51.

35 6 0
                                    

Mikael dapat rasakan bahawa pertempuran berlaku di bawah tanah. Dia dengan segera masuk ke dalam bilik dalam istana kemudian dia menghubungi Hana. Hana yang sedang mencari Jazz mendapat notis daripada Mikael. Dia masuk ke dalam bilik untuk elak perbualan mereka didengari oleh musuh.

"Hei, Mikael. Kenapa kau panggil aku ni?" soal Hana yang mengangkat alat perhubungan mereka.

"Kau dah hubungi Teera? Aku cuba hubung dia tadi tapi tak dapat"

"Sabar ya. Biar aku hubungi dia" Hana hubungi alat perhubungan Teera. Namun tiada balasan. Dia tunggu beberapa minit namun alat perhubungan itu masih senyap.

"Tak dapat lah, Mikael"

"Aku rasa Teera berlawan dengan Jazz seorang diri lah"

"Apa? Kita kena pergi ke sana dengan segera" ujar Hana yang keluar dari bilik.

Hana dan Mikael menuju ke ruang bawah tanah "Hei, Hana. Kau tahu kat mana ruang bawah?"

"Ruang bawah tanah kan? Mestilah dekat tingkat satu" ujar Hana yang berhubung dengan Mikael dengan menggunakan walkietalkie.

"Kau pasti ke? Kau pernah masuk ke dalam istana ke?"

"Er, tak"

"Jadi, macam mana kau tahu ruang bawah tanah kat tingkat satu?" soal Mikael.

"Dah nama pun ruang bawah tanah. Mestilah berdekatan dengan tanah jadi mesti kat tingkat satu"

"Betul juga"

Kumpulan Tyzer yang mengawal istana dengan segera masuk ke dalam istana tetapi mereka batalkan niat tersebut kerana tiba-tiba saja mereka diserang oleh beberapa orang.

Ash, Ruby, Robin, Akaily dan Nayrael bersama tentera sampai di istana. Mereka juga meminta bantuan dari pulau Ninga. Bantuan akan datang dalam masa 40 minit.

"Hei, Ash. Kita tak perlu tunggu ke bantuan sampai dulu baru kita serang mereka?" soal Ruby.

"Itu tidak perlu. Kita akan serang mereka sehingga bantuan sampai. Kita kena bergerak dengan cepat sebelum terlambat"

Beberapa ahli kumpulan Tyzer menyerang mereka menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam istana. Mereka di hadang oleh beberapa ahli kumpulan Tyzer.

"Tak guna lah. Diorang tak bagi kita lepas" Nayrael menumbuk salah seorang kumpulan Tyzer.

Nayrael menyerang kumpulan Tyzer itu dengan membaling mereka ke arah lain dengan kuasa muziknya. Ash membaling batu besar ke arah ahli kumpulan Tyzer. Batu-batu besar itu dielak oleh kumpulan Tyzer kemudian menyeluru ke arah istana.

"Alamak"

Akaily dengan segera mengeluarkan pelindung kemudian dia baling pelindung itu di hadapan istana untuk elak batu besar dari terkena istana.

"Kau nak istana ni musnah ke, Ash?" soal Akaily.

"Tak adalah"

Ruby membaling pisau ke arah Akaily. Pisau itu tercacak di muka kumpulan Tyzer "Maaf, aku tak sempat beri amaran"

"Hati-hati lah"

Robin mengawal fikiran kumpulan Tyzer itu. Mereka dipaksa berlawan dengan sahabat mereka sendiri. Seseorang membaling kuasanya iaitu besi tajam ke arah Robin.

Robin lompat ke atas kemudian dia menuju ke arah seseorang yang menyerang dia. Nayrael dengan segera memetik gitar.

Not-not muzik bergerak ke arah ahli kumpulan Tyzer. Ruby yang menolak seseorang itu terkena pada not muzik itu. Badan seseorang yang Ruby itu terbelah dua.

"Fuh, kuasa yang menakutkan"

Ruby bertukar menjadi vampire. Kakinya menghentak kepala kumpulan Tyzer yang menuju ke arahnya tanpa sebarang rancangan.

Tiba-tiba istana itu bergerak dan mereka dapat rasakan bawah tanah juga bergegar. Mereka terkejut dengan gegaran tersebut.

"Apa yang berlaku?" soal Akaily.

"Tak tahu"

Asap berwarna hitam berkepul-kepul keluar dari istana "Istana ni terbakar ke?"

"Kita tak boleh berlengah di sini lagi. Kita kena masuk ke dalam istana dengan segera" ujar Ash.

"Jangan risau. Aku akan gerakan mereka jauh dari kita" Robin mengawal minda kumpulan Tyzer yang berada di situ.

Kumpulan Tyzer yang sedang bertarung berhenti seketika. Mereka kemudian bergerak menjauhi istana "Cepat masuk. Aku akan gerakan mereka jauh dari sini"

Mereka masuk ke dalam istana meninggalkan Robin. Mereka dapati beberapa kumpulan Tyzer menuju ke arah mereka untuk menyerang.

"Aduh, susah lah macam ni. Macam mana kita nak lepasi mereka? Kita tiada masa untuk berlawan dengan mereka" soal Ruby.

"Jangan risau" Ash menaikkan lantai menjadi penghadang jalan. Dia tolak lantai itu ke arah kumpulan Tyzer.

"Kita nak ke mana?" soal Akaily.

"Bawah tanah. Aku dapat rasakan Teera dan Jazz berlawan di bawah tanah"

Mereka pun angguk kepala. Namun mereka silap kerana Teera dan Jazz tiada di bawah tanah kecuali ketua kumpulan Tyzer. Teera dan Jazz berlawan di kawasan lain supaya tiada siapa yang mengganggu dia ketika dia sedang berhadapan dengan Jazz.

Teera dan Jazz saling membalas serangan antara satu sama lain. Jazz membaling kuasa lohong hitamnya itu ke arah Teera kemudian Teera membalas  balik dengan kuasa ais.

"Teera, kenapa kau tak nak berkerjasama dengan rakan kau untuk kalahkan aku?" soal Jazz yang menyeluru ke arah Teera.

"Itu bukan urusan kau" Teera membentuk ais pelindung untuk melindung dirinya.

"Kau nak mati seora diri ke?"

"Sudah aku cakap ini bukan urusan kau" Teera memancarkan cahaya ke arah Jazz.

Jazz elak ke tepi. Nyaris-nyaris dia hampir terkena kuasa cahaya itu. Jazz dengan segera membentuk lohong hitam kemudian dia baling ke arah Teera secara bertubi-tubi. Teera dengan segera membalasnya dengan bebola api.

Mereka berdua berlawan di kawasan yang tiada sebarang tumbuhan. Hanya tanah dan batuan saja di situ. Rumput juga tiada di kawasan itu. Kawasan yang selamat dari tumpuan orang ramai.

Manakala di istana pula, Hana dan Mikael pusing sekeliling istana mencari ruang bawah tanah namun mereka tidak jumpa. Hampir 15 minit mereka berlari tanpa arah tujuan.

"Oi, mana ruang bawah tanah. Aku ingat kau tahu" soal Mikael.

"Mana aku tahu. Keliru lah macam ni"

"Hei, Hana" tegur seseorang.

Hana dan Mikael pandang belaka. Mereka dapati Akaily berada di dalam istana "Apa kalian lakukan di sini?"

"Sebenarnya kami sesat. Kami tak tahu di mana ruang bawah tanah"

"Ruang bawah tanah bukan di sini. Ikut aku"

Hana dan Mikael mengikuti Akaily. Mereka berdua mendapati Asah, Ruby, Robin dan Nayrael berada di situ.

"Eh, kenapa kalian berada di sini?" soal Robin.

"Ini bukan masa untuk soal jawab. Kita kena pergi ke ruang bawah tanah sebelum terlambat"

Mereka pun dengan segera ke ruang bawah tanah. Apabila mereka sampai di destinasi yang dituju, mereka dapati ahli kumpulan Tyzer yang menjaga pintu ruang bawah tanah sudah tiada.

Mereka membuka pintu kemudian turun ke ruang bawah tanah. Dalam beberapa minit, mereka akhirnya sampai di ruang bawah tanah dan mereka dapati hanya tinggal ketua kumpulan Tyzer.

"Hei, mana Teera dan Jazz?" soal Ruby.

"Mana lah aku tahu. Aku tak tahu apa-apa"

"Eh, ada juga kena pelempang"

"Hiraukan saja dia. Mari kita cari dia. Kita tak boleh biarkan Teera berlawan seorang diri" ujar Mikael.

Mereka semua keluar dari ruang bawah tanah untuk mencari Teera di mana.

Queen Teera Where stories live. Discover now