1.4- HER

390 25 1
                                    

>>>>>>>

"Imann!"

Nafas Iman tarik lemah. Dia yang baru sahaja pulang dari bekerja terus bertambah penatnya. Dia pelik kenapa perempuan di hadapan dia sering datang ke rumahnya sedangkan dia dan  Sara bukannya ada hubungan. Risau juga dia kadang-kadang.

Sara tak pernah layan dia seperti seorang lelaki.

Apa yang Sara sebenarnya fikir pasal dia?

"Kau nak apa kali ini?" nada suara Iman lemah. Kaki melangkah ke arah dapur. Tekaknya haus. Namun, tanpa dia sangka  Sara menghulur segelas air kepadanya. Seakan sudah lali dengan tabiat Iman.

"Terima kasih." Iman senyum kecil sebelum gelas tadi dia sambut. Baru sahaja gelas tadi dia cuba teguk, ayat yang keluar dari mulut Sara buatkan dia tersedak.

"Kau ni comellah Iman."

Iman jeling tajam wajah Sara sebelum mendengus marah. Dia kesat mulutnya yang sedikit basah. "Jangan panggil aku cute. Aku tak suka."

"Why? Aku selalu panggil kau cute sebelum ni. Kau tak pernah marah pun sebelum ni."

Haih...Iman raup wajah dia lemah. Lemah semangat dia layan perempuan ni. Mujurlah mereka sudah lama kenal. "Sara, itu waktu aku kecil. Aku dah 19 tahun ni. "

Sara senyum senget.

"Still you are younger than me right?"

Damn! Nak aje Iman balas ayat Sara namun dia kalah dengan ayat penyataan tersebut. Dia melangkah mendekati Sara dan itu buatkan wajah Sara berubah. Sara mengundur dengan wajah tertanya.

"Iman?"

Dan kali ini belakang tubuh Sara berlaga dengan peti sejuk. Wajahnya sedikit berkerut sebelum kepala didongak memandang Iman di hadapannya. Wajah Iman kelat dan itu buatkan dia tertanya. Kenapa dengan Iman hari ni? 

Iman pula ralit meneliti wajah Sara. Dia kenal wajah ini semenjak dia kecil lagi. Senyuman dan pandangan si perempuan masih sama seperti dahulu. Langsung tidak berubah buatkan jantung Iman mula berdegup laju. Damn. Kenapa wajah tertanya Sara nampak comel?

"Do I look cute right now?"

Soalan Iman buatkan ketawa Sara pecah. Namun hanya untuk seketika. Nafas Sara tersekat sebaik sahaja Iman menunduk. Wajah si lelaki rapat di sebelah wajahnya. Dapat Sara rasakan hembusan nafas Iman di pipinya.

"You are the one who looks cute right now." garau. Perlahan.

Sara teguk liur yang hampir tersekat di kerongkong. Sensual. Suara Iman seakan cuba menggodanya. Apa dah jadi dengan Iman yang comel.

Iman tegakkan badannya sebelum dia senyum senget pada Sara. Seakan mengejek. Dia capai tangan kanan Sara sebelum gelas yang dipegang dia beri pada Sara. Setelah itu, anak mata hitam pekat si perempuan dia cari. Dan Iman perasan akan sesuatu.

Wajah Sara pegun. Dan pipi si perempuan merah. Buatkan Iman hampir tersenyum.

"Ingat, aku tak suka kau panggil aku comel." sempat Iman berpesan perlahan sebelum dia melangkah ke arah tingkat atas. Dia cuba kekalkan riak wajah mukanya di hadapan Sara. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya, segera bilik tersebut dikunci sebelum dia hentak kepala pada pintu biliknya.

Shit! She looks too cute just now! Hampir aku tarik dia ke dalam pelukan tadi.

Apa dah jadi dengan kau hari ni Iman. Tahan diri kau.

Bam!

Sekali lagi Iman hentak kepalanya pada pintu bilik.

>>>>>>>

Short Story ✓Where stories live. Discover now