Pernah Ada 14

1.9K 162 10
                                    

Bunyi dua wanita berbual di luar pintu bilik membuatkan Aswad terjaga daripada tidur. Dia mengengsot untuk bersandar di kepala katil sebelum mengerling jam di tepi katil.

11:00 AM

Pasti dia tertidur selepas menelan ubat tadi.

Berkali-kali Aswad menggosok wajah sebelum terhenti menyentuh rahang. Penuh bercucuk jambangnya di situ. Sengaja dia tidak pernah mencukur licin rambut-rambut yang tumbuh meliar di situ. Tidak ada apa lagi yang hendak dipersembahkan kepada dunia. Jadi apa perlunya dia bersiap kemas?

"Baby ...."

Aswad tahan diri daripada merengus apabila mendengar suara manja mengada Nelly. Berapa lama lagi dia perlu bertahan dengan wanita ini?

"Bila fisio you start?"

"How many times do I have to tell you about this?" Sudah berulang kali diberitahu, tapi Nelly masih tidak mahu faham. Setiap hari bertanyakan perkara yang sama sedangkan Aswad tidak pernah menyebut walau sekali tentang perihal terapi fisio.

"Beritahu apa?" Langsung tak terkesan, Nelly selamba duduk di sebelah kaki Aswad. Tangannya menjalar ke peha si tunang.

"Don't touch me."

"Tak salah pun I nak sentuh. You bukannya rasa apa-apa pun kan?" Dari sekadar menyentuh, Nelly jadi makin berani. Telunjuknya menari naik semakin tinggi.

"You rugi tau baby. Kalau you taknak usaha untuk berjalan semula, nanti you tak bolehlah nak enjoy marriage life dengan I. Lagi-lagi first night ...."

"Stop it Nelly!" Lengan Nelly disambar kasar sebelum ditolak menjauh.

"Aww ... baby marah I ...." Sedikit pun Nelly tidak terkesan ditempik begitu. Dia beranjak sedikit supaya duduknya lebih rapat dengan Aswad. Dada lelaki itu disentuh dan diusap manja.

"You kena faham, baby. I push you macam ni sebab I taknak you putus harap. I nak jadi that someone yang berjaya naikkan semangat you dan buat you berjalan semula. You tahu kan, behind every successful man, there's always a woman. I nak jadi perempuan tu."

Aswad diam merenung wajah Nelly. Tangan wanita itu ditepis menjauh. Apa saja yang keluar dari mulut Nelly tidak pernah membantu. Tidak pernah berjaya menunjukkan pemikiran seorang wanita matang.

"Tak perlu berharap apa-apa. I memang akan selamanya begini. Tak akan berubah."

Nelly mencebik. Digedikkan bahunya tanda tidak puas hati. Siap dihentak lagi kaki ke lantai.

"Tapi I taknak suami cacat!" Dia cuba menarik hujung baju Aswad. Mahu berlagak comel pula dengan gaya memintal kain di hujung jari.

"Then you should know what you need to do."

Kening Nelly mencerun tajam. Dapat menghidu apa yang Aswad cuba katakan. Lelaki itu mahu dia memutuskan pertunangan mereka!

"I patut buat apa? Eh, you ni baby ... suka tau main-mainkan I. Tiap-tiap hari pun suka usik I. Dahlah, I taknak teman you. I nak turun bawah berbual dengan mama you." Tercebik-cebik bibir Nelly. Pura-pura merajuk. Dia bangun dari katil Aswad. Sengaja melentikkan tubuh untuk memicu nafsu yang mungkin boleh membuatkan si tunang bersemangat untuk berusaha menggerakkan kaki semula.

"Just accept the fact, Nelly. I tak boleh berjalan lagi. You atau I yang sebenarnya in denial?"

Nelly berdiri kaku membelakangkan Aswad. Tangannya menggenggam erat tali beg tangan.

"I tengah berusaha untuk satukan hati kita. Kenapa you langsung tak mahu beri kerjasama?"

"Satukan hati?" Aswad mendengus lucu. "Bukan you sedang berusaha untuk mengelak bersuamikan lelaki cacat?"

Pernah Ada (✔)Where stories live. Discover now