22. Rancangan Teera

73 8 0
                                    

Azely menetap bibirnya. Ahli unit dan para petugas berada di mahkamah sama dengan ketua puak. Rahsianya terbongkar segalanya. Ash, Ruby, Robin, Nayrael, Hana dan Akaily juga berada di situ. Hanya Teera saja yang tiada di situ.

"Mana Teera?" soal laftenan Keith kepada Azely. Wajahnya sedikit tegang seperti mahu memarahi Azely.

"Mana aku tahu"

"Jangan gaduh" seorang perempuan iaitu pengguna kuasa bayang melangkah masuk ke dalam mahkamah. Seorang lelaki di belakangnya mengikuti perempuan tersebut.

"Siapa kau?" soal laftenan Keith kepada perempuan serta lelaki yang masuk ke dalam mahkamah.

Perempuan itu tidak menjawab malah menayangkan skrin di hadapan semua orang. Skrin itu mempamerkan Teera. Teera berada di sesuatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.

"Teera?" soal Ash yang penuh keliru dan tanda tanya.

"Kenapa dia berada di situ, Ash?" soal Nayrael.

Azely menunduk wajahnya menghadap lantai. Malu apabila perbuatannya terbongkar. Jantungnya mengepam laju. Nafasnya ditarik lalu dihembus dengan perlahan. Cermas dan gelisah bercampur dalam perasannya.

"Azely" ujar Teera dengan perlahan. Azely tidak mendongak kepalanya. Teera mengeluh perlahan.

"Tak perlu rasa terkejut sebab saya dah lama tahu yang kamu pengkhianat"

Azely masih berdiam diri. Dia tidak sangka Teera berjaya mengesan dia ialah pengkhianat. Teera yang berada di skrin hanya menggeleng kepalanya.

"Teera, apa yang berlaku? Kau kat mana?" soal Ash.

Teera mengukir senyumannya kepada Ash "Soalan yang bagus. Korang mesti tertanya-tanya kan?"

Mereka angguk kepala. Teera menyandarkan belakang badannya pada kerusi. Rancangan dia yang dia fikirkan dan laksanakan.

Dua minggu sebelumnya...

Teera berjumpa dengan pengguna kuasa klone iaitu seorang perempuan dan juga dari puak manusia. Perempuan itu merupakan dari unit penyiasat. Mereka berdua berjumpa di tempat rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Kuasa klone ialah kuasa yang boleh mengubah diri sendiri menjadi orang lain dan menjadikan diri pengguna kuasa lebih dari satu. Pengguna kuasa boleh meniru wajah dan tubuh badan tetapi tak boleh meniru tingkah laku seseorang.

Kuasa klone merupakan kuasa yang sesuai untuk dijadikan sebagai penyiasatan tetapi berbahaya kalau musuh boleh tahu ia merupakan klone. Kuasa klone ini hanya beberapa saja pengguna yang boleh mendapati kuasa ini. Kuasa ini terhad dan diperlukan untuk mengintip musuh dengan meniru wajah dan bentuk tubuh badan.

"Tuanku, apa yang saya boleh bantu?" soal perempuan itu yang menunduk hormat Teera.

"Angkat kepala kamu. Beta ingin meminta bantuan dari kamu"

Perempuan itu mengangkat kepalanya "Apa yang tuanku mahukan? Saya akan pasti bantu tuanku"

"Beta nak kamu buat klone beta. Beta akan bersembunyi di suatu tempat untuk sementara waktu. Beta nak menangkap pengkhianat dalam kalangan ketua puak iaitu Azely"

"Tuanku, macam mana tuanku boleh tahu Azely iaitu ketua puak serigala jadian pengkhianat?" soal perempuan itu.

"Masa perbincangan beta dengan ketua puak, dia selalu tanya berlebihan . Dia curi-curi maklumat tanpa dia perasaan beta memerhati kan dia. Cara dia ambil tahu dan selalu ambil kesempatan membuat beta mensyaki dia adalah pengkhianat"

"Jadi tuanku nak tangkap dia lah?" soal perempuan itu.

"Ya, itu saja boleh membuktikan dia pengkhianat"

"Baiklah, saya akan buat klone berbentuk seperti tuanku"

Perempuan itu menghasilkan klone merupai bentuk dan wajah dirinya. Dia meneliti wajah Teera dan mengukur ketinggian Teera sebelum dia mengubah klone menjadi Teera. Dua minit kemudian klone yang dia hasilkan berubah menjadi Teera.

"Wow, betul-betul rupanya nampak seperti beta" kagum Teera. Dia menyentuh pipi klone tersebut.

"Ya, cuma bezanya ialah perlakuan dan sifat dari tuanku. Jadi, tuanku kenapa tuanku perlukan klone?"

"Untuk memperdaya musuh. Beta akan bersembunyi seketika. Beta akan muncul selepas pengkhianat ditangkap"

"Tuanku nak bersembunyi di mana?" soal perempuan itu.

"Itu kamu tak perlu tahu. Kamu saja yang tahu rancangan beta. Beta harap kamu takkan beritahu rancangan ni kepada sesiapa pun"

"Jangan risau, tuanku. Saya takkan beritahu kepada sesiapa pun. Saya akan bantu tuanku untuk tangkap si pengkhianat itu"

Teera bersembunyi di tempat rahsia manakala 'Teera' klone menjadi dirinya. Dia menjalankan tugas seperti permaisuri walau dia hanya klone. Klone itu yang merancang dengan bantuan Teera. Mereka tidak tahu selama dua minggu mereka bercakap dengan klone yang merupakan wajah dan bentuk tubuh yang sama dengan Teera.

Teera selesai membicara tentang rancangannya kepada mereka. Mereka mengangguk kepala menanda faham. Azely mengangkat kepalanya. Anak matanya memandang tajam ke arah Teera.

"Kau memang tak guna. Aku akan pastikan aku dapat dari kau. Dekat mana kau sembunyi hah?" marah Azely. Dia geram setelah mendengar rancangan Teera.

"Maaf, Azely. Saya tak boleh beritahu sebab kamu ni pengkhianat. Bawa dia ke penjara dan hukum dia kurung selama 12 hari sebelum kepala dia dipancung"

Azely menetap bibirnya. Dia tahu undang-undang Digra. Kalau ketua puak mengkhianat, pemimpin Digra boleh menjatuhkan hukuman mati tak kira macam mana hukuman tersebut. Sama ada dibiarkan kelaparan atau dipancung kepala.

Azely dibawa ke penjara yang jauh dan kawalan ketat oleh pengawal dan beberapa pengguna kuasa. Azely ditempatkan berseorangan di dalam sel penjara.

Skrin yang di depan ditutup oleh perempuan itu. Laftenan Keith menarik nafas lega apabila pengkhianat itu dapat ditangkap dengan segera.

"Mana Teera?" soal Akaily kepada laftenan Keith.

"Maaf, saya tak tahu di mana dia berada. Hanya dia saja yang tahu dia di mana" jawab perempuan itu.

"Siapa kamu?" soal Ruby.

"Oh, Nama saya Sakura. Saya yang bantu Teera. Saya tidak tahu di mana Teera walau saya tahu rancangan dia"

"Jadi, Teera tiada bersama dengan kita dua minggu lalu? Aku tak dapat bezakan antara klone dengan betul" ujar Robin.

"Ya, itu kelebihan kuasa klone tapi ada kelemahannya. Kuasa itu tidak boleh tiru sifat dan pelakuan. Sesiapa yang rapat atau kenal seseorang takkan terpedaya dengan klone"

"Oh..." gumam Nayrael.

"Jadi, kita nak buat apa sekarang? Kita nak teruskan berjaga atau macam mana?" soal Ash

"Kita teruskan untuk mengawal keadaan sebelum kita diserang. Buat masa ni kita kena berhati-hati sebab mereka akan serang hendap" ujar laftenan Keith.

Mereka mengangguk kepala. Mereka teruskan pekerjaan mereka.

Pada masa yang sama, ketua kumpulan Tyzer menumbuk dinding bersebelahan dengannya membuat jarinya berdarah. Bibirnya diketap kuat dan kakinya menendang dinding batu.

"Tak guna. Azely ditangkap. Tak sangka Teera tu bijak. Kalau aku tahu dia bijak dan rancangan dia, aku takkan biarkan Azely sengsara"

"Macam mana ni, tuan? Apa patut kita selamatkan Azely?" soal salah seorang anak buahnya.

"Tidak perlu. Kit tidak tahu di mana Azely dipenjarakan. Kita kena cari Teera walau macam mana pun"

Queen Teera حيث تعيش القصص. اكتشف الآن