50.

34 5 0
                                    

Teera berjalan di dalam kawasan istana sambil mencari di mana keberadaan Jazz. Dia ingin jumpa dengan Jazz sebelum Hana dan Mikael.

"Hei, kamu" tegur seseorang. Teera berhenti berjalan.

Seseorang yang menegurnya berjalan mendekatinya "Apa yang kamu lakukan di sini?"

"Menjalankan tugas"

"Kamu nak cari orang yang pecah masuk ke dalam istana ni ke?" soal seseorang itu.

"Ya"

"Baiklah. Jika kamu jumpa penceroboh beritahu dengan segera. Kita takkan benarkan penceroboh ganggu Jazz di bilik bawah tanah"

Seseorang yang menegurnya berlaku dari kawasan itu. Teera tersenyum gembira "Tak sia-sia pakai baju ni untuk menyamar"

Teera yang sudah tahu di mana lokasi Jazz segera menuju ke ruangan bawah tanah yang terletak di bawah istana. Ruangan itu untuk para bangsawan melarikan diri dari segala serangan.

"Aku harap tiada siapa yang perasaan aku"

12 minit kemudian, Teera sampai di ruangan bawah tanah. Terdapat satu pintu besar di atas lantai sebelum memasuki ruang bawah tanah. Teera membuka pintu itu kemudian dia memasuki ruang bawah tanah tersebut.

Tangga yang panjang menuju ke bawah tanah selepas dia buka pintu tersebut. Dia menuruni tangga untuk menuju ke pintu yang seterusnya. Dalam beberapa minit, akhirnya dia sampai di pintu kedua bawah tanah. Pintu itu sepertinya dijaga oleh dua kumpulan Tyzer.

Teera menuju ke arah mereka dengan keadaan cermas "Hei, kecemasan. Aku dengar penceroboh sudah masuk ke dalam istana"

"Ya, kami tahu itu. Sebab itu lah kami jaga pintu pagar ni"

"Kalian tak tahu ke yang penceroboh itu sudah masuk ke dalam pintu kedua bawah tanah?" soal Teera.

"Biar betul? Takkan lah dia cepat sangat datang sini"

"Kalau tak percaya cuba buka pintu itu"

Dua penjaga itu membuka pintu itu tanpa syak was sangka. Apabila mereka membuka pintu tersebut, mereka dapati seseorang yang tak dikenali masuk ke dalam ruangan bawah tanah.

"Eh, bila masa dia masuk?" soal mereka yang keliru pada ketika itu.

"Jangan risau, biar saya yang kejar dia. Kamu berdua hanya jaga pintu ini dari luar. Apa-apa saya akan hubungi kamu berdua" Teera masuk ke ruang bawah tanah dengan berlari dengan laju.

"Hei, tunggu. Apa nama unit kamu?" soal salah seorang dari mereka namun Teera sudah hilang dari pandangan mereka.

"Laju betul dia lari. Kita nak beritahu kepada yang lain?"

"Rasanya tak perlu. Kita tak nak mereka kecoh tentang penceroboh yang masuk ke sini"

Dua penjaga itu menutup pintu itu. Dalam pada masa yang sama, Teera berlari masuk ke ruang bawahan tanah yang kira-kira 3 kilometer. Dia harus segera sebelum Jazz perasaan dengan kehadirannya dirinya.

Akhirnya Teera sampai di kawasan bawah tanah. Kawasan itu memang luas serta besar. Dia dapati hanya ada Jazz dan ketua kumpulan Tyzer.

"Hei, apa yang kamu buat di sini? Kamu tak dibenarkan untuk masuk ke kawasan ini?" soal ketua kumpulan Tyzer yang menuju ke arah Teera.

"Hei, elak"

Belum sempat ketua kumpulan Tyzer itu elak, dadanya ditusuk dengan sebilah pedang. Perempuan itu terkejut dengan tindakan Teera yang menyerang secara hendap. Teera menolak perempuan itu ke tepi. Darah mengalir keluar mencurah-curah dari dada perempuan itu.

"Tak sangka kau dapat jumpa aku di sini"

"Dah semestinya. Istana ini pernah aku tinggal jadi aku tahu di mana lokasi dalam istana secara terperinci" Teera membuka kerudung milik kumpulan Tyzer.

"Sikap aku juga bersembunyi di tempat musuh yang sudah tahu lokasinya. Aku menanti kedatangan kau, Teera. Jadi mana Hana dan Mikael?"

"Hanya kita berdua saja yang bertarung. Mereka berdua hanya sekadar hiasan"

"Hei, kau tak apa-apa?" soal Jazz kepada ketua kumpulan Tyzer itu. Perempuan itu hanya mengangguk kepala. Pedang di dadanya ditarik secara perlahan.

"Kalau kau nak mati cepat, tarik lah pedang itu. Banyak darah yang akan keluar dari dada kau. Jantung kau pula akan berlubang" ujar Teera.

"Diam. Kau tak perlu ambil simpati terhadap aku. Lebih baik aku mati daripada menyerah diri"

"Sabar. Jangan bergaduh"

Teera menerpa ke arah Jazz sambil menghayun pedang ais. Jazz yang melihat Teera menyeluru ke arahnya, dia dengan segera menghalang pedang itu dari terkena dari anggota badannya dengan menggunakan kuasanya.

"Kau memang nak lawan dengan aku seorang diri? Kau tak sayang nyawa ke?" soal Jazz yang melihat Teera dengan penuh kesungguhan.

"Aku tak nak mereka cedera. Itu saja. Ini hanya perlawanan kita berdua, Jazz"

Teera memancarkan cahaya ke arah Jazz menyebabkan Jazz mengundur ke belakang menghempap tembok tanah.

"Jazz!" jerit perempuan itu. Dadanya yang masih sakit kerana pedang yang menyusuk. Dia cuba keluarkan pedang itu tanpa Teera perasan.

Jazz terbatuk darah. Dia lap darahnya yang keluar dari mulut. Dia kemu bangkit semula dari runtuhan tembok tanah.

"Boleh tahan"

"Jazz, kau tak apa-apa?" perempuan itu berjaya menarik pedang dari dadanya. Darah yang keluar dadanya berhenti membuat Teera terkejut.

"Ma... macam mana...?"

"Kau tak tahu yang dia klan Hyuga? Klan yang sepatutnya menolong golongan bangsawan"

"Apa faedah kau tolong dia?" soal Teera pada perempuan itu.

"Jangan biadab dengan aku. Nama aku adalah Wannie. Apa guna kalau kami bantu golongan bangsawan tapi kau tak pernah tolong kami?" soal perempuan itu yang memperkenalkan dirinya.

"Aku tak pernah tahu tentang itu. Jadi, jangan bicarakan sesuatu yang kau tak tahu"

"Wannie, biar aku yang lawan dia. Kau tiada tandingan dengan dia. Kau hanya perlu berlawan dengan Mikael"

Wannie mengangguk kepala. Dia dengan segera meninggalkan kawasan ruangan bawah tanah. Teera memandang ke arah Jazz dengan renungan tajam.

"Jangan pandang aku macam tu. Takut tahu"

Jazz mengeluarkan kuasanya iaitu kuasa lohong hitam kemudian dia baling ke arah Teera. Teera elak dari lohong hitam.

Dia menerpa ke arah Jazz sambil menghayun pedang ke arah Jazz. Jazz tarik tangan Teera kemudian dia ambil pedang lalu menghayun penumbuknya ke arah perut Teera.

Teera dengan segera menangkap tangan Jazz. Dia pusingkan tangan Jazz kemudian dia hentak pehanya ke arah perut Jazz.

Jazz melepaskan genggaman tangan Teera. Dia dengan segera membaling lohong hitam ke arah Teera. Teera dengan segera membelah lohong hitam itu dengan pedang ais. Jazz menuju ke arah Teera sambil menghayun tangan kosong dengan kuasa lohong hitam ke arah Teera.

Teera dengan segera menolak tangan Jazz. Dia dengan segera menolak Jazz dengan kuasa cahaya sehingga Jazz terhempas ke dinding tanah.

Jazz memusnahkan dinding tanah itu "Boleh aku musnahkan kawasan bawah tanah ni?"

"Suka hati kau. Aku akan bunuh kau asalkan aku saja yang mampu lakukan"

Queen Teera Where stories live. Discover now