𝔼ℙ𝕀𝕃𝕆𝔾

420 77 132
                                    

Waktu perbicaraan,

Minho dan Han sudah mengambil tempat di bilik itu termasuk pendakwa raya yang bertugas.Pakcik Minsik dan Seonghwa turut hadir ke perbicaraan itu memandangkan hari itu ialah keputusan hukuman diberitahu.Kelihatan Han sedang menerangkan kepada Minho tentang apa yang patut dia lakukan  ketika berada di mahkamah.

Semua yang hadir bangun berdiri apabila tuan hakim masuk ke dalam bilik itu.Suasana kembali sunyi,memberi penghormatan untuk tuan hakim bersuara.

"Seperti yang tersebut dalam kes,Lee Minho, ditahan atas tuduhan membunuh Kim Yera.Mangsa didakwa kelihatan sekitar 2 bulan lepas.Jika disabitkan kesalahan,terbabit boleh dijalankan hukuman gantung sampai mati.Peguam bela,sila kemukakan pendapat kamu.",arah tuan hakim.

Han berdehem beberapa kali sebelum memulakan perbicaraan.Minho pula menumpukan sepenuh perhatian.

"Berdasarkan bukti yang saya dapat,Lee Minho bukanlah suspek seperti yang disangkakan kerana dia merupakan ialah mangsa yang sebenar.Dan semua itu berdasarkan bukti yang saya perolehi.Tuan Hakim boleh saksikan bukti itu sekarang.",kata Han dan sebuah rakaman disiarkan di bilik itu.

Rakaman itu menyiarkan perbualan antara Seonhee dan Mingi yang mana itu juga membuatkan orang ramai terkejut.Minho menahan airmatanya daripada terjatuh.Hatinya masih sakit dengan semua itu.Rakaman tadi dimatikan dan Han menyambung hujahnya.

"Seperti yang tuan hakim saksikan,Minho ialah mangsa keadaan dan saya nak menunjukkan sebuah lagi rakaman perbualan antara detektif yang bertugas dengan Song Mingi,salah seorang yang terlibat dalam kes ni dan juga akan menjadi bukti.",rakaman suara yang dikatakan Han itu sudah disiarkan.

"Choi Seonhee...kau kenal?"

"Dia adik aku....tapi dia jugak cuba bunuh aku."

"Sebab apa dia cuba bunuh kau? Kau ada buat salah apa-apa?"

"Sebab aku nak bunuh Minho.. sebenarnya rancangan kiteorang nak rampas Lariox Company dari Minho...perkahwinan itu pun termasuk dalam plan...tapi lepas dia kahwin...dia khianat aku.Dia lupa dengan semua plan kiteorang rancang dari awal...termasuklah kemalangan Tuan Lee,bekas pemandu dia dan anak perempuan bekas pemandu tu,Kim Yera."

Habis riuh mahkamah itu bila mendengarkan rakaman itu sehingga terpaksa ditenangkan tuan hakim.Seonghwa tersenyum bangga kerana berjaya mendapatkan bukti itu.

"Tuan hakim yang dihormati,dari rakaman itu,sudah terang lagi bersuluh yang Lee Minho ialah mangsa keadaan sebenar hingga dia mengalami tekanan perasaan disebabkan hal ini.Bahkan Choi Seonhee sanggup membunuh Kim Yera dan menyamar sebagai mangsa untuk merampas harta milik keluarga Lee.",Han bersuara.Para juri mahkamah juga mengangguk setuju dengan penerangan Han.

"Kamu ada saksi untuk kes ini?",tanya tuan hakim sebaik Han menghabiskan katanya.Mahkamah mula kedengaran suara bila seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu lalu menuju ke kandang saksi.

"Saya,Yang Jeongin ialah saksi untuk kes ni.",Minho terkejut dengan kehadiran Jeongin di mahkamah itu.Pakcik Minsik pula tersenyum kerana sudah mengetahui hal itu lebih awal.Minho bernasib baik kerana Jeongin pulang dari luar negara tepat pada masanya.

Tuan hakim mengangguk faham dan Jeongin sudah bersedia untuk ditanya.Dia menceritakan semua sekali tanpa tertinggal sedikit pun.Dari awal dia mengekori Seonhee sehinggalah perempuan itu dilanggar.Dia turut menceritakan yang dia juga menyelamatkan nyawa Mingi.

Setelah 2 jam perbicaraan itu berlangsung,tuan hakim mengumumkan keputusan.Minho akhirnya dibebaskan daripada hukuman yang mana pengumuman itu membuatkan dia menangis gembira.

===

Di pintu gerbang,

Han,Pakcik Minsik dan Jeongin sudah menunggu Minho keluar dari pintu itu.Seonghwa turut ada di situ kerana dia juga menolong Han dalam kes ini.Dari jauh kelihatan Minho tersenyum girang sambil melambaikan tangannya.

"Komawo...Jjinja komawo..Jeongin..",Minho memeluk tubuh lelaki itu.Disebabkan Jeongin lah dia terselamat pada malam itu.

"Aish....tak payahlah macam ni.Jeongin cuma beritahu perkara sebenar je Hyung.",ujarnya.

"Sebenarnya komawo semua...sebab dah susah payah tolong Minho.",dia meleraikan pelukan tadi lalu memeluk pula yang lain.

"Dah jom balik...dah lenguh kaki ni.",kata Han lalu mengalihkan pandangan bila dirinya tak dihiraukan Minho.

Hanya dia seorang yang ketinggalan bila Minho hanya memeluk Seonghwa dan Pakcik Minsik.Minho tergelak mendengarkan itu.Sudah pasti Han yang paling berjasa dalam hal ini.Dia pun menghampiri Han.

"Jom balik.",kata Minho lalu memeluk bahu kawan baiknya itu.Senyuman mula terukir di muka Han.

===

Minho mengambil ubat tahan sakit yang diberikan pihak hospital.Dia masih lagi bergantung pada ubat itu memandangkan keadaannya masih dalam pemulihan.

Seonghwa,Han dan Jeongin berada di ruang tamu sambil berbual.Pakcik Minsik pula ke dapur untuk menyiapkan makan malam.Mereka makan malam di rumah itu atas permintaan Minho.

"Seonghwa...kau ingat tak first time kita jumpa kat balai polis dulu.",Han memulakan perbualan.Belum menjawab,Seonghwa sudah pun tergelak.

"Aku ingatlah...lawak kot masa tu...kau cakap macam ni..Tuan,boleh saya jumpa dengan Lee Minho..saya Han Jisung,peguam bela dia.",Seonghwa menjawab sambil meniru percakapan Han.

Nasib baiklah ketika itu,Seonghwa tak tertawa.Jeongin pula hanya tersengih mendengar cerita itu walaupun tak tahu apa-apa.Habis tersembur biskut dari mulut Han kerana tertawa.Memang lawak kalau nak dikenang semula.Tawa mereka mula menghilang bila Minho sudah turun dari tingkat atas.

"Seonghwa...aku nak tanya pasal Seonhee sebenarnya.",Minho bersuara sebaik mengambil tempat di sebelah Jeongin.Han yang mulutnya penuh dengan biskut memandang mereka berdua.

"Seonhee....dia dah meninggal sebulan yang lepas.Sebelum tu dia koma tapi nyawa dia tak panjang.",jawab Seonghwa.Dia sudah menyiasat perkara itu dan itulah maklumat yang diperolehinya.

"Biarlah nyawa dia tak panjang...hidup pun menyusahkan orang je.",Jeongin menyampuk.

Perbuatan Seonhee itu masih terngiang-ngiang di ingatannya.Disebabkan itu juga,Minho menyuruhnya ke luar negara untuk melupakan perkara yang terjadi.Han yang mendengarkan kata-kata Jeongin mengangguk laju.Dia tak dapat nak menjawab kerana mulutnya yang masih penuh dengan biskut itu.

Minho menarik nafas lega.Bukan lega kerana perempuan itu sudah mati namun kerana perkara ini sudah berlalu dan biarlah ia dianggap sebagai mimpi ngeri baginya.

Kedengaran Pakcik Minsik memanggil dari dapur menandakan makan malam sudah siap.Mereka berempat pun sama-sama menuju ke dapur untuk menikmati hidangan itu.Dan dari situ juga,Minho dapat mempelajari sesuatu iaitu kepercayaan.



Trust the one who sees,
Sorrow behind your smiles,
Love behind your anger,
Reason behind your silence.

The End

Habis sudah...puas hati tak dengan ending dia wahai readers sekalian...boleh korang share tak apa maksud kepercayaan.Bagi Yana...sebuah hubungan itu takkan wujud tanpa kepercayaan...

Thanks for 1K reads....Tak lupa juga korang yang selalu sabar menunggu story ni completed...Yana tak nak tag sbb korang semua special..hekhek..Bye!!








𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon