Bab 13

5.8K 608 57
                                    

Pisau dihayunkan ke kiri dan kanan sebelum kaki yang memakai kasut bertutup itu melangkah masuk ke dalam bangunan. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam jaket manakala sebelah lagi bermain dengan pisau lipat ak-47 cccp. Pisau yang sentiasa bersama dengannya sejak zaman sekolah.

Setia.

Ya, aku memang setia.

Kaki dihentak kuat seakan-akan dia ingin memberitahu keberadaannya di situ. Tangga simen dituruni satu persatu lalu bibir mungilnya itu bersiul menghasilkan ritma lagu.

Walaupun aku tahu, tidak manis bersiul tapi aku tetap manusia yang lalai. Lalai dalam kehidupan yang sementara.

Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.

[al-Anfal:35]

Menurut Imam al-Jassas, siulan dan bertepuk tangan dinamakan solat bagi mereka, kerana kedua-duanya dilakukan sebagai pengganti kepada doa dan tasbih. Dan dikatakan juga bahawa mereka bertepuk tangan dan bersiul sewaktu sedang beribadah. (Rujuk Ahkam al-Qur’an 3/76)

Namun jika siulan itu hanya untuk hiburan, hukumnya berubah menjadi harus.

Tubuh Jai yang tidur secara duduk dengan mulut yang separa terbuka dikerling seketika sebelum perjalanannya diteruskan. Kerusi empuk yang tidak berpenghuni itu didekati sebelum punggung dilabuhkan di situ.

Kaki kiri bersilang di atas kaki kanan sebelum kerusi dipusing ke belakang. Berpaling daripada melihat segala peralatan tinju di situ.

Dinding belakang yang dimeriahkan dengan corak naga hitam besar diperhati. Tangan ditongkatkan untuk menopang dagu runcingnya.

Black Dragon?

Pisau dipusingkan berkali-kali menggunakan hujung jari telunjuk lalu badan disandarkan ke kerusi.

Empuk gila.

Patutlah Juan tak pernah tinggalkan tempat duduk ini.

Firja cuba memejamkan matanya seketika. Badan cuba direhatkan sebaik mungkin. Peluang seperti ini tidak akan datang berkali-kali.

Cuma sekali seumur hidup.

"Kau siapa yang suka-suka duduk di tempat aku? " kuat suara garau Juan menerobos masuk ke dalam gegendang telinga Firja. Mata yang terpejam dibuka.

Dengan pantas Juan bergerak ke arah kerusinya sebelum memusingkan kerusi itu dengan sangat kasar.

Mata sepetnya yang cuba dibesarkan bersabung dengan mata Firja yang redup menahan kantuk.

Kedua-dua tangan Juan menggenggam erat  pemegang kerusi sebelum dia melepaskannya dan berundur beberapa tapak ke belakang. 

Lehernya yang mengeluarkan sedikit cecair berwarna merah disentuh sebelum Firja yang tersenyum sinis dipandang.

Firja hanya menjongketkan keningnya sebelum pisau ditangan dinaikkan ke paras mata. Darah Juan yang melekat disapu menggunakan jari telunjuk sebelum dijilat perlahan.

Wajah terkejut Juan dipandang. Mata kecilnya yang cuba dibesarkan itu kelihatan kelakar.

Mesti dia ingat, dia kelihatan kacak sekarang. Jauh panggang daripada api!

"Hai, aku Firja. So, aku sudah ada di sini seperti apa yang kau cakap semalam. Let's make a deal. " Dia terus mengujarkan apa yang bermain di fikirannya sejak semalam.

"You're unpredictable. Super unpredictable." keluhan dilepaskan sebelum sapu tangan dikeluarkan daripada poket seluar jeans kemudian ditekapkan di leher yang luka dek kerana Firja.

Mungkin luka itu akan meninggalkan parut. Walaupun tidak dalam, ia tetap perit.

Fighter apa calar sikit dah mengeluh?

Badan Firja ditolak kuat daripada terus duduk di kerusinya. Dia terus terjelopok jatuh ke bawah sebelum Juan dengan selamba merehatkan badannya di kerusi empuk itu.

Kurang ajar.

Tak boleh ke nak bagitahu baik-baik?

Firja bangun lalu punggungnya yang terasa sakit diurut. Kelakuan Juan dijeling tajam.

Kaki dilangkah menuju ke sofa yang agak jauh daripada Juan. Malas nak tengok muka dia.

Lima minit berlalu, suasana masih senyap sunyi. Situasi sekarang sudah kurang tegang namun dia masih malas mahu menjeling Juan walapun sedikit.

"Nah!"

Beberapa helai kertas yang sudah dikepilkan dibaling ke atas riba Firja yang elok bersandar di atas sofa kulit berwarna hitam itu.

Firja yang terkejut terus duduk tegak lalu mengurut dadanya. Jantung berdegup laju.

"Kau memang tak tahu bagi dengan cara yang baik eh? Tampar kang, baru tahu. " Ayat terakhir hanya dikata perlahan, cukup untuk didengari oleh telinganya sendiri.

Kepalanya menunduk melihat kertas putih bersaiz A4 di atas riba. Tangan diangkat sebelum kertas itu dipegang lalu dibaca.

Sehelai demi sehelai kertas itu diselak dengan dahi yang tidak habis-habis berkerut.

Apa yang Juan merepek ini?

Matanya mencari kelibat Juan yang elok duduk berpeluk tubuh di atas sofa berhadapan dengannya.

"Apa ini bro? Merapu gila perjanjian kau." kertas itu dilempar kuat ke atas meja kaca yang terletak di antara mereka.

"Bahagian mana yang kau rasa merapu? Bagitahu aku cepat." suara Juan juga naik seoktaf. Perempuan ini selalu menaikkan darahnya.

"Kontrak terikat dengan Black Dragon selama 3 tahun? What the fish is that?  Nak jadi fighter pun perlukan ikatan dengan kelab ke? Nonsense bro, aku tak pernah dengar pun."

"Ini geng aku, kelab aku. Suka hati aku lah. Kau siapa nak pertikaikan syarat yang aku cipta? " Juan mengetap kuat giginya. Dia cuba menahan geram.

Firjani Adiratna memang seorang wanita yang susah untuk dirunding. Sangat-sangat susah.

"Okay kalau kau cakap begitu. I'm out! " Firja berdiri sebelum kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluarnya. Kaki mula bertapak, melangkah menjauhi Juan yang bahunya kelihatan sangat tegang.

Firja dengan bersahaja menyanyi kecil, cuba untuk menyimbah minyak kepada api yang tengah membara.

Nafas dihela berat menyapa telinga Firja sebelum dia tersengih kambing. Tubuh badannya masih tidak dipalingkan untuk menghadap Juan.

"Okay, okay aku terima cadangan kau. Tapi, aku kurangkan kepada dua tahun. Deal? " Suara Juan menyapa di belakang telinganya.

Firja terus berpaling dengan pantas sehingga rambut tocangnya menampar wajah Juan. Habis terpejam rapat mata sepetnya itu.

"Setahun. Take it or leave it. " kening dijongketkan berkali-kali. Matanya meneliti wajah Juan yang ketat.

"Okay, setahun. " berat nafasnya kedengaran di telinga Firja.

Senyuman manis terus terukir di wajah Firja.  Tailong dengar cakap anak buah?  Jarang-jarang sekali berlaku.

Mata dikenyitkan kepada Juan sebelum dia berlalu menuju ke tangga bangunan. Kaki dilangkah ke luar sebelum tangan didepakan ke udara.

Nafas disedut dalam.

Mata dipejam.

Firja terbatuk kuat.

Udara di Kuala Lumpur sangat tidak sihat. Firja berdecit perlahan sebelum berjalan menuju ke restoran. Dia perlu mula bekerja dalam masa dua jam daripada sekarang.

Hari ini mungkin hari yang menggembirakan untuk dirinya. Dalam perjanjian tadi, gaji untuj fighter amateur sepertinya hanya RM 6000 sebulan, itu pun bergantung kepada perlawanan.

Jadi, aku harus memulakan latihan dan aku perlu menang dalam semua perlawanan.

Kau mesti berjaya Firja!

Chaiyok!

Malaikat Tak Bersayap [✔]Where stories live. Discover now