Bab 3

1.4K 141 11
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Apa sahaja takdir yang ditimpakan kepada kita adalah ujian untuk melihat keyakinan kita kepada-Nya."

•••••

PEN ditangannya diketuk-ketuk di atas meja kerjanya. Hatinya tidak senang. Tak tahu kenapa dari semalam dia asyik teringat tentang lelaki itu. Lagi-lagi bila dah berjumpa dan bertentang mata.

Persoalannya, kenapa lelaki itu seperti tidak mengenalinya? Kenapa dia baru muncul sekarang? Kenapa lelaki itu menghilang selama ini? Mahu ditanya adiknya Qalish, tapi segan. Tapi logik ke kalau dia tanya Qalish? Apa je dia tahu tentang pensyarahnya itu?

Ahh tak kira dia kena tanya Qalish juga. Kalau tak, sampai tahun depan dia masih tertanya-tanya.

Qalisya terus ke bilik adiknya, Qalish. Semalam iaitu hari Jumaat adiknya pulang dari universiti jadi tepatlah pada waktunya untuk dia bertanya. Dia mengetuk perlahan pintu bilik Qalish.

Knock knock knock...

"Masuk"

Dia memulas perlahan tombol pintu itu. Dia melihat Qalish sedang fokus membuat assignmentnya di laptop.

"Along kacau Qalish buat kerja ke?"

"Hmm tak adalah. Qalish dah siap dah kerja ni. Ini just tengok ejaan dengan nak justify. Kenapa along?"

"Hmm.. Along tanya ni, tapi jangan judge tau. Along cuma tertanya-tanya aje." Qalisya takut pula ingin bertanya tentang Hayyan. Tak tahu kenapa dia takut untuk bertanya.

Qalish membetulkan duduk dan menghadap Qalisya yang berdiri di sebelah katilnya. Macam serius aje bunyinya.

"Okay tapi apa yang along nak tanya?"

"Okay ni fasal Sir Hayyan. Qalish punya lecturer dulu. Dia okay ke dengan Qalish?"

"Okay aje. Cuma lepas je Qalish habis semester dua dulu, Qalish dah jarang nampak dia. Kalau terjumpa pun tak sempat tegur. Masing-masing sibuk. Kenapa?"

Qalisya mengangguk kepala.

"Tak ada apa. Saja tanya."

Qalish memandang kakaknya dengan riak tidak percaya.

"Along ni macam something wrong with somewherelah. Kenapa baru tanya lepas tiga tahun? Bukan dulu kau yang beria taknak ambil tahu dan tak nak ada kena mengena dengan dia?"

Qalisya menggigit bawah bibirnya. Alamak. Budak ni dah tanya pula.

"Tak ada apa-apalah. Saja je. Tadi terjumpa pelanduk dua serupa dia. Itu yang tanya. Engkaukan rapat dulu dengan dia."

Our FateWhere stories live. Discover now