Bab 4

1.3K 130 14
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Don't forget to vote and comment 💕

•••••

Qalisya menggeleng kepala. Kenapa dengan aku ni? Kenapa wajah dingin lelaki itu bermain-main difikiran? Kenapa jantung aku berdegup kencang? Kenapa aku takut untuk berhadapan dengan dia? Kau ada buat salah ke Qalisya? Ya, kau ada buat salah besar Qalisya. Kau reject dia kaw kaw tiga tahun lepas! Haishh. Serabut kepalanya memikirkan tentang kejadian tengah hari tadi.

Selepas dia dan Hayyan diusik oleh Fatty, wajah lelaki itu menjadi semakin dingin. Boleh pula serentak dia dan Hayyan bangun untuk ke dapur.

"Sihat?" Dia cuba memecahkan kesunyian yang mencengkam ruang dapur itu dengan memulakan perbualan dengan Hayyan. Namun hanya sepi.

Lelaki itu hanya diam menanti giliran untuk membasuh tangan dan pinggan.

"Tak apa, letak je pinggan tu. Saya boleh basuhkan."

Hayyan tidak membantah. Pinggan diletakkan di dalam singki dan tangan dibasuh. Dia terus meninggalkan Qalisya sendirian di dapur setelah itu.

Qalisya memerhatikan belakang tubuh Hayyan. Lelaki itu kelihatan lebih segak dan tegap berbanding 3 tahun lepas. Handsome walaupun hanya memakai hoodie dan jeans sahaja.

Tanpa sedar satu keluhan kecil terkeluar daripada mulut comel milik Qalisya. Benci benarkah engkau pada aku?

"Mengeluh apa kak oii."

Qalisya mengurut dadanya. Terkejut disergah Qalish begitu. Habis terbang semua lamunannya. Tiada lagi bayangan Hayyan.

"Angah ni terkejut along. Bila masa duduk sebelah along ni?" Wajah adiknya yang berkulit sawo matang itu ditatap.

"Adalah dalam lima minit macam tu. Sempat jugalah Qalish nampak along tergeleng-geleng kepala sorang-sorang. Fikir apa tu long?"

"Tak ada apalah Qalish." Qalisya kembali memandang laman rumahnya. Sejak balik tadi dia duduk di laman. Belum masuk lagi. Asyik melihat pokok-pokok bunga yang ditanam arwah ibunya sampai mengelamun memikirkan Hayyan.

"Kalau tak ada apa takkan sampai mengeluh? Pandang pokok-pokok bunga tu macam nak tembus? Cubalah cerita dengan Qalish."

Qalisya hanya berdiam. Cerita dekat Qalish? Itu namanya menempah tawa adiknya itu sahaja. Memang adiknya itu akan gelak sampai terguling. Dia yakin itu!

"Termenung pula. Angah tanya ni. Along dah kenapa? Marilah cerita."

Qalisya menjeling Qalish.

"Tak payah sibuklah. Benda tak penting pun."

Our FateWhere stories live. Discover now