1.6- Lies

177 16 3
                                    

Aku diam, cuba menahan menguap yang hampir terlepas. Topik perbualan kali ni tak lain tak bukan ialah mengenai lelaki. Lelaki. Dan lelaki. Kalau bukan pasal lelaki, mesti pasal cinta. Kalau bukan pasal cinta, mesti pasal crush.

Sempat aku julingkan bebola mata aku ke atas bila aku fikir balik semua benda ni. Jujur, memang normal untuk perempuan berbual mengenai hal ni, lagi-lagi kami semua dah berumur 20 tahun. Tapi bagi aku, ada batasnya juga. Ni hampir hari-hari aku disoal siapa lelaki yang aku minat.

"Nura."

Ha kan nama aku dah diseru. Aku angkat kepala sebelum senyum tipis dihulur. "Ya saya. Apa yang boleh saya bantu."

Wawa tersengih mendengar ayat aku. Daripada pandangan dia, aku dah agak apa yang dia akan tanya. Nurul di sebelah aku menyiku lengan aku, mengarahkan aku agar menoleh ke belakang. Aku toleh ke arah Nurul sebelum pandangan aku jatuh pada wajah Nurul. Kening Nurul terangkat-angkat sebelum dia memberi isyarat pada aku untuk toleh ke belakang.

Aku toleh.

Dan pandangan aku disapa oleh seorang lelaki yang agak tinggi memakai beg laptop berwarna hitam. Dia memakai baju lengan panjang warna hitam berserta seluar slek berwarna olive. Rambut hitamnya agak serabai namun wajahnya yang agak selamba itu kelihatan yakin. Aku agak terdiam. Macam pernah nampak lelaki ni, tapi dekat mana ya.

"Kalau untuk aku, Arfan tu dah okay. Tapi sayang, aku dah suka dekat orang lain."

"Arfan?" aku berpaling pada Wawa dengan kedua kening yang berkerut.

Wawa angguk. "Arfan. Group 2. Classmates kita waktu Foundation."

Mata aku bulat. Sejak bila aku sekelas dengan lelaki bernama Arfan ni. Melihatkan reaksi aku, Nurul di sebelah dah tayang senyum sinis.

"Mesti kau tak ingat kan."

Aku terdiam. Dan itu buatkan Wawa dan Nurul geleng kepala. "Kau ni at least kena kenal classmates kau even kau tak suka bersosial." Nurul mula buka mulur. Baru aku nak membantah, Wawa mula menyambung ayat Nurul.

"Dia pernah jadi groupmates kau untuk assignment Engineering Maths Nura. Apa je kau ingat dalam ingatan kau tu sebenarnya."

Lagi aku terdiam. Shit, teruk sangat ingatan aku ni. Tahap groupmates pun boleh lupa. "Maaf." Aku bersuara perlahan.

Kali ni mereka ketawa. Kuat pula tu. Buatkan aku sedikit terpinga-pinga. Kelakar ke cara aku sebut maaf. Makin aku bingung jadinya.

"Buat apa minta maaf. Tak salah pun kau tak ingat dia, kitorang cuma bagi nasihat. Nanti susah kalau kau tak kenal orang Nura." panjang lebar Wawa berkias.

Aku angguk perlahan. Belum sempat aku angguk, suara Nurul menegur Arfan bergema buatkan aku angkat wajah aku. Arfan tegak berada di belakang Wawa, sebaik sahaja dia mendengar namanya dipanggil Nurul, kepalanya ditoleh ke arah kiri sebelum mata hitam pekat itu jatuh pada wajah Nurul. Si dia senyum. Senyum yang lebar sehingga terlihat gigi putihnya. Matanya menyepet.

"Hai." Dia menegur sesaat sebelum berlalu seakan terburu-buru mengejar kelas.

"Boleh tahan kan wajah dia." Nurul berbunyi lima saat selepas Arfan berlalu. "If kau suka dia an, kitorang tak akan halang since kitorang rasa dia sesuai dengan kau."

Ayat Nurul buatkan mata aku membulat besar. Aku pandang wajah Nurul dan Wawa bersilih ganti, seakan tidak percaya. Kenapa diorang boleh terfikir sampai tahap macam itu. Aku yang mendengar ayat tu sikit lagi nak termenyumpah.

"Kenapa korang boleh fikir macam tu?"

Wawa tayang sengih kerang busuk sebelum dia angkat kedua keningnya seakan ingin mengusik. " Sebab perangai korang sama."

Short Story ✓Where stories live. Discover now