0.6- Angel

645 62 11
                                    

Dedicated to Chuda







>>>>>>>





"I think every girl's dreams is to find
a bad boy at the right time
when he decided to not be bad anymore."












>>>>>>>>>>>>





Dulu, dia sering rasa dunia ini ada di tangan dia. Sekiranya dia berperwatakan seperti ini, dia tak perlu takutkan apa-apa.

Semua akan tunduk pada dia.

Semua akan sujud pada kaki dia.

Hinggalah ibunya sendiri yang sujud di kakinya.






>>>>>>>






"Kamu sama macam ayah kamu. Tak pernah fikirkan perasaan ibu!" Berdentum rumah banglo dua tingkat tersebut dengan jerkahan daripada Iliana. Kecewa. Dia kecewa dengan anaknya sendiri.

Anak yang ditatang seperti minyak penuh dari kecil, conteng arang pada wajah dia.

Memang kurang ajar!

Izzryn kekalkan riak beku pada wajahnya. Mata Iliana langsung dia tak pandang, seakan sudah puas dengan bebelan daripada ibunya.

"Izzryn Haikal! Are you listening right now?!"

Bam!

Meja di hadapan Iliana hentak kuat. Geram di hati usah dikira. Perangai Izzryn memang kena ajar. Kalau tak sampai tutup mata pun Izzryn takkan ikut kata dia.

"I am." Beku Izzryn membalas. Tangan kanan ralit bermain dengan rambut hitam pekat miliknya. Berulang kali rambut diraup ke belakang.

Cuba untuk hilangkan bosan. Tabiat yang sering dilakukan bila dia rasa bosan tahap nak mati.

Mengeluh. Ilian urut dada sendiri. Sudahlah jantung dia dah tua, bercakap dengan Izzryn memang boleh buat dia semakin tua. Perlahan Iliana bangun dari duduknya sebelum tubuh Izzryn yang menyandar pada dinding rumah dirapati.

" Kamu memang tak nak pergi sekolah ke Izz? Memang tak nak berjaya demi mama?"

Diam.

Kali ini Iliana sudah mengalah.

Kedua tangan diangkat sebelum bahu Izzryn dia tekan kuat. Memaksa anaknya melihat wajahnya.

Izzryn akur. Wajah tua Iliana dia tentang. "What do you want?"

Sengaja Izzryn bertanya sinis. Kerana dia suka melihat wajah kecewa ibunya. Dia suka ibunya beri perhatian pada dia. Dia suka.

" Mama dah berhenti kerja Izz."

Diam.

Atmosfera sekeliling berubah.

Wajah Izzryn berubah. Makin beku wajahnya. Kerana kali ini ibunya serius. Jarang ibunya bercakap secara serius dengan Izzryn. Terutama selepas kematian adik kembar Izzryn.

Mata Iliana berkaca namun dia gagahkan diri untuk hulurkan senyum pada Izzryn. Satu-satunya ana lelakinya. Satu-satunya cinta hati dia.
Liur yang terasa kelat Iliana telan dengan payah.

"Mama sakit Izz. Kanser rahim tahap empat."

Diam.

Izzryn kelu.

Lidahnya seakan lumpuh.

Dan dia rasa kakinya terpasak di lantai.

Anak mata hitam pekatnya menikam tajam mata coklat pekat ibunya. Mata itu tidak menipu. Malahan mata itu berair. Seakan kecewa. Dan meminta belas kasihan.

Short Story ✓Where stories live. Discover now