15. ketua elemen

98 9 3
                                    

Teera dan rakannya menelan air liur mereka. Jantung berdebar dengan kencang. Mereka berenam berpandangan antara satu sama lain.

"Akak dan abang, nak tak saya tolong panggil Weedi iaitu ketua elemen bagi pengguna kuasa elemen cahaya dan kegelapan?" soal budak perempuan tu.

"Boleh"

Budak perempuan itu menuju ke arah rumah itu. Dia mengetuk pintu rumah itu beberapa kali. Bunyi selak pintu kedengaran. Pintu ditarik ke dalam rumah.

"Ya, ada apa?" seorang wanita yang berusia membuka pintu. Raut wajahnya berkedut sama dengan tangannya.

"Nenek, ada orang nak jumpa ketua"

"Siapa mereka?" soal wanita tua itu.

"Oh, saya Ruby. Ini Ash dan itu Robin. Selamat berjumpa"

"Saya Akaily"

"Saya Nayrael"

"Saya pula Teera"

"Kenapa nak jumpa dengan ketua?" soal wanita tua itu.

Teera menunjukkan loket miliknya yang disembunyikan di dalam bajunya. Wanita itu terkejut melihat loket itu. Dia dengan segera menuju ke arah Teera lalu memeluk Teera.

"Teera, cucu nenek. Akhirnya nenek dapat jumpa kau, nak"

"Cucu?" soal Teera.

"Siapa tu, mak?" soal seorang lelaki yang keluar dari rumah.

"Anak kau Weedi. Teera dia datang nak jumpa kau" wanita tua itu melepaskan pelukannya itu.

"Ayah" Teera memandang ke arah ayahnya. Air mata mengalir di pipi.

"Teera" Weedi iaitu ayah Teera menuju ke arah Teera lalu memeluknya.

"Ayah" nangis Teera.

"Jangan nangis, sayang. Macam mana kamu boleh tahu tentang pulau ni?"

"Ibu ada tulis surat untuk Teera"

"Ibu kamu sihat?" soal Weedi.

Terra berdiam diri. Weedi memandang ke arah wajah anaknya itu "Ibu dah lama mati"

"Oh... apa kata kamu semua masuk ke dalam rumah. Mesti penat kan perjalanan ke sini"

Mereka masuk ke dalam rumah kecuali budak perempuan itu. Mereka duduk di ruang tamu "Tak sangka kamu dah besar, Teera"

"Terra pun tak sangka akhirnya dapat jumpa dengan ayah"

"Oh, siapa mereka ni?" soal Weedi yang memandang ke arah orang yang bersama dengan Teera.

"Kawan Teera"

"Kawan? Kamu kawan dengan lelaki juga? Tiada boyfriend ke?" usik Weedi.

Pipi merah berubah warna merah. Dia menunduk ke arah lantai akibat malu "Ada"

"Kenapa kamu datang ke sini?" soal wanita tua itu.

"Kami tahu tentang sejarah yang berlaku 1000 juta tahun dahulu. Kami ke sini nak tengok pulau ni dan berbincang tentang peperangan" jelas Akaily.

"Peperangan? Ahli kumpulan Tyzer akan lakukan apa saja untuk kembalikan dunia ni kepada asal. Mereka tak sedar perbuatan mereka itu akan memakan diri"

"Apa yang kami perlu lakukan ialah hadapi mereka. Perbuatan mereka tak boleh dimaafkan. Pengguna kuasa elemen cahaya dan kegelapan tinggal di sini untuk elak diburu oleh kumpulan Tyzer" ujar Nayrael.

"Kami boleh bantu. Jangan risau. Pakcik takut kumpulan Tyzer akan menyerang bila-bila masa. Kamu ada tak rancangan?"

"Dah semestinya. Kami ke sini untuk meminta bantuan" ujar Robin.

Queen Teera Where stories live. Discover now