Bab 22

5.4K 592 17
                                    

"Kacak juga abang bomba kau tu. " kata Asma sambil jemarinya laju mengoyak gula-gula kapas yang berwarna merah jambu itu. Mata terpejam seketika untuk menikmati kemanisan dan kelazatannya.

Sudah hampir tiga tahun dia tidak menjamah cotton candy ini, namun tahap kelazatannya masih sama.

I'm cotton candy, so sweet then I get a little angry yeah.

Cotton candy, yeah yeah yeah yeah yeah.

Firja mengerling rakannya yang suka hati saja mengubah lirik lagu. Sudahlah mulut penuh, ada hati nak bernyanyi.

Tangan diseluk masuk ke dalam poketnya. Asma yang memeluk lengannya itu hanya dibiarkan. Dia ini memang manja, tak kiralah di tempat orang ramai pun. Sudah letih menegur tapi tetap diendahkannya.

Matanya kemudian memandang semula ke hadapan lalu dia cuba menganalisa permainan apa yang dapat menarik perhatiannya di taman tema ini.

"Kau dengar tak aku cakap ni Firja? " Asma secara tiba-tiba menyoal sahabatnya yang berdiam diri sepanjang perjalanan.

"Dengar. I'm cotton candy tu kan? Suka hati kau saja nak ubah lirik orang. Dahlah suara tak sedap. " secukup rasa saja Firja mengutuk rakannya itu. Muka yang monyok itu dijeling seketika sebelum senyuman ditahan. Buruk betul.

Cakap sikit sentap, kutuk sikit sentap. Tampar kang, baru tahu.

"Bukan pasal lagu itu! Aku cakap pasal abang bomba yang hensem gila petang tadi. Kau ni saja nak tukar topik. Geram betul aku. " lengan Firja itu dicubit untuk meredakan perasaannya.

Tangannya terus ditarik laju daripada terus dipeluk dan dicubit oleh ibu ketam ini. Sakit, pedih, perit kulit aku.

"Sakitlah! " kuat suara Firja menjerit sambil menggosok laju lengannya. Jeritannya itu menyebabkan beberapa orang manusia yang lalu-lalang melihat mereka dengan pandangan yang aneh.

"Maaf tapi aku tak menyesal cubit kau tadi. " kata Asma bersahaja sebelum keningnya dijongketkan berkali-kali. Kali ini renungab tajam diberi sebelum dia berjalan laju menuju ke hadapan.

Kakinya berhenti di salah satu booth sebelum sekeping token yang berharga RM2 dihulurkan kepada penjaga gerai di situ. Asma hanya mengikuti langkah rakannya itu dan berdiri di sisinya.

Tiga biji bola kecil diletakkan di hadapannya lalu dengan pantas Firja memegangnya. Tangan diangkat sebelum matanya mula fokus pada tin-tin yang bersusun tinggi dengan jarak lebih kurang 50 cm.

Dengan sepenuh tenaga, dia mula melemparkan bola itu ke arah tin tersebut.  Bergegar papan yang menampung tin itu sehingga dua susunan tin mula runtuh.

Penjaga gerai itu hanya menelan liur melihat gaya balingan Firja yang seperti mahu membunuh. Kalau terkena di perut mahu senak semalaman.

Firja menghabiskan dua biji bolanya sebelum dia mula menuntut hadiah. Teddy bear yang bersaiz kanak-kanak 8 tahun itu diletakkan di atas kaunter.

Firja mengeluh kecil sebelum matanya digulingkan ke atas. Tiada hadiah lain ke? Aku dahlah tak suka patung-patung ini.

"Kak, tak nak ambil ke hadiah ni? " penjaga gerai itu mula menegur apabila melihat Firja yang terkaku tidak bergerak.

"Saya ambil, terima kasih. " senyuman diberi lalu patung itu dipegang sebelum diberikan kepada Asma yang memerhati daripada tadi.

"Kenapa bagi aku? "

"Kau ambillah, kau kan suka benda macam itu. " kata Firja selamba lalu kakinya melangkah ke arah tempat yang lebih ekstrem.

"Ini yang buat aku sayang kau. " tutur Asma dengan gembira lalu terus memeluk bahu sahabatnya yang sedikit tinggi. Walaupun dia marah, dia masih berikan benda comel ini kepada Asma.

"Aku nak naik itu. " tangan diangkat tinggi menunjukkan ke arah sesuatu yang cerah  dalam kelam.

"Kau ni biar betul? " mata Asma terus terbeliak apabila melihat benda yang ditunjukkan oleh rakannya itu.

Perempuan ini gilalah.

Firja hanya mengabaikan suara-suara kecilnya sebelum tangan Asma ditarik laju menuju ke arah kaunter tiket.

Kalau aku cakap aku nak, aku akan buat sehingga aku dapat apa aku nak.

"Firja, aku tak nak naik. Tinggilah weh. " suara Asma mula bergetar.

"Aku sakit perut ni, kau naik sorang-soranglah ya? " badannya mula menunduk sambil memegang perutnya. Asma cuba sedaya upaya untuk memperdaya sahabatnya namun dia gagal. 

Firja hanya memekakkan telinga sambil menarik lengannya masuk ke dalam tempat menunggu. Patung comel itu diletakkan di tepi ketika mereka melangkah masuk ke dalam Vortex.

Vortex ialah satu permainan yang bermain dengan ketinggian dan ia juga berputar sebanyak 360 darjah.

Firja tersenyum kecil apabila melihat Asma yang duduk statik tidak bergerak dengan bibirnya tidak habis-habis mengalunkan doa.

Kepala digelengkan seketika sebelum dia turut berdoa agar keselamatannya terjaga.

Bismillahirahmanirahim.

----

Asma jalan terhuyung-hayang ke arah sebuah bangku yang berdekatan dengan longkang. Kepalanya pening dan perutnya bergelojak.

Ini semua Firja punya pasal!

Firja masih berdiri teguh di sebelahnya dengan kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket jaket. Senyuman senget terukir di bibir.

Telefon yang bergetar di poket seluarnya menyebabkan perhatiannya teralih. Nombor yang tertera ditatap lama.

Siapa pula yang telefon?

Butang hijau disentuh sebelum dibawa ke telinga.

"Hello, assalamualaikum." suara garau menyapa gegendangnya. Dahi Firja mula berkerut.

"Waalaikumsalam. Siapa ni? "

"Aku nampak kau. "

Dahi Firja makin berkerut apabila mendengar ayat itu. Apa yang dia mahu mainkan?

"Apa kau cakap? Aku tak faham. "

"Aku nampak kau, aku tahu keberadaan kau sekarang. "

Ah, kenapa misteri sangat ni?

"Kau siapa hah? Kau kenapa kacau aku? " kuat suara Firja menjerit. Dia geram dan agak gementar pada masa yang sama.

"Kau pandang belakang. Aku ada di belakang kau sekarang. "

Dengan pantas, dia terus berpusing 180 darjah dengan telefon masih melekat di telinga. Liur ditelan sebelum mata mereka bertembung.

Tangan yang memegang telefon dijatuhkan, sebelum nafas berat dihela.

Dalam jarak 5 meter, mereka berdua kini berhadapan semula.

Malaikat Tak Bersayap [✔]Where stories live. Discover now