48.

36 7 0
                                    

Yeager ingin mencari Jazz iaitu lelaki yang dikatakan ditidurkan untuk 1000 tahun. Dia ingin berlawan dengan lelaki itu. Sementara itu, Carla dan John mencari makanan yang ada untuk mengalas perut mereka.

"Kenapa lah si Yeager tu keras kepala?" soal John

"Aku pun tak tahu apa yang dia fikirkan. Suka hati dialah. Kita kena cari orang atau makanan yang ada. Takkan kita berdua je yang ada di sini"

"Kau nak cari penduduk ke nak cari makanan?" soal Carla.

"Dua-dua lah. Kita dah lah tak pernah datang sini. Ada juga sesat kalau kita teruskan perjalanan tanpa peta"

"Hei, John. Ada penduduk yang sedang berjalan di sana lah" Carla menunjukkan jari ke arah beberapa penduduk yang sedang berjalan di persekitaran rumah.

"Hei, hei" Carla dan John menuju ke arah penduduk yang sedang berjalan.

"Hei, apa yang kalian lakukan di sini?" soal seorang anggota tentera.

"Boleh kami ikut kalian tak? Kami selamat dari diserang oleh Jazz"

"Boleh. Kalian berdua saja ke yang masih selamat?" soal tentera itu.

"Hei, perlu ke beritahu tentang Jazz" bisik John.

"Beritahulah. Bahaya kalau tak beritahu"

"Sebenarnya ada lagi seorang tapi dia pergi ke tempat lain" ujar John.

"Oh yeke? Nanti kita pujuk dia tinggal bersama dengan kita. Bahaya kalau dia seorang diri lepas tu berdepan dengan kumpulan Tyzer"

"Rasanya lebih baik sekarang untuk pujuk dia sebab dia nak berjumpa dengan Jazz untuk berlawan dengannya. Lebih parah lagi dia pengguna kuasa elemen kegelapan" ujar Carla membuat tentera itu terkejut.

"Biar betul? Saya akan panggil ketua saya dan maklumkan hal ini kepada dia. Bahaya kalau dia dibiarkan" tentera itu menghubungi rakannya melalui walkietalkie.

Walkietalkie itu bersambung dengan walkietalkie yang berada jauh darinya. Walkietalkie itu berbunyi menandakan ada seseorang yang menekannya.

"Hello, ada apa?" soal Ash.

"Kita ada masalah besar. Seseorang pengguna kuasa elemen kegelapan sedang mencari Jazz"

"Biar betul?" soal Ash dengan nada terkejut.

"Macam mana ni? Apa yang kita perlu lakukan?"

"Kumpul di tempat saya. Kita akan bincang hal ini. Cepat sebelum dia berlawan dengan Jazz" Ash menutup walkietalkie.

"Dengar kan apa yang dia cakap? Jom kita ke sebelah sana"

Carla dan John mengikut tentera itu. Mereka berempat menuju ke sebuah bandar kecil. Di sana mereka menjumpai Ash, Robin, Ruby, Akaily dan Nayrael bersama tentera yang lain.

"Kawan kamu ke yang pergi mencari Jazz?" soal Ash kepada John. John angguk kepala.

"Kita kena halang dia sebelum dia berjumpa dengan Jazz. Kalau dia dah berjumpa dengan Jazz kita akan pastikan selamatkan dia. Situasi sekarang agak berbahaya kalau nak berlawan dengan dia"

"Tapi kita nak cari Jazz kat mana?" soal Akaily.

"Istana. Aku yakin dia akan ke sana" jawab Robin.

"Betul juga tu. Jom kita ke sana"

Mereka pun bertolak dari bandar kecil ke istana. Ash cuba mengesan Jazz dengan kuasanya iaitu elemen tanah. Elemen tanah dapat berfungsi mencari seseorang apabila pengguna tahu ciri-ciri seseorang yang dia ingin cari. Kalau pengguna kuasa elemen tiada ciri-ciri seseorang yang dia cari memang dia tidak dapat kesan.

"Dia lagi 50 kilometer dari istana. Cepat kita pergi ke sana sebelum dia" Ash mula berlari diekori oleh mereka.

"Tiada kenderaan ke atau tiada sesiapa yang ada pengguna kuasa teleport? Cepat sikit ke sana" soal Carla.

"Takut je kalau kita naik kenderaan musuh akan perasaan. Tiada pengguna kuasa teleport di kalangan kami" jawab Nayrael.

"Baiklah, kita akan ke sana dengan selaju cahaya. Pegang tangan cepat" arah Carla.

Mereka mengikuti apa yang dikatakan oleh Carla. Mereka memegang tangan antara satu sama lain "Pegang kuat-kuat ya. Jangan lepaskan. Kalau laju sangat peluk seseorang. Bahaya kalau kau jatuh. Boleh cedera. Kalau tak yakin peluk lah seseorang"

"Er, laju sangat..." belum sempat Akaily berbicara, Carla mula lari bersama cahaya yang dia keluarkan dari badannya.

Carla memegang tangan mereka dengan erat. Ada sebahagian dari mereka memeluk antara satu sama lain. Carla lari laju seperti cahaya. Mereka terkejut melihat kepantasan Carla. Mereka akhirnya tiba di destinasi yang mereka tuju. Carla berhenti berlari. Mereka tergamam seketika.

"Laju sikit. Cepat kita cari dia sebelum terlambat" Carla menuju ke arah utara. Mereka mengikuti Carla.

12 minit kemudian, mereka menjumpai Yeager. "Yeager!"

Yeager pandang belakang "Eh, kenapa kau datang sini?"

"Lebih baik kita pergi dari sini. Tiada guna pun nak berlawan dengan Jazz" ujar John.

"Suka hati aku lah. Nyawa aku bukan nyawa kau"

"Ya, kami tahu tapi berbahaya lah. Nanti dai tahu dekat mana sisa penduduk elemen kegelapan dan cahaya" ujar Carla.

"Jadi, di mana sisa penduduk elemen kegelapan dan cahaya?" soal seseorang.

"Kenapa nak tahu..." mereka dapati Jazz berada di situ bersama dengan ketua Tyzer. Jazz mengukur senyuman mengerikan

"Eh, bila masa dia sampai di sini?" soal Robin yang panik. Dia mula cermas.

"Hei, Jazz. Cepat pegang aku. Kita pergi dari sini" Carla pegang tangan Yeager tapi tangannya ditepis oleh Yeager.

"Jangan risau. Aku takkan apa-apa. Dah lama aku nak berlawan dengan dia"

"Jangan nak bergurau" Ash menepuk belakang lehernya dengan kuat menyebabkan Yeager pengsan.

Carla memegang tangan mereka untuk bersiap sedia untuk pergi dari situ "Sebelum pergi satu je aku nak beritahu"

"Jangan dengar cakap dia" Carla mula berlari.

"Teera, Hana dan Mikael akan muncul 24 tahun. Apa yang kalian boleh lakukan sekarang ni adalah serah diri"

Ash tergamam seketika. Ketika itu Carla sudah berlari selaju cahaya. Mereka menjauhi Jazz dan ketua kumpulan Tyzer. Sejauh 120 kilometer mereka berlari sampai di suatu kawasan.

"Maaf, kita kena cepat sikit. Ada tempat tak untuk berehat?" soal John.

"Ada. Kat hutan sana. Kita kena ke sana lah" ujar Ruby.

"Hei, Ash. Kau percaya ke apa yang dikatakan oleh Jazz?" soal Robin.

"Aku tak pasti. Tapi kalau dia cakap benda yang betul kenapa Teera tak beritahu tentang hal ini kepada aku. Kenapa dia selalu sembunyikan sesuatu dari kita semua. Bukan kita kawan dia ke?" soal Ash dengan nada kecewa.

"Aku tahu. Aku pun kecewa dengan sikap Teera. Kenapa dia tak beritahu segalanya. Dia juga sembunyikan kuasa sebenarnya, dia sembunyikan dirinya di kawasan lain dan sebagainya" ujar Akaily.

"Dia mungkin tak nak tahu yang kita rasakan dia. Dia akan rahsiakan segalanya" ujar Nayrael

"Teera memang macam tu. Dia suka sembunyikan sesuatu dari seseorang. Aku kawan dengan dia dari kecil pun tak faham dengan dia. Jangan risau, dia takkan apa-apa" ujar Akaily.

Mereka pun pergi ke rumah banglo untuk berehat seketika. Ash masih ragu-ragu untuk percaya apa yang dikatakan oleh Jazz. Betulkah Teera akan muncul 24 tahun lagi?

Queen Teera Where stories live. Discover now