ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 9

256 74 66
                                    

Setahun sebelumnya,

Pakcik Minsik sudah berdebar sebaik mendengar perbalahan pasangan itu di atas.Mahu menjenguk namun hatinya mengatakan jangan.Jadi dia buat keputusan untuk menunggu di ruang tamu.Pasangan itu perlukan masa untuk berbincang.

===

"Kenapa kau balik?!!!Pergilah ikut jantan sial tu!!!",tengking Minho.Kerusi yang diduduki tadi sudah ditendang sehingga patah kaki kerusi itu.

"Awak....",Yera memanggilnya dalam sedu sedannya.Lelaki di depannya itu bukan Minho yang dia kenal selama ini.

Minho memandang ke arah tingkap biliknya.Sedikit pun dia tak memandang muka isterinya.Hatinya begitu sakit melihat Yera sekarang berada di dalam biliknya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Min---",

"Kenapa kau buat aku macam ni?",Minho memotong kata-kata Yera.Kini airmatanya mula jatuh selepas puas ditahan.

"Kau tahu tak...ak...aku sakit bila kau tak ada..aku cuba...aku cuba tepis semua buruk sangka pada kau sebab aku percayakan kau...tapi",Minho mengesat airmata yang mengalir laju.

"Tapi...kau hancurkan kepercayaan aku..",sambung Minho.

Dia sekarang sudah melutut di atas lantai yang penuh dengan kaca lampu.Buat masa itu,hatinya terlalu sakit untuk hadapi semua ini.

Yera memberanikan dirinya menghampiri Minho yang sudah teresak.

"Please.....jauhkan diri kau dari aku.",langkahnya terhenti bila Minho bersuara.

"Minho...biar saya jelaskan perkara sebenar.",rayu Yera.Walaupun Minho menghalang,dia tetap akan membetulkan keadaan sekarang.

"Saya terpaksa buat macam ni....for you Minho...Mingi ugut saya yang dia nak cederakan awak kalau saya tak ikut dia hari itu.",jelasnya.

Minho memandang tajam isterinya yang tak jauh di depannya.Matanya sudah sembap kerana menangis.

"You want me to believe what you say??",soal Minho.Yera mengangguk perlahan.

Minho tersenyum sinis lalu tertawa kecil.Dia berasa lucu dengan keadaan sekarang.Yera yang selama seminggu menghilangkan diri tanpa sepatah kata tiba-tiba muncul dengan penjelasan yang tak masuk akal baginya.

"Awak percayakan saya?",tanya Yera minta kepastian.Dia tahu yang soalannya ialah soalan bodoh tapi dia masih mahukan jawapan.

"Aku tak sangka kau macam ni Yera.Kau tak rasa macam mana aku rasa.Seminggu kau hilangkan diri,seminggu itu juga aku rindukan kau.Aku harap yang kau ada contact aku....tapi apa yang aku dapat?",Minho meluahkan rasa di hatinya.

"Kau ikut lelaki lain masa suami kau terlantar di hospital.Kau tipu bila kau kata kau buat semua ni untuk aku...kau tipu!!!!",tengkingnya.

Yera menggeleng.Dia sudah tak tahu nak cakap apa ketika itu.Yera sudah buntu mencari jalan supaya Minho percayakannya.Dia memandang serpihan kaca di depannya lalu mengambilnya.

Serpihan kaca itu sudah di pergelangan tangannya.Minho terkejut dengan tindakan gila Yera.

"Kalau awak tak nak percayakan saya,biar saya mati je awak...saya tak ada sebab untuk hidup lagi.",ujarnya.

"Kim Yera!Jangan buat benda gila!",marah Minho.Dia bangun dari tempatnya tadi.

"So....please trust me",pinta Yera.Kaca masih ditangannya.Hanya itu saja pilihan yang ada sekarang untuk Minho percayakan dirinya.

"Arasseo...I believe you...lepaskan kaca itu sekarang.",pujuk Minho.Walaupun dia marah dengan Yera,namun dia juga tak sanggup melihat isterinya itu cedera.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα