ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 3

341 105 145
                                    

Setahun sebelumnya,

Selepas meletakkan beg Yera di dalam bilik,mereka duduk di meja makan bagi minum petang.Pakcik Minsik turut menyertai mereka.

"Amboi...gembira betul Tuan Muda.Kalau tak bersedih je siang malam.",tegur Pakcik Minsik bila Minho dari tadi tersenyum lebar.
Yera tersengih sambil menghirup air teh yang dihidang.

"Sorry Minho...saya memang sibuk sangat dengan urusan nenek saya.Bukan pengebumian je,tanah dan rumah pun saya yang kena uruskan.Sorry okay?",pujuk Yera.Tangannya menggenggam tangan Minho.

"Ye..saya faham.Saya cuma risau takut ada apa-apa yang jadi dekat awak...itu saja.",Minho bersuara.Yera pun tersenyum kerana lelaki itu memahaminya.

"Kalau dah tak ada apa-apa,Samcheon balik dulu ye.Lupa pula isteri Samcheon pesan barang tadi.",Pakcik Minsik meminta diri.Mereka berdua hanya mengangguk.

"Esok kita jalan-jalan nak?Lagipun esok saya tak ada meeting.",ajak Minho.

"Okay...Saya tak kisah.",jawab Yera pendek.Mereka pun berbual menceritakan hal masing-masing di meja makan itu.

Pakcik Minsik yang mendengar perbualan mereka hanya tersenyum riang.Gembira dengan kebahagiaan anak-anak muda itu.

===

Petang keesokannya mereka keluar bersama seperti yang dijanjikan.Masing-masing mengenakan pakaian yang sedondon.

Mereka mengambil keputusan untuk berkelah di Sungai Han.Yera sempat juga menyediakan makanan untuk santapan mereka di situ.

"Jadi awak dah uruskan semua hal kat kampung?",tanya Minho dengan mulut penuh.Berkerut muka nak menelan sandwich yang di dalam mulutnya.

Yera pula mengangguk.Minho sebenarnya agak kagum dengan peribadi Yera yang sememangnya seorang yang tabah.Walaupun dah kehilangan keluarga terdekat,dia masih boleh memberi senyuman dan kebahagiaan dalam hidupnya.

"Macam manalah awak boleh setabah sekarang.Walaupun awak dah tak ada sesiapa,awak still lagi boleh bergembira.",Minho meluahkan rasa dalam hatinya.

"Sebab saya ada awak dan saya sayangkan awak selamanya.",ucap Yera.

Minho pula tersenyum girang mendengarkan kata-kata Yera.Dia pun meletakkan kepala di atas peha Yera.Tangannya disilangkan dan matanya dipejam rapat menghadap langit.Yera hanya membiarkan kelakuan Minho itu sambil mengelus lembut rambut Minho.

"Yera....boleh awak janji dengan saya?",tanya Minho.Matanya masih dipejam.

"Apa?"

"Janji yang awak takkan tinggalkan saya.",sambung Minho.Yera terkedu mendengarkan itu.Lelaki di hadapannya sekarang memang betul-betul sayangkannya sepenuh hati.

"Ye...saya janji.You just have to trust me...okay sayang?",balas Yera.Namun tiada sahutan dari Minho kerana lelaki itu sudah terlena di atas ribanya.Yera tersenyum.

Memang dia sekarang jatuh cinta dengan Minho bahkan sejak kali pertama mereka bersua muka.Namun dia sedar, perasaannya itu juga boleh membahayakan nyawa lelaki yang disayanginya itu.

===

Hari perkahwinan,

Majlis yang diadakan hanyalah kecil-kecilan oleh kerana hanya keluarga Pakcik Minsik dan pekerja-pekerja Minho yang hadir.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now