1.5-Bintang Di Langit

324 20 3
                                    

Cerita yang lahir dariapada lagu bintang di surga by Noah. Ini ialah sad story jadi sila kentalkan hati anak-anak muda untuk baca cerpen ni

-----------

"Aku percaya dengan kata-kata bahawa tidak ada ibu bapa yang sempurna dalam dunia ini. Begitulah ibu bapa aku. Dilahirkan sebagai anak kedua di antara tiga adik beradik buatkan aku sedar akan perkara tersebut. Manusia itu tidak sempurna.

Kerana kehadiran aku seakan nombor dua di dalam mata ibu bapa aku. Aku ada abang. Pernah ada. Kau tahu kan betapa sayangnya ibu bapa aku dekat abang aku. Terlalu. Sehinggakan bila abang aku pergi, dia seakan bawa separuh jiwa ibu dan bapa aku."

Jeda. Lama aku tarik nafas aku yang mula tersekat-sekat. Bibir aku menggeletar kuat biarpun cuaca di sekeliling aku tidaklah sejuk. Sesekali aku menari nafas untuk menenangkan diri aku. Dia di hadapan aku hanya berdiam. Memahami diri aku yang tidak ingin mendengar pendapatnya.

Aku hanya inginkan seseorang.

Seseorang di sisiku aku.

Seseorang hanya untuk aku.

----------------

"Abang tak nak balik ke, abang?"aku berdecit geram. Abang aku di hujung talian hanya diam. Lama sebelum dia gelak besar pada aku. Eh, abang aku ni aku ada buat lawak ke apa?

"Asal abang gelak ni? Lili ada buat lawak ke?" aku tanya dengan nada pelik.

"RIndu abang eyhh..." suara abang aku mula meleret. Mengusik.

Aku boleh bayang muka tak semenggah dia mengejek aku sekarang.

"Tak! Takdenya Lili nak rindu abang." tegas suara aku. Geram. "Lili tanya je. Tak nak balik sudah." nada suara aku mula menjauh.

Bukan apa. Aku bertanya kerana aku nak berjumpa dengan dia sewaktu hari lahir aku. Hampir dua bulan aku tak nampak batang hidung si Noah ni. Manalah aku tak rindu biarlah dia kadang-kadang suka sangat buat aku sakit hati.

"Okay, Lili. Abang gurau Lili. Jangan marah." nada suara Noah mula kendur, memujuk. Huh, tahu pun sekarang nak pujuk aku.

"Tak nak balik ke?"kali ini aku bertanya lembut, seakan merayu.

"Rahsia."dan ketawa Noah pecah sekali lagi.

Itu buatkan nafas aku mula turun naik menahan amarah. Ya Allah, yang manusia nama Noah ni tak boleh ke serius untuk seminit. Belum sempat aku nak bersuara marah, Noah laju memotong ayat aku.

"Abang sayang Lili."

Dup Dap.

Entah kenapa jantung aku berdegup mendengar ayat abang. Dia macam pelik. Noah bukannya seseorang yang sering mengucapkan kata-kata sayang pada orang lain. "Kenapa tiba-tiba sangat ni?" jujur aku bertanya.

Jeda.

"Abang just nak bagitahu."Noah ketawa lembut. Dan dapat aku bayangkan wajah Noah tersenyum. Wajah abang sama seperti wajah ayah mereka. Bezanya, Noah mempunyai tahi lalat di hujung bawah mata kirinya. Noah juga mempunyai lesung pipit di bahagian pipi kanannya.

"Lili sayangkan abang tak?"

Aku terkedu mendengar ayat Noah. Sayang. Aku memang sayang semua ahli keluarga aku namun keluarga kita bukannya sejenis yang sering meluahkan perasaan suka atau benci. Aku cuba untuk mengumpul kekuatan aku.

"Sa..Lili.. sa"

"Lili." Noah memotong ayat aku. "Abang minta maaf tapi kawan abang panggil abang. Lain kali ya Lili call abang balik."

Tup.

Talian telefon diputuskan. Aku mengeluh lemah sebelum telefon di tangan aku pandang lama. Cis. Sikit lagi aku nak bagitahu aku sayang dia. Tak boleh tunggu seminit ke apa? Aku letakkan gagang telefon kembali di tempat asal sebelum kaki dilangkah ke arah dorm. Baik aku bersiap untuk ke prep malam. Esok ada peperiksaan Sejarah yang aku kena hadap.

Short Story ✓Where stories live. Discover now