Bab 24

5.1K 582 39
                                    

"Kuat lagi! Guna tenaga kau sepenuhnya. Tumbuk dengan kuat! " jerkahan Juan di belakang telinganya membuatkan Firja menutup telinga kirinya menggunakan bahu.

Terlampau kuat sehingga menusuk ke dalam otaknya. Dahi yang berkerut tidak dapat dikawal manakala matanya hanya mampu terbuka dalam diameter kecil. Peluh yang menitis memedihkan mata Firja.

Tangan yang lenguh diregangkan berkali-kali sebelum dia kembali menumbuk dan menyebak punching bag yang dipegang oleh Jai.

Sesekali nafas dihembus melalui mulut sehingga peluhnya terpercik jauh ke hadapan. Dia berlatih dengan separuh tenaga pada hari ini kerana esok pagi, Firja perlu menyertai perlawanan keduanya.

Selepas lebih kurang dua minggu Firja menyepi setelah debut, kali ini dia akan kembali beraksi di atas gelanggang.

Tiada siapa pun yang tahu tentang pekerjaannya yang ini, termasuklah Asma.  Bukannya dia tidak mahu memberitahu, namun Firja tak mahu Asma risau tentang dirinya. Jadi merahsiakan hal ini adalah lebih baik buat masa sekarang.

Nafas semakin kuat disedut. Tangannya masih laju menumbuk punching bag yang tidak terlalu lembut mahupun tidak terlalu  keras.

"Kau ni tak makan ke? Apasal lembik sangat tumbukan kau? " sekali lagi suara Juan menusuk ke dalam gegendang telinganya.

Kepalanya laju dialihkan lalu Juan dijeling tajam. Tailong tak tailong, kau ingat aku suka ke orang jerit tepi telinga ni? Boleh pekak tahu tak.

"Kau tak puas hati lagi dengan aku? Aku buat salah apa dengan kau? Bagitahu aku sekarang. " Firja kini bersemuka dengan Juan yang merah mukanya menahan amarah.

Entah apa kesalahan yang Firja lakukan kali ini sehingga dia mahu mengamuk. Dia tidak rasa Juan memarahinya disebabkan kelemahan tumbukannya. Ini mesti ada hal lain.

"Aku tak ada masa nak cakap dengan kau. Sambung practice sekarang! " Juan berlalu pergi setelah berkata seperti itu. Bajunya dikemaskan ketika dia berjalan menuju ke bahagian atas bangunan.

Firja meniru memek muka Juan sebelum dia mengambil lajak. Kaki diperkemaskan lalu dia berlari anak dan side kick padu dilakukan sehingga mengejutkan Jai yang lalai dalam memegang punching bag.

Walaupun punching bag itu tergantung, ia tetap perlu dipegang itu mengelakkan berlaku kecederaan akibat hayunannya yang kuat. Silap hari bulan, hidung pun boleh patah.

"Kau ni Adi, mujur saja jantung aku tak berhenti tadi. Terkejut tahu tak. " kata Jai seusai Firja berhenti daripada aktivitinya dan duduk bersandar di tiang besar di situ.

Dadanya berombak laju menyedut nafas yang tidak seberapa segar di ruang bawah tanah ini. Cahaya juga tidak cukup untuk menerobosi masuk ke dalam kawasan itu.

"Sorry. " kata Firja sepatah lalu melihat Jai yang turut melabuhkan punggung tidak jauh dari tempatnya.

Jai membaling sebotol air mineral sejuk yang diambil daripada bekas ais disebelahnya.

Firja dengan pantas menyambut balingan itu sebelum penutup dibuka dengan laju. Lafaz basmallah diucap sebelum air diteguk tanpa henti.

Dahaga yang tiada penghujung.

"Jai, terima kasih." kata Firja seraya mengangkat tinggi botol air yang isipadunya hanya tinggal suku. Jai hanya mengangguk kecil tanda dia mendengar apa yang diperkatakan oleh Firja.

"Jai kau tahu tak apa masalah Juan? Kenapa dia tak puas hati dengan apa yang aku lakukan? Geram jugalah aku nak layan perangai dia itu. " kata Firja tanpa memandang kiri atau kanan. Dia mesti mendapatkan kepastian.

Jai hanya menjongketkan bahunya setelah mendengar ayat yang keluar daripada bibir cantik itu.

"Mood bos itu susah untuk diduga. Tapi jaranglah dia nak berperangai macam ini. Mungkin disebabkan kau perempuan pertama yang join kelab ini, maka makin menjadi-jadilah perangainya itu. " perlahan saja Jai bersuara untuk mengelakkan Juan terdengar ayatnya. Nanti lunyai dia dikerjakannya.

"Tak pernah ada perempuan yang join Black Dragon? " Firja mengerutkan dahinya.

Pelik. Selalunya ada saja fighter perempuan yang sertai kelab-kelab begini. Kenapa tiada langsung wanita dalam kelab ini?

Jai menggelengkan kepalanya sebelum kedua-dua bahunya dijongketkan ke atas tanda tidak tahu.

Fighter wanita yang menjadi idolanya ialah  Ronda Rousey. Top American Wrestler yang sangat-sangat merendah diri dan sangat menjadi diri sendiri.

Ronda Rousey ialah satu-satunya wanita yang memenangi perlawanan di UFC dan WWE. Beliau juga merupakan atlet wanita terbaik yang telah diundi di 2015 fan poll.

Firja tersenyum seketika apabila teringatkan idolanya itu. Seorang yang cantik dan sangat kuat. Firja berharap untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.

Tubuh badan diregangkan secara duduk agar ototnya tidak mengejang pada lain-lain masa. Badan disengetkan ke kiri dan kanan lalu nafas ditarik dalam.

Firja berdiri sebelum bergerak ke arah locker yang terletak di tingkat atas. Begnya di ambil sebelum tandas ditujui. Pakaian ditukar kepada jaket dan juga jeans hitam.

Beg digalas sebelum kaki dilangkah ke luar daripada bangunan itu. Sudah cukup latihan untuk hari ini.

Tangan diseluk ke dalam poket seluar lalu dia bernyanyi kecil untuk mengisi masa lapangnya ketika pulang ke rumah.

Dia lebih suka berjalan kaki ke rumah berbanding menaiki pengangkutan awan. Kenapa? Sebab dia dapat menjimatkan wang dan menyihatkan badan.

Ingat, 10 000 langkah sehari untuk badan yang sihat!

Juan yang memerhati Firja daripada lockernya tadi hanya mengeluh perlahan lalu dahinya digaru perlahan. Apabila melihatnya, peristiwa Firja dan juga lelaki bomba di bawah hujan itu akan terus terlintas dalam fikiran.

Rambut dikusutkan secara kasar. Kaki dihentak kuat apabila menuruni tangga. Dia geram dan panas hati.

Apa hubungan kau dengan lelaki itu?

Ah, kenapa kau perlu tahu tentang dia, Juan?


Malaikat Tak Bersayap [✔]Where stories live. Discover now