1.1- Fools

638 46 4
                                    

Cerita kali ini hanyalah rekaan dan tidak berkait dengan sesiapa. Jangan ambil cerita ni terlalu serius. No offense.

Jangan lupa tengok cover lagu ni okay

🤪🤪


-------




Aku kenal dia. Aku tahu wajah dia waktu marah. Aku kenal bau dia. Kerana aku sentiasa dengan dia sewaktu kami kecil. Dialah kawan aku setiap kali aku pulang ke kampung. Pada awalnya aku seakan benci akan kehadiran dia.

Namun semakin lama aku semakin biasa.

Dia kawan aku.

Dan dia lelaki pertama yang hancurkan hati aku.

Tanpa khabar atau berita, dia buang aku dari hidup dia walaupun kami sentiasa berjumpa setiap tahun. Aku sentiasa tertanya apa salah aku namun akhirnya aku pasrah.

Mungkin dia kini benci pada aku.

Kerana aku hanyalah perempuan biasa yang hodoh dan gemuk.




--------





"And that's how I meet your mother."

Aku pandang wajah Amir di hadapan aku dengan pandangan tak percaya. Hampir aku muntah depan dia bila dia bersemangat cerita dekat aku macam mana dia jumpa perempuan idaman dia sampai tahap angau nak kahwin

"Kau memang kuat berangan." Aku tampar bahu dia kuat sebelum mata diguling ke atas. Menyampah dengan kawan lelaki aku.

Amir senyum senget sebelum dia betulkan tali beg di bahu kanan. Dia raup rambut yang menutup dahi sebelum kedua bahu dijungkit. " Aku cuma nak ceriakan kau aje. Muka kau ni muram sangat hari ni."

Ayat Amir buatkan lidah aku kelu. Wajah aku muram? Memanglah aku muram bila ayah aku tak benarkan aku balik untuk cuti tiga hari ni. Aku nak balik wei. Sudahlah ni first year dekat universiti.

"Azra?"

Aku geleng kepala aku. Wajah diraup perlahan sebelum senyum senget cuba diukir. " Maaf sebab tak dapat kotakan janji nak balik sama-sama. Harap kau dapat balik dengan selamat dalam bas nanti."

Ayat aku sedikit sendu buatkan Amir tahan ketawa. Dia ukir senyum pada aku sebelum bahu aku dia tolak menggunakan buku di tangannya. "Tak payah risau. Aku bukan budak kecil."

Baru aku nak buka mulut, suara lelaki lain memanggil penumpang untuk naik ke atas bas bergema. Laju aku dongakkan wajah memandang Amir. "Pergilah. Nanti lambat."

Amir anggukan kepalanya pada aku. "Jaga diri baik-baik dekar rumah mak cik kau nanti." Dan dengan itu kelibat Amir hilang daripada pandangan aku. Aku lambaikan tangan buat kali terakhir pada Amir kelibat dia menghilang di sebalik pintu bas.

Sebaik sahaja bas tersebut selamat meluncur di atas jalan tar, aku hela nafas perlahan. Lemah. Sedih. Kecewa.

Berdebar.

Erghhh! Aku hentak kaki aku marah sebelum aku jatuh terduduk. Hampir aku titiskan air mata aku depan Amir tadi bila mak cik aku call aku betul-betul sebelum Amir bertolak. Beritahu aku yang aku akan tinggal dengan dia di sini dan bukan pulang ke kampung untuk cuti tiga hari atau lebih tepat cuti lima hari.

Dan ini bukan saja sebab aku bad mood.

Aku hampir menangis bila mak cik aku beritahu yang aku akan tinggal bersama 'lelaki' tersebut.

Eiyad Hazmi

Damn! Aku lupa yang dia belajar satu negeri dengan aku. Masya Allah. Hilang kejap fungsi badan bila dengar nama dia. Sabar Azra. Kau kena fikir positif.

Short Story ✓Where stories live. Discover now