Selesai meminta kad bilik VVIP, lif yang berada di hujung iaitu lif buat nya yang terus menempatkan di ruangan tingkat bilik nya itu dimasuk dan button 30 ditekan.

Sampai sahaja di tingkat itu Hyder malas mahu menyinggah di mana mana. Ruangan tingkat 30 hanya khas buat nya. Tingkat yang menempatkan bilik kerja, ruangan makan, bilik tidur, kolam renang dan banyak lagi. Tingkat yang paling atas.

Kad itu ditekan pada satu alat imbasan dan sekelip mata pintu yang tadi nya tertutup terbuka luas dengan sendiri nya.

Keluasan bilik yang sangat besar lagi menenangkan hati yang kacau bilau. Riana diletakkan perlahan lahan di katil yang bersaiz tiga kali ganda besar itu.

Raut wajah polos Riana yang tengah tidur itu diperhati. Muka Hyder hanya mempamerkan riak tenang dan beku. Sejak hatinya ini hancur disakiti oleh makhluk yang bernama wanita, dia tidak benarkan sesiapa pun mencuba merampas hati nya ini.

Malas berfikir panjang Hyder bangun dan menapak ke bilik air. Dia mahu berendam memenangkan fikiran nya yang bercelaru. Hal U kini bukan lagi masalah pertama. Dua minggu lalu lagi dia sudah tamatkan pembelajaran di sana.

Terpisat pisat Riana bangun. Pinggang nya sakit bertambah lagi dengan kepala yang berdenyut denyut. Mata yang kabur itu dilenyek berkali kali.

Sesudah itu matanya kembali terbuka luas. Perkara pertama dia lihat adalah wajah kacak Hyder. Terlompat Riana kebelakang. Siapa je tak terkejut.

"Nyenyak tidur? " soal Hyder polos.

"Ma--macam ma-nna saya bo--leh ada dek-at si--ni ?" gugup Riana. Tangan disilang di dada.

"Aku dah kata tadi kita tidur hotel. Apa lagi yang kau tak faham? Dah malas aku layan tepi aku nak tidur! "

Tempat yang tadi nya Riana baring di situ dia landing. Riana pula mengesot ke tepi. Jadi dia? Takkan nak tidur sekatil dengan lelaki bukan mahram? Erkk

"S-aya m-m-macam mana? " Riana mencucuk cucuk lengan sasa Hyder. Kenapa dia buat macam tu pun dia sendiri tidak tahu.

"Tidur jelah sini. Apa masalah nya? "  sebelah mata Hyder dibuka sebelum ditutup nya kembali. Tangan kanan diletak dia atas dahi.

"Mana boleh. Saya bukan nya ada apa apa kaitan dengan awak. Isteri? Jauh sama sekali. " muncung Riana makin menjadi jadi. Hyder yang melihat kegeraman.

"Jangan nak muncung sangat. Aku gigit tu nanti baru tahu. " Hyder senyum sinis melihat wajah cemberut Riana. Comel!

"Hish! Gatal sama macam Ma-- " terhenti percakapan nya apabila teringat kisah tadi. Ditoleh kepada Hyder dia hanya diam sambil mata dipejam. Hmm

"Ma apa? Malik? Huh jantan tak guna tu. Jangan nak perasaan lah aku nak sentuh badan kau. Sebelah dinding ni ada satu lagi katil. Kau tidur dekat sana. "

Arah Hyder dengan mata yang masih terpejam. Penat nya masih bersisa. Banyak perkara dia perlu lakukan. Dengan kakak ipar nya yang masih sakit dirumah.

Apabila tiada dengar sahutan Hyder mencelik mata nya. Masih kelihatan Riana yang masih duduk menatap tangan nya yang. Dia perasan ada sebutir air mata jernih turun mengalir.

Dia lemah. Cukup lemah apabila melihat wanita menangis. Kisah silam nya buat dia lemah takut akan wanita. Lemah melihat mereka menangis. Takut dihancurkan oleh wanita.

Hyder mengeluh. Nak dibiarkan kesian pula. Akhirnya Hyder bangun dan dagu Riana diangkat menampakkan wajah nya yang sembam.

"Kenapa nangis? " lembut tapi ada dingin nya juga. Ibu jari mengesat air mata si gadis.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Onde histórias criam vida. Descubra agora