Bab 8

6.3K 697 73
                                    

Kepala didongakkan memandang bangunan lama empat tingkat di hadapannya.

Matahari yang bersinar menerobos masuk menyebabkan Firja memejamkan mata. Rapat.

Tindak balas refleks.

Tangan kanan diangkat, cuba untuk melindungi wajahnya yang dicium mentari.

Bangunan berwarna putih yang sudah dicorakkan dengan lumut hijau itu menandakan ia benar-benar sudah lama ditinggalkan.

Agak-agak, ada hantu tak dalam ini?

Liur ditelan.

Ah, macam-macamlah kau ini Firjani!

Jaket  berwarna hijau muda ditarik hudnya melepasi kepala, menutupi seluruh rambutnya.

Tangan dimasukkan ke dalam poket jaket sebelum dia membuat keputusan untuk melangkah masuk ke dalam. 

Bibir bernyanyi perlahan. Matanya pantas memandang ke sekeliling isi bangunan itu.

Tiada apa-apa yang menarik.

Betul ke ada underground fighter club di sini?

"Kau siapa?  Kenapa kau ada di sini? "

Suara yang tiba-tiba menyapa di belakang Firja menyebabkan dia berpusing 180 darjah.

Terkejut.

Lelaki berbadan besar dan sasa itu menangkap pandangannya. Mata Firja cuba naik untuk melihat wajahnya.

Garangnya muka.

"Aku tanya, kau buat apa di sini! " jerkah lelaki itu secara tiba-tiba.  Bahu Firja terangkat dek kerana terkejut.

Ya Tuhan, mujur tidak tergolek jantung aku.

"Aku datang nak join the club. Underground Muay Thai di sini kan? " Firja memeluk tubuh sebelum bergerak selangkah ke belakang. Kepala disengetkan untuk melihat lelaki itu.

Kau ingat aku akan takut?

Lambat lagi!

"Ya. Macam mana kau boleh tahu pasal ini? " Dahi dikerutkan.

Gadis didepannya dipandang.

Gila betul perempuan ini.

"Kau tak perlu tahu. Jadi, aku nak jadi fighter. Boleh ke tak? " wajah bosan ditayangkan.

Lelaki ini memang lembap eh? Geramnya aku.

"Boleh, tapi ada syaratnya." Dia tersenyum sinis memandang Firja daripada atas ke bawah.

"Kau mampu ke?" kening dijongket.

Kau pandang rendah terhadap aku?

"Don't judge a book by it's cover, bro. Belum kenal, jangan acah kau tahu semuanya tentang aku. " Matanya tajam menikam mata lelaki itu. Bibir ditarik. Senyuman sinis terbentuk.

"Okay. Syaratnya kau perlu berlawan dengan aku dahulu. Jika kau menang, so welcome to the club. "

Kaki dilangkah mendekati Firja yang berdiri tegak di situ. Jari-jemarinya didekatkan ke wajah Firja yang bersih daripada segala jerawat.

Firja terus melarikan wajahnya daripada lelaki itu. Dia dijeling sebelum nafas dikeluh kasar.

Kenapa perlu wujud manusia-manusia gatal seperti kau?

Semak!

"Wow, jual mahal."

Diamlah gemuk!

"So, this way. " tangannya ditunjukkan ke arah anak tangga menuju ke bahagian bawah.

Malaikat Tak Bersayap [✔]Where stories live. Discover now