Pernah Ada 2

2.9K 181 2
                                    

Malam itu sabar Aswad hilang. Dia tidak mahu sekadar menanti di hujung talian lagi. Dia mahu Kamilia menatap tepat ke dalam matanya dan jelaskan mengapa panggilannya dibiarkan sepi.

Tepat jam 12 malam, dia turun ke bawah. Seluruh rumah banglo tiga tingkat itu gelap. Cuma cahaya lampu tidur yang terpasang di sepanjang tangga menjadi pemandu langkah.

Keluar melalui pintu bahagian dapur, Aswad berjalan penuh tekad ke sebuah rumah yang terletak di hujung laman belakang. Lampu depan dan belakang rumah comel itu menyala terang. Pun begitu, Aswad sedikit pun tidak takut kehadirannya dapat dilihat oleh sesiapa.

Ini bukan kali pertama dia keluar di tengah malam mencari Kamilia.

Sudah bertahun bulan dan bintang menjadi saksi mereka bertemu dan berbual sehingga rasa kantuk memaksa mereka berhenti. Kamilia kembali menutup tingkap biliknya dan Aswad berpatah semula pulang ke rumah sendiri.

Adakah pertemuan rahsia mereka itu pernah dihidu oleh sesiapa?

Ya, ada.

Aswad tahu ada yang sedar tentang hubungannya dengan Kamilia. Namun mereka memilih untuk menutup mulut. Mungkin dalam diam mendoakan kasih Aswad untuk Kamilia bertemu bahagia. Mungkin juga berharap cinta Aswad dan Kamilia berubah haluan dan mereka terpisah di penghujung hari.

Apa pun harapan orang sekeliling, Aswad tidak pernah peduli.

Kerana hatinya tidak pernah berubah.

Dari dulu hingga detik ini, sentiasa menyanyikan nama Kamilia.

Dari dulu hingga detik ini, sentiasa menyanyikan nama Kamilia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pernah Ada (✔)Where stories live. Discover now