Sepupu dijadikan musuh? Tak mustahil.

"Datang juga kau akhirnya. " perli Ryan.

Ryan hanya melihat dati jauh. Pandangannya fokus pada lelaki tersebut. Berani mati kacau isterinya. Ingat dia tak tahu cara pandangannya tu?

Aisyah berdecit geram. Kata kata yang sungguh menyakitkan hatinya. Nak je bagi Penyepak dekat muka dia tu sekali biar puas sikit hati ni.

Aisyah berpaling ke belakang. Ay! Baru nampak batang hidung si suami. Menghilang ke mana cik suami oi..

"Ha! Pergi mana lambat sangat? Ngorat pekerja wanita ke? " sindir Aisyah.

"Tu lah aku try tadi. Tapi dia kata dah berpunya. Malang kalau tak dah la--- "

Dah mula drama!

Tangisan yang cukup nyaring itu menarik minat orang ramai. Semua yang berjalan mau pun menggunakan kenderaan itu melihat pada Aisyah. Ya Allah isteriku.

Ryan kebingungan. Apa yang perlu dia buat? Ryan dilanda masalah. Itu lah siapa suruh buat hal. Pandai cari masalah, mesti pandai cari cara penyelesaiannya juga kan?

"Aku gurau je lah. Aku dah ada isteri. Dah nak ada anak dah, tak akan aku nak main dua pula. "

Bahu Aisyah diraih. Tepi kepala Aisyah dicium sekilas berharap agar kesedihan si isteri hilang dibawa angin.

Aisyah menandang Ryan dengan mata yang kuyu. Air mata dikesat menggunakan belakang tangan. Plastik putih yang dijinjing oleh Ryan dipandang sekilas.

"Nak makan. Lapar. " ringkas Aisyah. Sekarang dia nak bermanja dengan Ryan. Dia isteri Ryan Rykal. Siapa cuba rampas nahas dia! Ryan dah nak jadi bapa ye!

"Ye aku tahu. Jom balik. Makan dekat rumah. " ajak Ryan. Tangan Aisyah diraih.

"Nak dukung.. " bersinar mata Aisyah tatkala dia menyebut perkataan dukung. Malu belakang kira. Ini hukuman!

Terbeliak mata Ryan. Dukung? Seriuslah? Mak buyung ni bukannya ringan berat oi. Dalam rahim dia bukan seorang tapi dua orang. Bukan masalahnya malu cuma fikir logik lah. Tak akan dia nak cempung Aisyah sampai parkir kereta. Tak ke patah riuk badan dia nanti.

"Gurau je. Saya tahu hubby penat. Jom balik. Baby dah lapar! "

Ryan menghembus nafas lega. Aisyah senyum lebar. Gelabah sungguh wajah suami nya tadi. Memang dia nak pun sebenarnya tadi, tapi fikirkan lah juga badan aku ni. Dah membesar. Besar sebab ada baby!

Lengan Ryan ditarik lalu dipeluk. Mereka beriringan menuju ke parkir kereta. Sekeliling mahu pun setiap sudut pasti ada penjaga suaminya. Mula mula memang rimas tapi apa kan daya. Keselamatan katanya. Dah terbiasa.

"North, east . "

Ryan hanya mendengar kata kata anak buahnya melalui earphone. Dia tahu kerja siapa. Senyuman sinis dicarik.

❤❤❤

Klak!

Mata yang tadinya tertutup kini terbuka luas. Biar siapa pun gerangan nya asalkan dia selamat daripada bencana ni.

Malik berpusing ke belakang. Pantas sahaja tubuh Riana ditarik masuk ke dalam pelukan. Lalu pisau diacah pada leher Riana. Berderau darah tatkala pisau tajam mengena pada tepat nadi.

"Hyder.. " seru Riana dalam ketakutan.

Air mata yang turun berjurai serentak dengan darah yang merinik membuat Hyder dilanda kemarahan. Tidak sanggup dia melihat Riana dalam keadaan sebegitu rupa.

"Tak sedar diri rupanya lagi kau ni. Tak serik dengan apa yang dah jadi? Nak mati awal ke apa? " sinis Hyder.

"Tch! Kau ingat aku takut?! Ni perempuan aku! Kau yang rampas dia dari aku! Aku akan laporkan perkara ni dekat polis! Biar kau meringkuk dalam penjara. "

Hyder gelak sinis. Cakap dengan orang penagih tak ada gunanya. Cakap tak guna otak. Main serbu je terus.

"Ok! Kita tengok siapa yang masuk penjara dulu. Kau atau aku. Tapi rasanya nama kau dah penuh dekat rekod penjenayah. Am I right Mr. Malik? "

Malik terkaku. Ada betul nya juga apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Malik gelisah. Kenapa dia tak pernah fikir fasal ni?

"Tau pun diam. Kau ingat kau dah sakitkan perempuan aku, kau dah kata dia macam macam kau ingat kau boleh lepas macam tu je? Silap besar kau bro. "

Perlahan lahan tubuh Riana terlepas dari genggaman Malik. Sedikit demi sedikit Malik mengundur.

Terlepas sahaja, Riana terdorong jatuh ke lantai yang sudah dipenuhi darah tanpa sempat Hyder menahan.

P

eluang yang diberikan tidak disia kan oleh Malik. Dengan peluang itu dia mengatur langkah laju ke pintu belakang. Ada bagus nya juga dia toreh belakang tubuh Riana tadi.

Namun langkah nya terhenti tatkala nampak tiga bayang hitam yang berdiri teguh di hadapan. Pandangannya dijatuhkan kepada tiga bayang tersebut. Hanya senyuman sinis yang dilempar buatnya.

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.


Typo abaikan✌

Teaser sebelum ni bukan untuk chapter ni tau. Hihi..

Teaser❤











































"mati. "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin