Sampai sahaja mereka kelihatan ada dua kereta sport dan satu kereta Alphard menunggu di hadapan gate.

Fikri mendengus geram. Stereng kereta ditumbuknya. Raisha sudah risau. Kalau perempuan itu selamat makna nya tiada sudah peluang untuk dia seksa perempuan itu? Dan keselamatan mereka pun akan terancam.

"Apa kita nak buat ni? " lengan Fikri digoncangkan berkali kali.

Fikri merentap tangan nya. Rimas! Ketika ini juga perempuan ni mahu menggedik.

"Mana lah I tahu! "

Raisha merengus geram. Badan dipeluk, kaki disilangkan. Seketika otaknya memikirkan bermacam macam cara.

"You... Bukan ke bilik penyeksaan you tu ada jalan lain untuk ke sana? Tak silap I ada kan? Alah.... Huh! Jalan lama dari pintu belakang! Ada kan? " jerit Raisha.

Membesar mata Fikri apabila teringat akan laluan lama tersebut. Senyuman sinis diukir. Rambut Raisha diusap.

"Bagus pemikiran you. " pujinya sebelum menekan enjin ke laluan rahsia tersebut.

"Well.. "

Dengan berhati hati mereka meluncur kereta tersebut ke laluan rahsia atau lebih kepada laluan kecemasan jika saat genting berlaku seperti sekarang.

Mereka berhenti betul betuk dihadapan kayu besar yang telah rebah. Laju sahaja Fikri keluar dari perut kereta tersebut diikuti Raisha.

"You I tunggu dekat sini je ek? " ujar Raisha. Belum tentu dia dapat lepas dari kayu tersebut dengan gaunnya itu. Dahlah baru beli semalam.

Fikri mencebik sebelum mengangguk. Dia berjalan sehingga nampak satu pintu lusuh yang diliputi daun daun serta sarang labah labah.

Dengan satu tendangan pintu lusuh tersebut rebah dan terbelah kepada dua. Fikri berjalan ke laluan tersebut sehingga di terjumpa satu lagi pintu iaitu dimana keberadaan Aisyah.

Pintu dibuka jelas kelihatan dua orang pasangan sedang berpelukan. Senyuman sinis ditariknya.

Pistol dikeluarkan dari belakang. Dia mengisi peluru sebelum mengacu pada tepat belakang bayang tersebut. Picu ditarik.

Aisyah tersenyum sebelum senyumannya mati apabila nampak bayang tinggi yang sedang mengacu pistol terhadap mereka. Membuntang mata Aisyah.

Tanpa fikir masak masak dia memusingkan badannya membelakang bayang tersebut dan..

"Bang! "

Kuat genggaman Aisyah pada baju Ryan. Sakit yang dia rasakan tidak mampu digambarkan. Sakit sangat.

Ryan terpempan. Dengan perlahan lahan dia mengangkat tangannya memegang bahagian luka dibelakang badan isterinya.

Perkara pertama dia nampak adalah darah sebelum tubuh isterinya terkulai tidak sedarkan diri.

"Kejar lelaki itu! " arah Ryan kuat.

Ryan mengancing gigi. Tangannya menggenggam buku lima. Wajah sembam isterinya dipandang penuh amarah.

"Emergency now! Aisyah bleed! " ujar Ryan dari earphone pada team A yang memegang kerja sebagai maintenance equipment.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now