Bab 16

1.2K 122 29
                                    

Qalisya memandang lama almari bajunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalisya memandang lama almari bajunya. Erm kebanyakkan bajunya ialah T-shirt lelaki, hasil tangkapan daripada almari adik-adiknya. Sudahlah corak ganas-ganas. Tak feminine langsung.

Seluar pula banyaknya jeans, jenis jeans semuanya koyak-koyak dekat lutut. Kalau ada baju-baju lamanya yang feminine pun banyaknya dah tak muat. Maklumlah dulu dia kurang berat badan, sekarang sudah normal atau bahasa mudahnya sudah gemuk.

Qalisya menutup semula almari bajunya. Dia berjalan ke arah katil dan mengambil telefonnya. Kena beli baju-baju baru ni. Instagram dibuka untuk mencari ilham baju macam mana dia perlu beli, apa fashion terkini dan sebagainya.

Gambar-gambar di explore Instagram dilihat satu persatu sehingga ke suatu gambar yang berjaya mencuri perhatian. Mata Qalisya ralit melihat gambar itu.  Cantiknya perempuan ni.

"Imanopie?" Qalisya membaca perlahan username akaun itu. Jarinya pula pantas menekan username yang dibacanya tadi, langsung profile Instagram wanita cantik itu keluar. Dia terus memulakan aktiviti yang amat handal bagi kaum wanita. Apa lagi kalau bukan stalk akaun orang?

Wah cantik betul. Macam tak percaya baru 17 tahun. Hebat budak sekarang. Lawanya macam orang dah dipertengahan 20-an. Aku ni nak masuk 30-an, tapi masih macam ni.

Haihh patutlah Hayyan tak pandang aku langsung. Sedihnya rasa hati. Mata Qalisya menangkap perkataan suggestions. Ini mesti akaun orang-orang cantik juga ni. Dia segera menekan button suggestion.

Betullah aku cakap. Keluar banyak akaun orang lawa. Ini boleh buat insecure ni. Rasa insecure dekat budak nama Iman tu tadi pun belum hilang, sekarang bertambah pula setelah melihat akaun milik Wardina Anuar.

Alamak yang ini 19 tahun dah kahwin! Fuh lawa pula tu. Manis je muka dia. Haih budak zaman sekarang ni kecil-kecil dah lawa. Senang cari jodoh. Aku sampai sekarang selekeh. Kahwin pula express. Ish Qalisya tak baik macam tu. Tak baik. Qalisya menggeleng kepala sendirian.

Dia menekan igtv perempuan itu. Uish ada video cara menggayakan camisole dan tutorial make up. Boleh try!

"Woi. Kau tak kerja ke?"

Hampir tercampak telefon bimbit Qalisya mendengar sapaan tidak bermoral itu.

"Kau ni Qalish buat terkejut aku je. Tak reti nak ketuk pintu?"

Qalish menghampiri kakaknya.

"Qalish dah ketuk, along tu yang ralit dengan telefon. Tak tahu ke sekarang dah pukul berapa?"

Mata Qalisya masih melekap mata telefon bimbit.

"Dah pukul berapa?"

"Pukul 7.30 pagi."

"Biar betul? 7.30 dah?" Terkejut Qalisya dibuatnya. Dia mandi pun belum lagi. Tergesa-gesa dia bergerak ke almari. Nak pakai baju apa hari ni?

"Oh ye. Abang Hayyan dah gerak tadi sebab dari rumah kita ke tempat dia mengajar jauh." Ujar Qalish lagi. Dia menggeleng melihat tingkah kakaknya itu. Tak tahulah kakaknya itu dengar ke tidak bicaranya sebab Qalisya sibuk mencari baju.

Our FateWhere stories live. Discover now