Bab 7

6.6K 737 142
                                    

Tangannya pantas mengemas meja yang penuh dengan pinggan dan gelas. Sisa-sisa makanan diasingkan di dalam satu bekas sebelum pinggan-pinggan itu ditindan antara satu sama lain.

Semua manusia berbeza.

Ada yang punya tertib ketika selesai makan. Contohnya, segala pinggan mangkuk akan disatukan sebelum meninggalkan restoran. Aku sangat hormat orang seperti ini kerana sangat memudahkan kerja orang seperti aku.

Namun, ada juga segelintir manusia yang masih meninggalkannya berselerak di atas meja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Itu hak masing-masing.

Pinggan yang setinggi gunung itu diletak ke atas dulang sebelum dapur ditujuinya. Sesekali dahi yang berpeluh itu disapu dengan belakang tangan.

Besen yang penuh dengan segala peralatan memasak dan pinggan mangkuk dipandang seketika.

Kedua-dua tangan memegang hujung sinki  yang basah.

Firja mengeluh perlahan.

Aku yang angkut, aku yang basuh?

Majikan bayar gaji aku sedikit, aku smash kepala dia dengan senduk besar ini. Kisah apa aku.

Langkah dibawa ke luar sebelum meja yang kotor ditujuinya. Kain kecil yang tersangkut di apronnya diambil sebelum meja itu disental kuat.

Orang ke yang makan di meja ini? Kotor bukan main.

"Wei, kau ada dengar tak tentang underground fighter club itu? Di bangunan lama tepi kilang getah dulu? "

Tindakan Firja terhenti. Badan ditegakkan sebelum telinganya mengembang, cuba untuk mendengar perbualan pelanggan di belakangnya ini.

Underground?

"Tapikan sudah lama tailong tak adakan perlawanan. Hampir 5 tahun."

Lelaki itu menyedut minumannya setelah menjawab persoalan mengarut sahabatnya.

Malas nak layan.

"Itu tailong lama. Sekarang dah ada tailong baru. Dia nak buka balik court di bangunan lama itu. He needs shouting voices there. Jeritan kesakitan. Gila."

Mata sahabatnya terus menikam tajam wajah lelaki itu.

"Mana kau tahu? "

"Adalah, kau tak perlu tahu."

"Kau nak jadi fighter? "

"Tak naklah aku. Aku masih mahu hidup. Awek pon aku tak ada lagi, tak nak aku jejak kaki di situ." kepalanya digeleng-geleng laju. Gaya menidakkan percakapannya sendiri.

Underground?

Underground?

Underground?

Berulang-ulang kali perkataan itu bermain di fikiran Firja. Tangan yang rancak mengelap terhenti seketika.

Kaki digerakkan kembali ke dapur. Sinki ditujui sebelum paip air dibuka.

Sabun dituang ke dalam bekas tinggi sebelum dicampur air. Pinggan kotor dicapai sebelum disental kuat menggunakan span kuning di tangannya.

Fikirannya masih lagi melayang memikirkan tentang apa yang dua orang lelaki tadi bincangkan.

Patut ke aku pergi?

Dahi digaru perlahan.

Aduh, pusinglah!

Nyamuk yang berterbangan di hadapan wajahnya itu dihalau berkali-kali.

Firja menyambung proses memcuci sebelum sekali lagi binatang kecil itu mengganggunya.

Malaikat Tak Bersayap [✔]Where stories live. Discover now