Bab 18

2K 132 46
                                    

Hayyan membetulkan urat lehernya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hayyan membetulkan urat lehernya. Sengal rasanya apabila salah tidur dekat sofa. Hayyan segera bangkit daripada baring dan terus menoleh ke kanan apabila terasa seperti ada manusia lain di sisinya.

Que? Buat apa dia tidur dekat sini? Ralit Hayyan memerhatikan isterinya, tiba-tiba dia ternampak marker pen di tangan wanita itu.

Marker pen? Buat apa si Que ni pegang marker pen sampai tertidur dekat sini? Hayyan mula rasa tidak sedap hati. Dia menggosok mukanya dan langsung melihat tapak tangannya. Bingo! Kau conteng muka aku ye?

Hayyan mengambil marker pen itu dan mula membalas dendam. Selesai menconteng Hayyan tersengih. Dia segera bangkit untuk menyambung tidur di bilik. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Qalisya.

Hayyan berfikir sejenak. Apa patut dia buat? Kejut isterinya atau didukung sahaja naik ke bilik? Mahu dikejut macam kesian pula. Nampak pulas sungguh tidurnya.

"Mujur aje aku baik hati sekarang. Kalau tak memang aku biar je kau tidur macam ni." Hayyan mengomel sebelum tubuh isterinya yang tidur sambil bersimpuh itu didukung ke bilik.

"Ish berat nok.. Nampak je kecik berat macam anak badak!" Hayyan mengomel sekali lagi. Dia masih gagah mengendong Qalisya.

Sebaik sahaja dia sampai di bilik, tubuh kecil Qalisya dicampak ke atas katil. Opps bukan sengaja nak campak tapi dah tak mampu nak dukung lama-lama nak tercabut pinggang aku. Lagipun bukan kuat sangat pun aku campak.

Telefon bimbit yang sudah selamat keluar daripada poket seluar wanita itu menarik perhatian Hayyan. Ni mesti terkeluar sebab aku campak perempuan ni tadi.

Hayyan mengambil telefon itu dan dia terkejut melihat lockscreen wanita itu. Kau conteng muka aku macam ni? Macam badut sarkas? Mujur kacak juga.

Hayyan meletakkan telefon bimbit Qalisya ke atas meja sisi. Dia mengambil pula telefonnya. Masa untuk balas dendam. Kalau Qalisya ada gambar dia diconteng, dia juga kena ada gambar Qalisya yang diconteng. Baru adil.

Hayyan segera baring bersebelahan dengan isterinya. Kepalanya dirapatkan dengan kepala milik Qalisya. Dia mahu berselfie bersama isterinya yang cantik sangat tu.

Hayyan tersengih melihat gambar-gambar itu. Dia mengambil keputusan untuk melihat wajah Qalisya itu buat kali terakhir sebelum dia tidur. Dia segera menoleh ke arah Qalisya.

Mata Hayyan tidak berkelip memandang Qalisya. Satu persatu diperhatikan. Kening, mata, hidung dan bibir wanita itu sempurna. Elok sahaja terletak. Cantik juga isteri aku ni walaupun muka dah diconteng.

Tanpa sedar, tangan Hayyan sudah merayap di muka Qalisya. Pipi wanita itu diusap perlahan. Tangannya menyentuh rambut pula. Lembut. Rambut itu dibawa ke hidung dan dihidu. Semerbak haruman syampoo Sunsilk itu menusuk hidung Hayyan. Wangi.

Dada Hayyan berombak. Wajah Qalisya diperhatikan semula. Bagai dipukau, Hayyan terus merapatkan wajahnya dengan wajah Qalisya. Dahi dan hidung Qalisya dikucup, sebelum diikuti oleh kedua belah pipi Qalisya. Bibir Qalisya ditenung seketika. Hayyan nekad mahu melabuhkan bibirnya pada bibir isterinya. Dia menutup mata...

Our FateWhere stories live. Discover now