Bab 27

5K 541 23
                                    

Tanah Perkuburan Islam Baling.
Firdaus bin Hj. Zaini
Aminah binti Malik

Lama kertas kecil berwarna kuning itu ditilik oleh Qaayed. Sekejap dia bergolek ke kiri, kemudian dia bergolek ke kanan. Sekarang hanya menunggu masa untuk dia jatuh daripada katil itu.

Posisi kali ini adalah berbaring dengan tangan yang diluruskan ke atas dan matanya masih tertumpu pada kertas kuning itu. Kaki yang berjuntaian sehingga ke lantai dibiarkan.

'Tanya mak ayah aku dulu. Kalau mereka kata ya, jadi kita akan berkenalan dengan lebih dekat.'

Suara Firja mula bermain dalam kepalanya seperti radio rosak.

Adakah ini bermakna, dia menolak lamaran aku mentah-mentah?

Bagaimana aku mahu bertanya kepada kedua orang tuanya jika mereka sudah berada di alam lain? Allahu.

Qaayed mula duduk tegak apabila memikirkan tentang itu.

Atau Firja cuba untuk menipu dirinya? Tapi, siapa saja yang sanggup memalsukan kematian ibu bapa sendiri!

Rambut dikusutkan dengan kasar lalu badannya ditolak kembali ke atas tilam. Lengan diangkat untuk menutup bahagian matanya.

Kepalanya mula berdenyut perlahan. Namun Qaayed hanya membiarkannya. Setakat sakit kepala sedikit, tak perlu dilayan. Nanti makin menjadi-jadi sakitnya.

Telefon dicapai sebelum dia menaip sesuatu dan dihantar kepada Asma. Dia perlu mengesahkan tentang hal itu dan dia perlu tahu hal Firja dengan lebih banyak.

Mata berkerdip berkali-kali sambil melihat syiling putih itu. Masa seperti bergerak dengan lambat atau Asma mengambil masa yang sangat lama untuk membalas mesejnya?

Posisinya diubah kepada mengiring. Telefonnya yang berdering kuat itu menyebabkan Qaayed terus duduk bersila  di atas tilamnya lalu panggilan itu dijawab.

"Hello, assalamualaikum. " suara Asma kedengaran.

"Waalaikumsalam. Jadi betul ke apa yang saya tanya awak tadi? " tanpa menunggu sesaat pun, Qaayed mula menyoal Asma.

"Ya betul. Firja memang anak yatim piatu dari zaman saya sekolah dengan dia
Tapi, dulu dia tinggal dengan tok dia." Asma berhenti di situ seperti memikirkan sesuatu.

"Jadi mana tok dia sekarang? " Qaayed bertanya dengan penuh semangat.

"Dia pun sudah meninggal semasa Firja kena tang-- err semasa Firja pindah sekolah dulu. Yang itu saja saya tahu sebab Firja jarang buka mulut tentang keluarganya. " balas Asma panjang. Bibirnya yang hampir tersasul terus ditampar perlahan berkali-kali.

Kau ini memang celupar kan mulut?  Aku cilikan kau kejap lagi baru kau tahu.

"Oh, tak apalah kalau begitu. " nada suara Qaayed kembali rendah dan tak bersemangat.

"Tapi kenapa awak tiba-tiba tanya tentang keluarga Firja? "

"Firja suruh saya tanya orang tuanya dahulu jika mahu berkenalan dengan lebih rapat. Adakah ini bermakna dia reject saya secara halus? Saya dah tiada peluang ke Asma? " keluhan berat terlepas daripada bibir merah yang tidak pernah merokok itu.

Kenapa dia tidak merokok?  Cukuplah dia berasa perit menyedut asap kebakaran. Dia sudah tidak mahu menambah keperitan kepada peparunya sendiri.

"Awak nak berputus asa macam itu saja? Qaayed, you must do something untuk pikat hati Firja. Awak jangan risau, saya akan tolong awak. " kali ini suara Asma pula bernada rendah. Mungkin dia tidak mahu Firja terdengar perbualannya bersama Qaayed. Kalau kantoi, mati dia kena karate oleh Firja.

Malaikat Tak Bersayap [✔]Where stories live. Discover now