1.0- Our Memories

Start from the beginning
                                    

Jeda.

Wajah Ariff berubah.

Matanya berkaca. " Macam mana dengan ibu ayah angkat kau?"

" Mereka benarkan aku balik sini untuk jumpa kau. Aku rasa diorang dah penat jaga aku yang selalu sakit." Dan ayat aku mati sebaik sahaja wajah aku disembam di dada Ariff. Kuat dia pegang kepala aku. Seakan menghalang aku menyambung ayat.

"It's okay Layla. Kau ada aku. Aku dan ibu akan jaga kau. Kau kan adik aku."

Ayat Ariff buatkan aku gelak. Adik? Ya, adik susuan. Ibu bapa aku meninggal waktu aku bayi dan keluarga Ariff yang jaga aku. Waktu aku 6 tahun, ibu bapa angkat aku jaga aku. Hidup aku tak gembira.

Sangat tak gembira biarpun mak ayah angkat aku berharta. Duit tak dapat beli kasih sayang. Dan aku tahu tentang perkara tersebut. Hanya Ariff saja yang aku ada. Dan juga ibu dia.

Dan dalam masa sesaat aku hampir pitam. Kepala aku terasa pinar namun Ariff seakan tiada tanda akan berhenti berbual. Mulutnya masih bercerita keadaan di rumahnya sepanjang aku berpindah. Aku cuba senyum namun kepala aku makin kuat berdenyut.

Aku ketap kuat bibir. Peluh sejuk mula terbentuk di dahi aku. Aku tak nak Ariff panik akan keadaan aku. Aku kena kuat. Demi mereka.

Dan pertahanan aku runtuh bila aku terasa dunia aku berputar. Aku hampir jatuh terjelopok ke belaka g sebelum aku terasa bahagian belakang aku berlanggar dengan sesuatu. Tak, bukan sesuatu.

Seseorang.

Wajah Ariff pucat di hadapan aku sebaik sahaja dia sedar aku hampir pitam. Segera dia cuba menghampiri aku sebelum dihalang oleh satu suara kasar.

" Jangan." Dan suara itu datang daripada belakang aku. Kedua bahu aku dipegang lembut sebelum hidung aku muka menangkap baunya.

Bau mint dan sedikit cinnamon.

" Berapa lama kau berada bawah matahari?"Garau. Seksi.

Aku telan liur. Jantung aku mula bergetar sebaik sahaja aku sedar bibirnya berada rapat dengan telinga kanan aku.

" Ham..hampir lima jam."

Diam.

Dan aku kedu. Tubuh aku terapung sebelum aku kini berada di dalam cempungan lelaki tersebut. Aku terngadah. Wajahnya kelihatan kabur akibat disimbah cahaya matahari yang kuat, buatkan mata aku terpejam. Kepala aku disandar pada dadanya yang berdegup perlahan.

Dan aku rasa tenang. Biarpun kepala aku rasa pedih.

"Aku rasa dia kena heat stroke. Tolong ambil air sejuk Arep." Perlahan suara garau tersebut mengarah sebelum kaki dilangkah ke dalam rumah. Aku hirup wangian daripada tubuhnya. Wangi.

Dan juga tenang.

Badan aku dia baringkan di atas sofa sebelum si dia menghilang sebelum sempat aku buka mata. Aku cuba tahan rasa mual. Kepala terasa berputar kuat sebaik sahaja wangian si dia hilang.

"Layla."

Mata aku terbuka perlahan. Wajah Ariff yang pucat menyapa mata aku. Di tangannya terdapat segelas air sejuk. "Minumlah."

Short Story ✓Where stories live. Discover now