Bab 34

4.6K 548 21
                                    

Baju kemeja putih dari dalam almari dicapai sebelum dipakaikan ke badannya. Tatoo naga hitam yang meliar pada bahagian dadanya disentuh lalu baju itu kembali dibutangkan. Lengan kemeja dilipat ke paras siku sebelum cermin panjang ditujuinya.

Rambut digayakan menggunakan pomade. Wajah dibelek berkali-kali di hadapan cermin sebelum ketukan di pintu bilik itu menyedarkannya. Mata dikerling pada Jai yang sudah tersengih di tepinya.

"Siap dah bos? Boleh kita gerak sekarang." tegur Jai walaupun Juan mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun dari pada bibirnya.

Jam tangan dipakai dan dompet dimasukkan ke dalam poket seluar jeans hitamnya. Langkah dibawa keluar meninggalkan Jai yang masih memegang tombol pintu biliknya. Derapan kasut yang menuruni tangga itu dapat menggeruni sesiapa pun yang berada di situ. Aura yang tidak dapat dimatikan.

Punggung dilabuhkan pada tempat duduk bahagian hadapan kereta lalu cermin mata hitam berjenama Rayban itu dipakainya. Tingkap dibawa turun ke bawah sebelum kelibat Jai dicari.

Ke mana pula hilangnya lelaki ini? Pantang ditinggalkan, pasti lesap. Keluhan menyampah dilepaskan.

"Jai!" hanya sekali sahaja dia meninggikan suaranya, Jai sudah berlari laju sebelum duduk di bahagian pemandu. Barisan gigi yang tersusun cantik ditunjukkan kepada Juan. Badan saja sado, otak kecil macam udang.

"Cepatlah gerak, tersengih-sengih apahal?" teguran kasar daripada Juan menyebabkan Jai terus menghidupkan enjin sebelum memulakan perjalanan. Lantaklah enjin belum panas atau tak, yang penting ini bukan kereta aku.

Siulan kecil mula meniti di bibir Jai untuk menemani sepanjang pemanduannya. Mata masih fokus pada jalan raya dan manusia di sebelahnya hanya diendahkan. Jari-jemarinya diketuk berkali-kali pada stereng kereta.

Juan yang berasa menyampah terus menguatkan radio sebelum kepalanya disandarkan pada kusyen kereta. Mata helangnya mula tertutup. Masa perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jai menjeling bosnya itu sebelum mencebik perlahan. Berlagak betul perangainya. Aku ketuk kang, baru dia tahu.

Stereng dipusing ke kanan untuk membelok masuk ke dalam tempat parkir bawah tanah pusat beli-belah yang ditujui mereka. Kelihatan kereta bersusun-susun di situ memandangkan hari ini ialah hari minggu. Maka, ramai manusia mula memenuhi pusat membeli-belah.

Brek tangan ditarik sebelum tali pinggang keledar dilepaskan. Jai terus keluar daripada kereta tanpa mengejutkan Juan yang sudah terlelap di sampingnya. Badan disengetkan ke kiri dan ke kanan untuk membetulkan uratnya yang terbelit.

Kaki melangkah ke bahagian Juan sebelum pintu kereta itu dibuka.

"Bos, kita dah sampai. "tegurnya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Hanya sedang-sedang dan masih dapat menusuk sehingga ke dalam telingan bosnya itu.

Juan terus mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum mata hilang itu membuka kelopaknya. Kenapa kelam ni? Aku dah buat ke?

Belum sempat jarinya mahu menenyah mata, Jai cepat-cepat mencelah.

"Bos belum buta lagi, bos pakai cermin mata hitamkan. Itu yang kelam. " katanya selamba lalu bersandar pada bumper kereta. Sengihan diberi kepada tuannya itu.

Bukan selalu dia boleh menghentam bosnya seperti itu walaupun perkara itu kecil saja. Perasaannya gembira seperti telah mendapat durian D24.

Juan hanya menutup rasa malunya dengan bergerak keluar daripada sebelum melangkah ke arah lif dengan kadar pantas. Jam di tangan diperhati. Masih ada 15 minit sebelum pertemuan bersama kliennya.

Malaikat Tak Bersayap [✔]Where stories live. Discover now