungi penduduk dari bahaya. Jangan takut dan jangan gentar. Pastikan korang hapuskan mereka"

"Baik!"

Para unit tentera menuju ke selatan Digra dengan senjata yang lengkap. Mereka bersedia untuk melindungi nyawa penduduk dan melindungi Digra dari diserang musuh. Nayrael membaca mantera untuk keselamatan dirinya dan rakan seperjuangan dari tercedera parah.

"Heu, Nayrael. Ini pertama kali kita berlawan" ujar Akaily secara tiba-tiba.

"Ya, aku terkejut. Kita beribu-ribu tahun hidup dalam aman tiba-tiba diserang oleh kumpulan Tyzer"

"Walau kita tiada pengamalan berperang tapi kita mempunyai kebolehan tersendiri. Jadi, jangan risau kita pasti boleh"

"Ya" bersungguh Nayrael.

Hari itu bermulanya peperangan dengan kumpulan Tyzer untuk kali kedua setelah beberapa ratus tahun dahulu.

Queen Teera Where stories live. Discover now